Dim Sum adalah antara makanan masyarakat Cina yang menjadi kegemaran orang ramai tanpa mengira kaum dan bangsa. Malangnya, memang sangat susah untuk Muslim mencari Dim Sum halal tanpa ragu ragu.

Yang dikatakan halal di papan iklan atau 'sekadar di mulut' itu memang banyak. Tetapi kami percaya di Malaysia kita perlu mencari yang diyakini halal melalui sijil atau perakuan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Baru kita boleh gerenti halal ! Jadi, disini kami senaraikan restoran Dim Sum Halal yang diiktiraf di bawah JAKIM.

Regal Dim Sum @ The Limestone`s Restaurant, Regalodge Hotel, Ipoh

Terdapat pelbagai jenis Dim Sum yang korang boleh cuba ! Walaupun Dim Sum ni dijual di dalam restoran di dalam hotel tapi harganya tidaklah begitu mahal, harga bermula dengan RM2.30 untuk sebiji Dim Sum.

Waktu Operasi:- 7 AM- 10.30PM

Harga:- bermula RM2.30/seketul

Alamat:- Ground Floor, 131, Jalan Raja Ekram, 30450, Ipoh, Perak.

No Telefon:- 05- 2423241

Penilaian:-⭐⭐⭐⭐

Canning Dim Sum, Ipoh

Kalau anda datang makan Dim Sum disini , “Signature” Dim Sum mereka ‘Lau Sa Pau’ yang mengandungi 5 perisa,  bijan hitam, telur masin, teratai, coklat dan keladi. Jika anda memilih Dim Sum yang dihidangkan bersama “abalone’, lala atau kepah harganya agak mahal dari biasa.

Waktu Operasi:- 6.30 AM – 2.30 PM

Harga:- RM4-RM6 / sebekas

Alamat:- No 1, Lebuh Cecil RAE, Taman Canning, Ipoh, 31400, Kinta, Perak.

No Telefon:- 016- 2680535

Penilaian:-  ⭐⭐⭐⭐

Skaters Dim Sum @ e Curve

Terdapat lebih 40 jenis dim sum yang dijual di Skaters Dim Sum ini. Fakta menarik tentang restoran ini ialah tiada “frozen dim sum” tetapi semuanya segar di buat ketika itu juga! Chef yang membuat Dim Sum ini juga bukan biasa-biasa , pernah menghidangkan Dim Sum beliau di serata dunia. Antara senarai makanan yang wajib untuk dicuba ialah Har Kau ( Prawn Dumpling ) dan Parslet with Chicken Dumpling.

Waktu Operasi:- 10.00 AM – 10 PM

Alamat:- E- Curve, No 2A, jalan PJU 7/3, MUTIARA Damansara, 47810, Petaling Jaya.

No Telefon :- 03- 79599000

Penilaian:-⭐⭐⭐⭐

Greentown Dim Sum Café, Ipoh

Salah satu restoran Dim Sum yang termurah di Ipoh. Antara menu dim sum mereka yang paling laris adalah pau. Pau perisa telur masin , bbq ayam atau perisa yang lain memang lembut dan gebu. “Crispy Bean Curd Roll & Har Kau “ sangat rangup apabila dimakan . Jangan lupa “Pyramid Dumpling” kombinasi udang dan telur masin yang sangat melazatkan . Kami cadangkan anda untuk mencuba menu yang kami sebutkan di atas.

Waktu Operasi:- 3.00PM – 6.30PM

Harga:-  bermula RM5 / 3 ketul

Alamat:- 1, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450, Ipoh, Perak

No Telefon:-  05- 2552010

Penilaian:-⭐⭐⭐⭐⭐

Itu sahaja dari kami, Surgaroute !

0 0 votes
Article Rating
Categories: ,
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram