haramain high speed railway

Arab Saudi Rasmi Keretapi Laju Haramain Mekah-Madinah !

Dikemas Kini: 22 Oktober 2023
Surga Route

Kerajaan Arab Saudi mencatatkan satu lagi sejarah tersendiri dengan perasmian projek Kereta Api Laju Haramain, pada Selasa.

Arab Saudi Rasmi Keretapi Laju Haramain Mekah-Madinah ! Saudi Arabia Haramain High Speed Railway Makkah Madinah

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menyempurnakan majlis perasmian mengikut upacara tradisi yang bersamaan dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-88 kerajaan pada 23 Sept.

Raja Salman, yang merupakan “Penjaga 2 Masjid Agung”, turut mengikuti perjalanan sulung kereta api laju Haramain dari Jeddah ke Madinah bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad Salman.

Arab Saudi Rasmi Keretapi Laju Haramain Mekah-Madinah ! Saudi Arabia Haramain High Speed Railway Makkah Madinah

Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah dan tiba di Stesen Madinah pada jam 4.25 petang waktu tempatan.

Laluan sepanjang 450 km itu menghubungkan bandar suci Mekah dan Madinah melalui Jeddah dan bandar Ekonomi Rabigh Raja Abdullah dijangka akan mengendalikan 60 juta penumpang setahun apabila mencapai kapasiti penuhnya.

Kereta api itu bergerak pada kelajuan 300 km sejam dan ianya memendekkan masa perjalanan antara Mekah ke Madinah, kira-kira 2 jam.

Terdapat 5 stesen di sepanjang laluan di mana 2 adalah stesen terminal Mekah dan Madinah, 2 stesen pusat di Jeddah dan Rabigh dan ke-5nya stesen di Lapangan Terbang Antarbangsa King Abdulaziz yang dibina oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Laluan ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 1 Okt dan tambang adalah RM82.70 (75 SAR) hingga RM137.80 (125 SAR).

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram