Kedah juga dikenali sebagai negeri jelapang padi. Kalau orang sebut ‘utagha’ mesti selalunya orang akan teringat negeri Kedah sebab loghat kedah ni memang femes la senang ceghita! Jika anda diberi peluang untuk bercuti di Kedah, destinasi apa yang paling anda nak sangat pergi? Kebanyakan orang akan sebut Langkawi kalau nak makan angin, Muzium Padi kalau nak pergi tempat bersejarah, Masjid Zahir kalau nak solat dan banyak lagi.
Kalau asyik pergi tempat yang sama je mesti bosan jugak kan, apa kata korang pergi tempat yang jarang orang tahu dan jarang orang pergi? Barulah rare sikit kan ! Di bawah ada 5 tempat menarik di Kedah yang jarang dikunjungi.
1) Ultimate Horse Training and Stud Farm , Yan
Sumber: facebook.com/jjcmdikedah
Ultimate Horse Training and Stud Farm ini terletak di Kampung Raga, Yan. Bagi sesiapa yang berminat untuk menunggang kuda anda boleh datang ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan. Siapa sangka kewujudan ladang Kuda di kampung kecil ini rupa rupanya mempunyai pelbagai jenis banyak baka kuda. Ladang kuda ini dibuka pada setiap hari dan tiada bayaran kemasukan. Namun, bayaran akan dikenakan hanya untuk aktiviti menunggang kuda. Pada sesiapa yang pertama kali ingin mencuba, jangan tunggu tunggu terus masukkan dalam senarai perjalanan anda!
Waktu Operasi : Setiap Hari ; 8 Pagi - 11 pagi , 4 petang - 6 petang Bayaran : Bergantung Aktiviti Alamat : Lot 784, Jalan Ruat Kg Raga , 06900 , Yan Besar , Kedah Darul Aman Maklumat lanjut : Hubungi 016-478 4496 atau hantarkan emel kepada danialcross98@gmail.com Facebook : Ultimate Horse Training and Stud Farm
2) Rumah kelahiran Mahathir Mohamad , Alor Setar
Sumber: kedah.gov.my
Bagi sesiapa yang tak tahu Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 & ke-7 ini merupakan anak kelahiran Kedah. Beliau antara sosok yang disanjung tinggi di dalam dan juga luar negara serta merupakan antara tokoh pemimpin Muslim paling berpengaruh di dunia. Sesiapa yang mahu mengetahui lebih banyak sejarah dan sisi peribadi beliau, boleh melawat rumah kelahiran beliau di Alor Setar.
Waktu Operasi : Selasa-Ahad (9:00 pagi- 4:30 petang) , Isnin (tutup) Bayaran : Percuma Alamat : No. 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah Maklumat Lanjut : Hubungi 04-7722319 atau emel rumahmahathir@arkib.gov.my
3) Tree top walk Sungai Sedim , Kulim
Sumber : Kedah.gov.my
Berjalan di dalam hutan merupakan salah satu aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan. Salah satu destinasi anda boleh kunjungi adalah Tree Top Walk Sungai Sedim yang terletak di dalam kawasan Taman Rekreasi Arus Deas Sungai Sedim, di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim. Laluan Kanopi di sini sepanjang 1.5 Kilometer dengan ketinggian 36 meter dari atas tanah. Bolehlah kita menikmati keindahan alam semula jadi flora dan fauna sambil memuji Tuhan pencipta seluruh alam.
Waktu Operasi : 8:30 Pagi- 5:30 Petang (bergantung kepada cuaca) Bayaran : RM10 ( Dewasa) dan RM6 (Kanak-kanak) , bayaran lain bergantung kepada aktiviti Alamat : Tree Top Walk Sungai Sedim, Kampung Sedim, 09700 Karangan, Kedah Maklumat Lanjut : 04-4901588 atau emel hello@treetopwalk.com.my
4) Telaga gajah, Pendang
Sumber : Harian Metro
Air di Telaga Gajah ini tidak pernah kering meskipun pada musim kemarau. Menurut pembacaan kami, sejarah disebalik Telaga Gajah ini, pada suatu ketika dahulu ianya merupakan tempat untuk menjinakkan dan memandikan gajah, turut diguna pakai oleh penduduk Pendang pada masa itu.
Pemandangan di tasik biru ini menjadi salah 1 tempat yang dipilih orang ramai untuk membuat sesi penggambaran sama ada untuk graduasi atau pernikahan. Ianya terletak di kawasan Gunung Keriang. Anda juga boleh menyelam dan berenang di tasik ini. Terdapat peniaga yang menyediakan khidmat sewa jaket keselamatan tapi hati hati tiada life guard disini. Kedalaman Tasik Biru ini hanyalah sekitar 1.8M- 2.2M sahaja. Anda bukan setakat boleh berenang dan menyelam disini malah boleh juga mengabadikan beberapa keping gambar bersama pemandangan Gunung Keriang dihiasi padi menghijau yang sangat cantik bak kata Pepatah Melayu “ sambil menyelam minum air”
Alamat : Unnamed Road, 05150 Alor Setar, Kedah
Jadi tunggu apa lagi, rancanglah percutian anda yang seterusnya di Kedah.Anda mungkin akan berasa lebih puas utnuk menikmati momen momen yang terindah di tempat yang jarang dikunjungi orang ramai tanpa perlu bersesak sesak dan beratur panjang.
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]