0
(0)

Ketiadaan jarakan sosial dalam kalangan penumpang pesawat, menimbulkan kebimbangkan Ahli Parlimen dari Sarawak yang sering menaiki penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur.

Datuk Seri Richard Riot Jaem (ahli parlimen dari GPS-Serian) berkata, keadaan itu dibimbangi akan menyebabkan pandemik COVID-19 di negara ini menjadi lebih parah.

Katanya walaupun jarakan sosial diamalkan di hampir kebanyakan tempat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, namun beliau melihat sendiri bagaimana orang ramai tidak menjaga jarak di dalam pesawat.

“Saya nampak SOP (Prosedur Operasi Standard) ini tidak diamalkan sama sekali dalam pesawat, masuk pesawat berhimpit-himpit, duduk dalam pesawat pergerakan sosial itu tidak ada.

“Saya minta kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan ambil berat akan perkara ini, saya takut ada tanda COVID-19 akan jadi COVID-20, kalau ini berlaku akibatnya parah,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, di sini. 

Kembimbangan yang diluahkan itu, mendapat sokongan daripada Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), dengan memberikan contoh situasi yang berlaku di luar negara seperti China, apabila gelombang kedua pandemik itu melanda setelah perintah kawalan pergerakan dilonggarkan.

“Apakah Serian meminta kerajaan meneliti semula balik keputusan itu, supaya khususnya pengangkutan penerbangan menjarakkan jumlah penumpang itu, sebab AirAsia tiada lagi jarakan sosial, ini membimbangkan kita masa terbang, kita nak balik setiap minggu,” katanya ketika bangun mencelah perbahasan.

Sementara itu Alice Lau Kiong Yieng (ahli parlimen dari PH-Lanang) ketika berbahas mencadangkan, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, berikutan kewujudan banyak kluster COVID-19 baharu di Sarawak, sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata cara pemakaian pelitup muka dengan betul, serta langkah pelupusannya juga perlu disampaikan kepada orang ramai, menerusi media sosial.

Lau turut mencadangkan kerajaan memperuntukkan pelitup muka, peralatan penyukat suhu badan dan cecair pembasmi kuman secukupnya, disetiap sekolah bagi mengurangkan bebanan pihak sekolah dalam menyediakannya.

“Peralatan penyukat suhu badan, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman yang secukupnya perlu diperuntukan kepada semua sekolah secara bekalan agar pihak sekolah sentiasa berada di dalam keadaan selamat,” katanya.

Datuk Robert Lawson Chuat (ahli parlimen dari GPS-Betong) pula mengingatkan, kelonggaran SOP yang diberikan masa kini tidak bermakna masyarakat boleh leka terhadap tanggungjawab masing-masing, dalam memastikan kebersihan persekitaran.

Katanya, semua pihak terutama pemimpin masyarakat, ketua komuniti dan warga pendidik, perlu meneruskan usaha sama bagi menggalakkan kelaziman baharu serta meningkatkan pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Utamakanlah kebersihan diri dan komuniti, teruskan jarakan sosial demi kesejahteraan diri dan membantu kerajaan memulihkan semula ekonomi negara,”  katanya.

SUMBER : BERNAMA

Kami Kongsi. Anda Terokai

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
Shop Online for 31% off Purchase, Get 20RM Promo Code
18 October 2020
3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di KLIA

0 (0) Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19. Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly akan menggunakan jet bermula Q1 2021, perkukuh laluan domestik dan ASEAN

0 (0) Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan. Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly jadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines 'bungkus'

0 (0) Berhubung krisis kewangan yang melanda Malaysia Airlines akibat wabak COVID-19, pemegang saham syarikat penerbangan tersebut iaitu Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup. Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan […]

Selanjutnya
10 October 2020
New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

0 (0) Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama. […]

Selanjutnya
10 October 2020
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, acara hebat buat kaki pancing

0 (0) Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula . Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram