75 peratus pesawat malaysia airlines tidak dapat beroperasi

Kerajaan Jamin Tidak Akan Tutup Malaysia Airlines

Dikemas Kini: 16 November 2023
Surga Route

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menutup Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Sehubungan itu, Lim berharap penjelasan itu dapat memberi jaminan kepada para pekerja syarikat penerbangan negara itu mengenai masa depan mereka.

Pada Selasa, Perdana Menteri dipetik s berkata kerajaan akan mengkaji pelbagai pilihan sebelum membuat keputusan mengenai masa depan MAB.

“Saya rasa ia merupakan keputusan yang amat serius untuk menutup syarikat penerbangan negara itu. Kita akan mengkaji situasi itu sama ada akan menutup, menjual atau membiayainya semula. Ini semua pilihan dan terserah kepada kerajaan untuk putuskannya,” kata Dr Mahathir.

MAB yang diswastakan di bawah Khazanah National Bhd (Khazanah), mengalami kerugian lebih rendah pada tahun lepas disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan anak kapal pada separuh kedua 2018.

Khazanah yang juga syarikat pelaburan strategik kerajaan, telah menyuntik dana sebanyak RM6 bilion ke dalam MAB bagi membantu syarikat penerbangan itu kembali meraih keuntungan selepas terjejas akibat faktor termasuk penyusutan nilai ringgit dan kenaikan harga bahan api pesawat.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram