Seoul, ibu negara Korea Selatan, merupakan sebuah bandaraya moden yang disulami dengan jalinan unsur warisan budaya seperti istana-istana lama dan pasar-pasar tradisional. Bandaraya ini seringkali menjadi tarikan pelancong kerana pelbagai tarikan pelancongan yang terdapat disana.
Kini, anda mempunyai sebab tambahan untuk datang ke Seoul selepas PKP nanti , iaitu untuk bergambar di 2 tempat yang memang cool habis ni !
GALLERIA DEPARTMENT STORE, GWANGGYO
Sumber : Archdaily
Bangunan ini sebenarnya adalah gedung membeli-belah orang have-have bernama Galleria yang telah ditubuhkan pada tahun 1970-an lagi dan ini adalah cawangan ke-6 mereka. Bangunan ini diinspirasikan daripada bongkah batu
Bahagian luaran bangunan ini menggunakan 138,000 keping mozek dari 14 jenis granit yang berbeza. Gabungan itu meghasilkan kemasan luaran yang unik dan sangat berbeza berbanding bangunan di sekeliling.
Di bahagian dalam, pelbagai barangan dijual dan dibahagikan mengikut tingkat-tingkat yang berbeza. Secara keseluruhannya, bangunan ini mempunyai 18 tingkat. 12 tingkat di atas, dan 6 tingkat dibawah tanah termasuk 5 tingkat parkir kenderaan.
Jadi, anda bolehlah ke sini, sambil-sambil melihat keunikan bangunan ini, sambil itu boleh lah shopping sekali !
Alamat : Gwanggyo Lake Park, 57 Gwanggyohosu-ro, Ha-dong, Yeongtong-gu, Suwon, Gyeonggi-do, South Korea
SMTOWN COEX ARTIUM
Lokasi ini sebenarnya memang menjadi destinasi wajib para gadis yang meminati KPOP apabila ke Seoul. Kepada yang kurang familiar, anda pernah dengar tak kumpulan KPOP seperti EXO, Girls’ Generation, SHINee, Super Junior, f(x), BoA, TVXQ, Red Velvet ? Ini antara artis yang bernaung di bawah syarikat penerbitan SM Entertainment, iaitu syarikat penerbit hiburan terbesar di Korea Selatan.
Banguna yang kami maksudkan pula adalah SMTOWN Coex Artium. iaitu gedung membeli-belah dan hiburan yang bertemakan selebriti-selebriti yang bernaung di bawah SM Entertainment.
Bangunan ini terdiri dari 6 tingkat, dipenuhi dengan jualan cenderamata selebriti, lawatan ke studio latihan selebriti, teater hologram dan banyak lagi.
Jika anda bukan peminat KPOP, cukuplah anda menunggu di luar SMTOWN COEX ARTIUM ini kerana mereka mempunyai skrin LED yang besar, menutupi bahagian luar bangunan ini.
Skrin LED ini dipasang pada tahun 2018, merupakan skrin LED berdefinisi tinggi terbesar di Korea Selatan, berukuran 80.1 meter lebar dan 20.1 meter tinggi.
Pada awalnya, skrin ini dipasang dibahagian luar bangunan untuk menayangkan video muzik selebriti Korea Selatan, terutamanya dari SM Entertainment, tetapi sekarang dilengkapi dengan tayangan 'animarphic illusion' dicipta oleh D'strict.
10mag.com
Kalau tengok dari sudut yang betul , memang nampak real. Seolah-olah ombak di dalam sebuah akuarium gergasi. Ditambah pula dengan kesan bunyi, memang betul-betul buat kita berasa di tepi pantai.
Jadi, kalau anda tak minat KPOP pun, ini adalah destinasi wajib untuk anda kunjungi !
DONGDAEMUN DESIGN PLAZA
Sumber : silverkris
Dongdaemun Design Plaza (DDP) ini boleh dikatakan mercu tanda paling ikonik bagi industri seni Korea. Mana tidaknya, DDP pernah dipilih sebagai salah satu destinasi dalam senarai "Top 52 Places to Visit in 2015" yang dikeluarkan oleh New York Times.
Selain itu, DDP adalah lokasi Korea paling banyak di'tag' di Instagram pada 2015, dan termasuk dalam senarai top 5 tempat paling terkenal bagi pengguna Facebook Korea pada 2015.
Bangunan ini direka oleh Arkitek terkenal, Zaha hadid dilengkapi dengan kemudahan 5 dewan iaitu Dewan Seni (Art Hall), Muzium, Makmal senireka (Design Lab), Pasar Senireka (Design Market) dan Taman Sejarah & Budaya Dongdaemun.
Sumber : Tripadvisor
Dewan Seni adalah nadi utama bagi industri seni kreatif di Korea selatan. Disinilah venue utama konvensyen, pameran, pertunjukan fesyen, konserta dan persembahan diadakan.
Muzium pula menggabungkan pameran senireka bercirikan Korea dan trend antarabangsa. Terdapat 5 seksyen di bahagian muzium iaitu 'Design Playground, Design Dulle-gil(trail), Design Museum, Design Exhibition Hall, dan Design Rest Area'.
Makmal senireka adalah pusat lahirnya pereka kreatif dari Korea dan Antarabangsa. Manakala, Pasar senireka adalah ruangan pelbagai guna yang menggabungkan budaya, pengalaman, dan membeli-belah.
CHEONGYECHEON STREAM
Cheonggyecheon adalah anak sungai moden sepanjang 11 km yang melalui pusat bandar Seoul. Projek ini adalah sebahagian daripada projek pembaharuan bandar Seoul (Urban renewal) kerana Cheonggyecheon mengembalikan kegemilangan anak sungai ini yang pernah ada sejak zaman Dinasti Joseon (1392-1910).
Anak sungai ini ditutup dengan lebuhraya bertingkat setelah Perang Korea (1950-1953), biasalah perkembangan bandar kan. Tetapi pada tahun 2003, lebu raya bertingkat itu dipindahkan untuk mengembalikan kegemilangan anak sungai ini. Anda boleh menyusuri anak sungai ini dan melalui 22 jambatan sebelum sampai ke Hangang (Sungai), dengan banyak tarikan di sepanjang itu. Cuma, larat atau tidak je lah ?
Sejarah perubahan Cheonggyecheon ada dipamerkan di Muzium Cheonggyecheon yang dibuka pada bulan September 2005. Muzium ini memang memberi peluang untuk pengunjung mengetahui lebih banyak dan jelas mengenai Cheonggyecheon termasuk dikuburkan di bawah tanah dan dipulihkan. Kisah ini diceritakan dengan bantuan model skala dan gambar masa. Masuk adalah percuma !
EWHA WOMEN UNIVERSITY
Sumber : archdaily
Ewha Womans University adalah universiti wanita swasta di Seoul yang ditubuhkan pada tahun 1886 oleh Mary F. Scranton di bawah Empayar Gojong. Ia adalah universiti pertama yang ditubuhkan di Korea Selata dan kini merupakan institusi pendidikan wanita terbesar di dunia dan salah satu universiti paling berprestij di Korea Selatan.
Selain daripada mempunyai lebih kurang 22,000 pelajar wanita , keunikan universiti ini adalah bangunan terbaharunya yang siap dibina pada 2008 di mana alam semula jadi, tempat untuk sukan, lokasi mengadakan acara dan bangunan pendidikan bercampur bersatu di satu bangunan unik. Cantik !
Sumber : archdaily
Sumber : archdaily
COMMON GROUND
Sumber : Archdaily
Common Ground adalah kompleks pertama di Seoul, mahupun Korea yang dibuat dari kontena tau ! Ia diperbuat daripada 200 kontena, Common Ground menawarkan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan menarik, makanan gourmet, trend gaya hidup, dan banyak lagi. Common Ground juga menampilkan Market Ground dan Play Ground sebagai tempat untuk mengadakan pelbagai persembahan dan acara.
Walaupun begitu, tiada makanan halal di Common Ground ya. Datang untuk ambil gambar sahaja ler.
STARFIELD LIBRARY
Sumber ; Her brave soul
Terletak di pusat COEX Mall, Starfield Library ini adalah ruang awam terbuka di mana sesiapa sahaja boleh bebas duduk, berehat, dan mengabadikan diri dalam dunia buku-buku bersama dengan bibliophiles lain.
Banyak pilihan buku dalam pelbagai genre seperti kemanusiaan, ekonomi, hobi, dan lain-lain tersedia. Seluruh bahagian perpustakaan dikhaskan untuk buku-buku asing dan pengarang terkenal. Jadi, tiada problem tak faham bahasa Hangul.
iPad boleh digunakan untuk membaca e-buku. Hampir 600 majalah, dalam dan luar negara, tersedia untuk dilayari. Semua kualiti ini membezakan Perpustakaan Starfield daripada perpustakaan biasa yang lain.
Di samping itu, banyak acara berlangsung di sini seperti pertemuan dengan penulis, sesi bedah buku, pembacaan puisi, ceramah, konsert buku, dan banyak lagi.
Sumber : archilovers