5 Taman Eko Rimba dibuka di Terengganu, tetapi pengunjung perlu tahu SOP rekreasi
Surga Route
|
15 June 2020
Sumber : Makan Lena
Lima Taman Eko-Rimba (TER) di Terengganu akan dibuka semula kepada pengunjung bermula esok, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Muhamad Abdullah berkata, Taman Eko Rimba yang akan dibuka itu ialah Lata Belatan di Besut; Lata Tembakah di Jertih; Chemerong dan Bandar Bukit Bauk di Dungun dan Sekayu di Hulu Terengganu.
Beliau berkata, pihaknya juga membenarkan pusat rekreasi Lata Kolam Air Deru Ecopark di Jertih beroperasi semula mulai esok dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Antara aktiviti yang dibenarkan di taman eko rimba ialahrekreasi umum seperti berkelah, beriadah, memerhati burung, trek hutan, senaman yang tidak melibatkan sentuhan badan, penggambaran dan perfilemen serta lawatan berkumpulan tidak melebihi 20 orang.
“Aktiviti yang tidak dibenarkan pula adalah aktiviti air termasuk mandi-manda di kolam awam, kolam takungan dan kolam air terjun; rekreasi sukan lasak seperti motorcross dan paragliding; aktiviti tali seperti ‘high rope’ dan ‘wall climbing’; majlis keramaian seperti hari keluarga; penganjuran kem motivasi, ‘summer camp’ dan perkhemahan bermalam; aktiviti pengurusan acara dan taman permainan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Muhamad berkata, bermula 1 Julai ini, aktiviti pendakian bukit dan gunung di hutan simpanan kekal di Terengganu dibenarkan secara harian sahaja dengan satu kumpulan pendaki tidak melebihi lima orang dan disyaratkan mengguna perkhidmatan pemandu alam semula jadi dan malim gunung berkelayakan atau yang berdaftar dengan jabatan itu.
“Permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal bagi tujuan pendakian gunung di Terengganu adalah disyaratkan dua minggu sebelum tarikh pendakian,” katanya dan menambah pengunjung perlu sentiasa mematuhi SOP langkah pencegahan penularan COVID-19.
Sementara itu, Muzium Negeri Terengganu dibuka semula untuk kunjungan orang awam bermula Selasa ini, menurut Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Che Muhamad Azmi Ngah.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, operasi akan bermula pada 10 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan jumlah pengunjung dihadkan bagi mematuhi jarak sosial satu meter yang disarankan kerajaan.
"Galeri pameran misalnya dihadkan untuk 200 orang sahaja pada satu-satu masa, Muzium Maritim (20 orang), Galeri Pelayaran dan Perdagangan serta perpustakaan (10 orang), Galeri Aquaria (lima orang) dan kedai cenderahati (tiga orang)," katanya.
Katanya, hanya pengunjung berusia 13 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan berkunjung ke muzium dan mereka perlu memakai pelitup separuh muka serta memeriksa suhu badan dan menggunakan cecair pencuci tangan pembasmi kuman.
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]