5
(1)

Perak mengambil langkah proaktif membangunkan dan merancakkan kembali industri pelancongan negeri yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19 dengan memperkenalkan ‘Baucer #TravelPerakLah’.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata baucar berkenaan adalah untuk para pengunjung atau pelancong mendapatkan potongan harga bagi hotel serta produk pelancongan terpilih seluruh negeri. 

"Untuk fasa pertama sebanyak 1,500 keping baucar bernilai RM30 dan RM50 diedarkan kepada penggiat industri yang berdaftar dengan Tourism Perak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Baucer #TravelPerakLah’ di Kellie’s Castle di sini, hari ini. 

Menurut Ahmad Faizal sejak pelancongan domestik dibuka semula pada 10 Jun dan sehingga semalam,  sebanyak 2,695 bilik dari 58 hotel di Perak telah ditempah dan ia agak memberangsangkan, namun perlu ditambah. 

“Angka ini walaupun menggalakkan ia perlu ditingkatkan dengan segera jika tidak kita akan punyai masalah untuk pengusaha hotel mengekalkan operasi dan pekerja mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata tarikh sah laku baucar fasa pertama adalah dari 1 Julai hingga 30 Nov dan ia boleh ditebus selepas kunjungan kali kedua ke mana-mana hotel atau produk pelancongan yang berdaftar.

“Sekiranya pelancong menempah sebuah bilik hotel yang bernilai minimum RM100 mereka akan menerima baucer bernilai RM50 yang boleh digunakan untuk menginap di mana-mana hotel berdaftar lain atau yang sama pada kunjungan seterusnya,” katanya sambil menambah ia akan diteruskan sehingga tahun hadapan sekiranya mendapat sambutan.

-- BERNAMA 

Kami Kongsi. Anda Terokai

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
5 August 2020
MHholidays perkenal promosi bawa anak menaiki penerbangan dan menginap secara percuma ! Begini caranya

0 (0) Untuk yang masih belum tahu, Malaysia Airlines telah bekerjasama dengan syarikat TUI International Holiday telah memperkenalkan MHholidays. Dalam MHholidays ini, anda boleh memilih perkhidmatan untuk percutian lengkap merangkumi penerbangan, penginapan, perkhidmatan pengangkutan darat ataupun memilih pakej percutian dalam satu platform sahaja. Senang kan? Tak perlu lagi gigih-gigih geledah semua laman web untuk siapkan […]

Selanjutnya
24 July 2020
Harga tiket penerbangan kembali normal bermula november 2020 nanti

0 (0) Harga tiket penerbangan dijangka akan kembali normal kepada harga purata pada tahun 2019 menjelang November ini, selepas syarikat penerbangan kembali menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan kapasiti sebenar. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 berdasarkan analisa yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Beliau berkata, syarikat penerbangan dijangka memerlukan masa antara […]

Selanjutnya
24 July 2020
Menarik, Perkampungan Al-Quran dan masjid ke-3 akan dibangunkan di Putrajaya

5 (2) Alhamdulillah, nampaknya Putrajaya bakal memiliki Perkampungan Al-Quran yang dicadang dibangunkan dengan kos kira-kira RM150 juta. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata antara lain perkampungan itu akan menempatkan sebuah masjid baharu berkonsepkan 'al-Quran' bernilai RM50 juta. KONGSI DENGAN MASYARAKAT "Di sini kita akan memperluaskan Putrajaya sebagai satu tempat bagaimana ilmu al-Quran itu […]

Selanjutnya
24 July 2020
Tips memilih ' Travel Partner' supaya percutian anda tidak sendu

0 (0) Travel berseorangan sememangnya lebih senang. Bebas untuk pergi kemana yang kita mahu, tak perlu buang masa untuk tunggu orang lain bersiap, boleh tukar plan sesuka hati. Senang cerita kita bebas nak buat apa sahaja tanpa mengira hal dan perasaan orang lain! Anda juga perlu percaya bahawa travel bersama kawan/partner juga ada kelebihannya! Contohnya, […]

Selanjutnya
22 July 2020
Jom ke Jepun dengan penerbangan bersama Malaysia Airlines dan Japan Airlines bermula 25 Julai 2020

0 (0) Malaysia Airlines (MH) dan Japan Airlines (JL) akan melancarkan perkongsian perniagaan bersama, pada 25 Julai 2020, di mana kedua syarikat penerbangan itu akan bekerjasama secara komersial dalam penerbangan antara Malaysia dan Jepun. Melalui Perniagaan Bersama ini, JL dan MH akan menempuh cabaran baru untuk meningkatkan lagi kemudahan antara Jepun dan Malaysia dan membolehkan […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram