Di kalangan pencinta dunia kereta dan motor , budaya konvoi ini memang sinonim sangat. Kalau sebulan tak konvoi tu, boleh gatal-gatal badan. Malah, ada yang lebih rajin sampai setiap minggu turun konvoi. Tertanya-tanya jugalah, asyik konvoi saja, ke mana kebiasaan kaki konvoi ni pergi? Kami kumpulkan 8 tempat paling sinonim dengan kaki konvoi.
1) Kari kambing 40 hari, Yong Peng
Deretan motor peserta konvoi. Sumber : Enjindotcom
Restoran Kari Kambing 40 hari ni memang terkenal di kalangan kaki konvoi di bahagian Selatan. Ia terletak di Yong Peng, Johor dan hanya bersebelahan dengan lebuhraya PLUS
SEBAB MENJADI PILIHAN :
Destinasi ini selalu menjadi pilihan kerana lokasinya terletak tidak jauh dengan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), jadi ianya mudah diakses. Saiz restoran juga besar, memang senang untuk kaki konvoi 'open table'.
Tetapi, paling utama sekali adalah hidangan ' killer menu' mereka iaitu set dulang nasi arab dengan kari yang kaw ! Set ini boleh dikongsi beramai-ramai. Mungkin sebab itu menjadi pilihan kerana dapat mengeratkan ukhuwah peserta konvoi.
Selain itu, restoran ini dipilih sebagai 'pitstop' kaki konvoi kerana mereka menyediakan kemudahan surau dan tandas. Makan dapat, solat pun dapat !
Bagi sesetengah rider , Malaysia ni kecil sangat. Baru nak feeling-feeling konvoi, dah sampai ke destinasi. Jadi, untuk test ketahanan kenderaan dan diri sendiri, mereka akan pergi lebih jauh sehingga ke Thailand. Antara yang terkenal adalah Phuket , terletak 482 KM dari Padang Besar, Perlis.
SEBAB MENJADI PILIHAN :
Ada beberapa sebab Phuket menjadi pilihan berbanding kawasan lain di Thailand. Sebab paling utama adalah Phuket sangat sinonim di kalangan 'kaki motor' kerana acara Phuket Bike Week. Acara ini mengumpulkan peminat motor dari serata dunia dan diadakan setiap tahun. Tak hairanlah mereka biasa sangat ke sana.
Sumber : Phuket E-Magazine
Selain itu, Phuket terkenal dengan aktiviti pelancongan. Ini memberikan kemudahan untuk mereka menginap dan mencari makanan yang bersesuaian.
Akhir sekali, pastinya kerana pemandangan pantai dan lautan Phuket yang memukau. Walaupun dah beratus-ratus kilometer di atas jalan raya , tapi kepenatan pasti terubat dengan pemandangan laut yang menenangkan .
3) Lemang To'Ki, Bentong
Sumber : mstar
Terdapat 2 cawangan Lemang To'Ki , 1 di Bentong dan 1 lagi cawangan baru di Kuantan. Tetapi, yang paling popular adalah cawangan asal di Bentong ni, 'bikers' pun selalu sangat berkonvoi ke sini .
SEBAB MENJADI PILIHAN :
Selain daripada juadah rendang berlemak yang memang sukar dijumpai selain musim raya, 'riders' dari kawasan Lembah Klang memang suka ke sini kerana jalan untuk menuju ke sini yang bengkang-bengkok. Memang sedap kalau dapat main 'corner baring' !
4) Cherating, Pahang
Sumber : Kuantan-Hotel.com
Antara destinasi percutian yang terkenal di Pahang kerana ketenangan deru pantai, kampung-kampung yang membuat kraftangan dan juga pusat konservasi penyu.
SEBAB MENJADI PILIHAN :
Cherating selalunya menjadi pilihan bagi aktiviti 'konvoi' yang lebih mesra keluarga. Mereka biasanya akan bercuti di 'resort' dan melakukan aktiviti yang meriah seperti sukaneka, bola sepak pantai dan lain-lain. Bukan sahaja 'geng motor' atau 'geng kereta' sahaja berkenalan. Isteri dan anak-anak pun boleh join.
5) Nasi Bamboo Sg. Klah
Sumber : Instagram @haliffmukhizad
Istimewanya restoran ni dengan menu Nasi Bunian. Haaa, Nasi Bamboo tu sendiri memang dibalut dengan daun lirik kemudian dimasukkan ke dalam bamboo dan dikukus/panggang. Bau nasinya semerbak harum menaikkan selera. Kambing bakarnya juga sangat 'juicy' dan cukup rempahnya! Memang tak jumpa di tempat lain .
SEBAB MENJADI PILIHAN :
Selain dari keunikan menu nasi bamboo itu sendiri, kawasan ini juga terletak berdekatan dengan destinasi pelancongan terkenal iaitu Cameron Highland dan juga Klah Hot Spring
6) Bagan Lalang, Sepang
Sumber : caridestinasi.com
Bagan Lalang adalah kawasan pantai yang terletak di daerah Sepang, Selangor. Walaupun pantai ini tidak dikenali oleh ramai orang, tetapi ia merupakan salah satu destinasi konvoi paling 'popular' !
SEBAB MENJADI PILIHAN :
Lokasinya tidak terlalu jauh daripada pusat bandaranya Kuala Lumpur , iaitu hanya sekitar 83 KM. Tetapi, jalanraya untuk menuju ke Bagan Lalang dan pantai Bagan Lalang itu sendiri amat sunyi dari hiruk-pikuk kota. Sebab itulah ia menjadi pilihan sebagai destinasi konvoi. Kerana destinasi ini sunyi , dan tidak terlalu mengganggu orang ramai.
7) Kopi Manshor, Seremban
Sumber : Facebook Mr Manshor Kopitiam Power
Warung Mr. Manshor Kopitiam Power ini sangat terkenal kerana kepekatan kopi yang dibancuh mereka. Kaw ! Dikatakan Mr Manshor Kopitiam Power ini terkenal sejak 1957 lagi, cuma lokasi kedai mereka berpindah-pindah. Tagline mereka yang cukup terkenal adalah :
'kopi paling sedang dan paling mahal di dunia boleh didapati di sini. Harga di hotel lima bintang RM300 secawan, harga di restoran mahal RM60 secawan tetapi harga di gerai Mr Manshor Kopitiam hanya RM8 sahaja.'
SEBAB MENJADI PILIHAN :
Selain daripada menu kopi mereka yang enak dan murah, kita semua tahu mat-mat moto dan 'mengopi' memang tak boleh dipisahkan .
8) Teluk Batik , Lumut
Sumber : Island of Dim
Teluk Batik adalah salah satu pantai di Lumut yang terkenal kerana pantainya yang cantik dan landai sehinggakan menjadi salah-satu tempat wajib dikunjungi di negeri Perak darul Ridzuan.
SEBAB MENJADI PILIHAN :
Teluk Batik selalu saja menjadi lokasi perhimpunan mega atau besar-besaran pencinta dunia motosikal atau kereta. Mungkin kerana lokasinya yang mudah dikunjungi dari kebanyakan negeri di semenanjung Malaysia.
Oooo, rupanya banyak konvoi nak pergi makan jer . Takpelah, yang penting tidak mengganggu ketenteraman awam. Abang-abang motor dan abang-abang kereta hati-hati di jalan dan ingat yang tersayang yer !
Dengan pelaksanaan fasa pertama inisiatif Perjalanan Token Tunggal pada separuh pertama tahun ini, Â dokumen perjalanan fizikal seperti tiket penerbangan dan pas masuk akan menjadi antara perkara yang tidak lagi diperlukan oleh penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Inisiatif itu menggunakan teknologi pengenalan wajah untuk memberikan pengesahan pengenalan biometrik kepada penumpang sekaligus membolehkan penumpang […]
Secara umumnya, pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan terhadap pelbagai sektor politik, kesihatan, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, COVID-19 memaksa kebanyakan negara menutup sempadan mereka daripada pelancong sekaligus menjejaskan pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Bayangkan pada 2019, sektor pelancongan telah menyumbang 8.9 Trilion US Dollar, tetapi COVID-19 pastinya menjadikan hasil daripada sektor tersebut sangat kurang pada […]
Seperti yang diketahui, majoriti negara di dunia termasuk Malaysia menutup sempadan mereka untuk pelancongan dalam usaha mengekangwabak COVID-19 dari terus merebak . Industri dan perniagaan, terutamanya dari Industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk terus bertahan. Tanpa kemasukan pelancong dari luar, pemain industri pelancongan sangat bergantung kepada pasaran domestik untuk memastikan perniagaan mereka terus mempunyai daya […]
Bermula tahun 2022 nanti, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta. Encik Mohd Yussainy Md Yusop iaitu Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 itu bagi […]
Walaupun sudah boleh merentas negeri, tetapi ramai keliru mengenai tatacara dan garis panduan untuk memasuki ke Sabah & Sarawak. Ini adalah tatacara dan garis panduan untuk memasuki Sabah & Sarawak bagi pelawat dari Semenanjung dan untuk melakukan perjalanan keluar dari Sabah & Sarawak. Sabah Sehingga 14 Januari, garis panduan kemasukan individu ke negeri Sabah adalah […]