Langkawi Skycab kembali dibuka selepas 94 hari

Dikemas Kini: 26 Jun 2021
Surga Route

Sektor pelancongan domestik di Langkawi yang dikenali sebagai pulau bebas cukai ini amat terkesan akibat pandemik Covid-19.

Namun, ia dijangka kembali rancak apabila situasi Covid-19 di negara semakin reda dan tarikan-tarikan pelancongan kembali dibuka.

LANGKAWI SKYCAB BEROPERASI SEMULA,
Langkawi Skycab

Salah satunya adalah Langkawi SkyCab yang merupakan antara produk pelancongan paling dikenali dan popular di Langkawi.

Langkawi SkyCab yang merupakan sistem kereta kabel tercuram di dunia yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchang yang tingginya 708 meter dari aras laut.

Ia dibuka semula pada 20 Jun 2020 setelah ditutup selama 94 hari akibat wabak pandemik Covid-19. Sebaik dibuka semula, lebih 100 pengunjung sudah mula berpusu-pusu menaiki kereta kabel itu sekaligus memberi tanda positif kepada sektor pelancongan domestik pulau ini.

 Petugas Langkawi SkyCab memeriksa suhu badan pengunjung sebelum dibenarkan untuk menaiki sistem kereta kabel tersebut ketika tinjauan Bernama di Langkawi, semalam. — Gaambar Bernama
Petugas Langkawi SkyCab memeriksa suhu badan pengunjung sebelum dibenarkan untuk menaiki sistem kereta kabel tersebut ketika tinjauan Bernama di Langkawi, semalam. — Gambar Bernama

Pembukaan semula Langkawi SkyCab itu turut memberi perhatian kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti memeriksa suhu badan dan menanda pita pelekat di lantai sebagai panduan jarak sosial kepada pengunjung

Selain itu hanya empat orang dibenarkan menaiki setiap gondola berbanding muatan asal iaitu enam orang.

Bagi merancakkan kembali sektor pelancongan domestik di pulau ini, Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) yang mengoperasikan kereta kabel tersebut menawarkan pakej menarik iaitu potongan harga tiket hanya RM38 berbanding RM43 untuk dewasa dan RM28 berbanding RM39 untuk kanak-kanak.

Pengunjung yang membeli tiket bukan sahaja dapat menaiki Langkawi SkyCab tetapi empat produk lain seperti SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi dan SkyBridge. Tawaran terbuka kepada semua warga Malaysia sehingga 31 Julai ini.

Kredit : Sinar Harian


5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram