PKP 2.0 : Zoo Negara hanya mampu bertahan sehingga April 2021

Dikemas Kini: 4 Februari 2021
Surga Route

Umum mengetahui Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) yang mula dilaksanakan pada awal tahun ini menyebabkan sektor pelancongan tidak dapat dibuka untuk umum.

Disebabkan itu, Zoo Negara terpaksa berjimat dalam pengurusan kos operasi berikutan bekalan kewangan yang ada hanya mampu bertahan sehingga April.

Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, setakat ini pihaknya masih mampu menampung kos operasi termasuk keperluan makanan haiwan serta gaji pekerja.

Menurutnya, dana yang ada ketika ini mencukupi bagi kos operasi sepanjang PKP 2.0 yang dijadualkan berakhir 18 Februari ini dan Zoo Negara akan berdepan masalah kewangan jika PKP dilanjutkan untuk tempoh yang lebih panjang.

Beliau berkata, mereka terpaksa merayu kepada kerajaan supaya memberi kebenaran beroperasi atau mencari kaedah lain untuk meneruskan kelangsungan jika PKP 2.0 dilanjutkan lagi.

Bagaimanapun, beliau yakin tempoh PKP akan segera berakhir kerana ia bukan saja menjejaskan pendapatan Zoo Negara yang bergantung kepada jualan tiket, malah turut memberi kesan kepada ekonomi negara secara umumnya.

zoo negara terjejas akibat PKP 2.0

Rosly berkata, Zoo Negara kurang menerima sumbangan seperti makanan haiwan sejak PKP dilaksanakan tahun ini berbanding PKP tahun lalu yang mana mereka berjaya mengumpulkan RM10 Juta.

Beliau turut berkata, kempen haiwan angkat yang dilancarkan Zoo Negara pada tahun lalu yang orang ramai boleh memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off (sekali sumbangan) atau secara bulanan mengikut pakej ditetapkan mendapat sambutan yang semakin berkurangan meskipun ia masih lagi diteruskan.

Sumber : Harian Metro

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram