3 Restoran bersijil 'CICOT' untuk menjamu selera anda di Hatyai
Surga Route
|
29 May 2020
Khas buat anda yang tertanya-tanya ada ke restoran halal di Hatyai? Sebenarnya banyak restoran halal di Hatyai tapi sangat sedikit restoran yang diperakui halal oleh "CICOT". Anda tahu tak "CICOT" tu apa? "CICOT" nama panjangnya adalah "The Central Islamic Council of Thailand". Mereka inilah yang akan mengiktiraf dan memberi perakuan status halal sama seperti JAKIM di Malaysia. Jadi, dibawah kami senaraikan 3 restoran di Hatyai yang mempunyai sijil halal dari "CICOT" yang kami tahu :
1) Hadyai Golden Crown Hotel
Alamat: 12/8 Suphasan Sarangsan Road, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
2) Firdaus Restaurant @ Yannaty Hotel
Yannaty Hotel ini dimiliki oleh orang Islam dan restoran Firdaus ini juga telah mendapat pengiktirafan halal dari CICOT. Jadi anda tidak pelu risau untuk sarapan di restoran ini!
Alamat: 186 Thanon Niphatuthit 3, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand.
3) B.P Grand Tower Hotel
Alamat: Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Jika anda mahu menyemak semula restoran yang diperakui halal di Hatyai, anda boleh rujuk di link ini.
Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]
Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]