99 Wonderland Park, kembali tampil dengan pelbagai lagi tarikan terbaru !
Surga Route
|
27 August 2020
Good day ! Jalan-jalan ke mana sekarang? Dalam situasi COVID-19 ni, memang agak mustahil untuk kita berjalan-jalan ke luar negara kan. Tapi, janganlah anda risau sebab di Malaysia pun banyak sangat tempat menarik. Salah satunya adalah 99 Wonderland Park (Wildlife in the City) yang baru sahaja melalui proses transformasi dan penambahbaikan tau ! Disini, terdapat lebih 99 spesis haiwan yang 'rare' untuk kita lihat. Woww ! Jadi, bermula 28 Ogos 2020 ini bolehlah kita ke sana. jom jom.
Aktiviti di 99 Wonderland Park : Wildlife in the City
#1 Mini Zoo
Salah satu tarikan paling best di sini adalah mini zoo. Di bahagian Wild Island, terdapat pelbagai haiwan yang menunggu lawatan anda antaranya adalah buaya tembaga, 99 monster fish, 99 sun bear (beruang matahari), Tapir, ungka, dan banyak lagi !
#2 Aktiviti Hiburan
Dah macam taman tema besar, disini juga ada pelbagai aktiviti mesra keluarga yang boleh dilakukan. Antaranya adalah menaiki bot mengelilingi tasik atau mengayuh 'paddle boat' jika anda inginkan masa yang lebih lama dan suasana yang lebih romantik. Bolehlah sambil kayuh tu, story-story sikit dengan pasangan.
#3 Port instaworthy
Memang tak salah tempat ini dinamakan 99 wonderland park, kerana memang banyak lokasi yang sangat cantik dan sesuai sangat untuk jadi background gambar Instagram anda. Tengoklah bawah ini
Sumber : KLfoodie
Kadar tiket masuk
Banyak sangat aktiviti boleh dilakukan disini mesti kita ingat bayaran masuk mahal kan. Tidak ! Sebenarnya kadar bayaran masuk ke taman ini sangat berpatutan tau ! Hanya bermula RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.
Lokasi
Selalunya kalau kita nak lihat haiwan, mungkin kita terpaksa bawa keluarga jauh ke luar bandar. Perjalanan mengambil masa lama, kos tinggi, penat pula tu. Sampai destinasi jer, anak-anak dah tertidur dalam kereta. Terus susah nak turun kan? Tetapi, 99 Wonderland Park ini terletak dalam bandar tau.
Lokasi: 99 Wonderland Park Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor. Waktu Operasi: 10 a.m.-4:30 p.m , 5 p.m.-1 a.m. (Every day except for Monday) Laman Web untuk info lanjut: http://www.99wonderlandpark.com.my/ Hubungi : 03-61283799
Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]
Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]