Kalau cakap pasal travel, ramai orang kata travel dengan lelaki la senang. Tak banyak karenah. Lelaki ni memang diciptakan 'simple' dan tidak memeningkan kepala. Banyak pula puji lelaki kan, tapi memang ada banyak sebenarnya kelebihan travel dengan lelaki ni. Kelebihan yang tiada pada perempuan tetapi perempuan memerlukannya .Haa jom kita tengok apa kelebihannya tu.
Penyataan diatas memang tidak boleh disangkal lagi. Sememangnya lelaki lebih mahir membaca peta berbanding perempuan. Maka kebarangkalian untuk sesat amatlah rendah. Itulah kelebihan lelaki yang tiada pada wanita. Lelaki memang diberi kebolehan untuk mengalisis, mencari solusi bagi sesuatu proses dan boleh melukis peta dengan senang. Menurut Aiman Psikologis..
Jadi, jika anda tidak mahu sesat lagi-lagi apabila anda mahu pergi ke tempat yang anda tidak 'familiar' , lebih baik anda bawa seorang lelaki bersama anda. Tidak kisahlah suami anda atau ayah anda, abang atau adik. Jangan nak 'overconfident' ya.
2) Lelaki lebih mudah untuk berkomunikasi
Sumber: stocksy.com
Secara umumya, kita tahu bahawa lelaki amatlah sinonim dengan sifat pemimpin. Jadi, kebanyakan lelaki memang tahu cara untuk 'survive', berani dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Sebaliknya, perempuan lebih cenderung untuk malu dan kurang keyakinan diri. Lebih sanggup duduk sahaja di satu tempat daripada bertanya kepada orang lain. Namun tidak dinafikan ada juga sesetengah perempuan yang berani dan lebih 'outspoken' daripada lelaki. Jika anda tergolong dalam kalangan wanita tersebut. Takde hal lah.
3) Lelaki lebih kuat
Sumber: hellosehat.com
Kita sangat sedia maklum, kekuatan lelaki jauh bezanya jika dibandingkan dengan kekuatan perempuan. Jadi, inilah masanya untuk perempuan diluar sana menggunakan khidmat ataupun anugerah kekuatan seorang lelaki ini untuk membawa barang-barang anda yang berat tu.
Lagipun, perempuan bukan sahaja tidak larat dan tidak berdaya untuk membawa barang yang berat, tetapi dari sudut sains juga, terdapat keburukan jika wanita memaksa dirinya untuk membawa barang yang berat. Akibat buruknya, seseorang perempuan itu berkemungkinan besar akan mengalami 'prolapse' atau dalam bahasa Melayu dipanggil rahim jatuh.
Sumber: nshafez.blogspot.com
"Mengangkat barang-barang yang berat bukanlah penyebab utama kepada berlakunya rahim jatuh atau peranakan jatuh peringkat awal. Namun, mengangkat barang-barang yang berat boleh menjadi salah satu faktor risiko terjadinya rahim jatuh"
"Ini kerana, apabila anda mengangkat barang-barang yang berat, ia akan memberikan tekanan menurun pada lantai pelvis. Jadi, anda seharusnya perlulah mengelakkan diri daripada kerap mengangkat barang-barang yang berat"
"Otot dan ligamen lantai pelvis yang kuat adalah sangat penting bagi mengelakkan rahim jatuh daripada berlaku."
Hati-hati buat wanita mahupun gadis diluar sana. Meskipun anda muda, elakkanlah dari mengangkat barang yang berat bersendirian.
4) Lelaki sebagai pelindung
Bila sebut sahaja lelaki sebagai pelindung, teringat 1 lagu pulak. Lagu wanita- dehearty nyanyi. Lirik dia macamni.
"Tercipta engkau, dari rusuk lelaki. Bukan dari kaki untuk dialasi. Bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung"
Wanita-Dehearty
Sudah nyata lagi bersuluh Allah berfirman dalam Surah An-Nisa` ayat ke-34 :-
Maksudnya:- Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”
Credit: baituljannah
Lelaki merupakan seorang pemimpin kepada perempuan dan mereka bertanggungjawab untuk melindungi perempuan. Jadi, sifat melindungi itu semulajadi ada di dalam diri setiap lelaki. Bukan setakat sifat dalaman, malah luaran juga. Justeru itu, perempuan akan berasa leebih selamat apabila ditemani oleh lelaki atas kelebihan yang ada pada lelaki. Jadi tiada siapa yang berani kacau. Kalau perempuan, senang sahaja dikacau kerana perempuan sinonim dengan sifat fizikalnya yang lemah.
Sekian itu sahaja input dari kami mengenai kelebihan travel dengan lelaki disisi. Setiap perempuan perlu tahu akan kelebihan ini seterusnya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Tapi jangan lah berdua dengan teman lelaki ya, itu tidak manis dan ditegah oleh agama. Bawalah ahli keluarga anda ayah, abang, adik atau suami.
Jika anda mahukan lebih banyak tips travel, anda boleh klik disini.
Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]
Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]