Selepas kebenaran merentas negeri diumumkan oleh kerajaan, nampaknya Airasia tidak menunggu lama bagi menggerakkan semula pesawat mereka. Terbaru, AirAsia telah memulakan operasi penerbangan ke 3 laluan baharu. Yang paling utama adalah laluan menghubungkan Kota Bharu, Kelantan ke pulau percutian Langkawi bermula 19 Disember.

Pesawat pertama dengan kod penerbangan AK6289 tiba di Langkawi tepat pada waktunya dengan 80% jumlah penumpang.

3 laluan baharu airasia
Para tetamu yang menaiki penerbangan pertama AirAsia dari Kota Bharu ke Langkawi, AK6289 menerima cenderamata dari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Selain penerbangan tersebut, AirAsia juga akan memulakan operasi ke 3 laluan baharu pada minggu hadapan, iaitu Pulau Pinang - Kiota Bharu dan Johor Bahru - Kota Bharu pada 22 Disember, dan Ipoh ke Langkawi pada 23 Disember.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial airasia.com berkata, “Usaha pemulihan pelancongan domestik adalah kerjasama daripada semua pemain industri, dan AirAsia komited untuk mengembangkan hubungan domestik dengan tambang rendah dan meningkatkan prosedur kebersihan dan kesihatan yang ketat untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang diyakini oleh semua orang.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang bekerjasama untuk menyambut para tetamu yang menaiki penerbangan sulung kami dari Kota Bharu pada hari ini. Jumlah penumpang kami membuktikan bahawa Langkawi adalah sebuah destinasi percutian yang popular, dan kami berharap dapat menyambut para tetamu di laluan baharu kami yang lain tidak lama lagi.”

Sementara itu, Dr Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA berkata, “Kami menghargai usaha AirAsia yang menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama dari dua buah bandar di Semenanjung Malaysia. Pembukaan hubungan antara Langkawi dan pasaran pelancongan baharu menjadikan usaha ini sebagai pembuka tirai yang sangat baik untuk tahun 2021.

Beliau menambah, “Pandemik COVID-19 telah memberikan cabaran kepada semua. Kini tiba masanya untuk anda bersantai di Langkawi, destinasi pulau nombor satu di Malaysia. Selain itu, para pelancong juga boleh menikmati Jualan Hebat Langkawi yang menawarkan pelbagai diskaun. Kami berharap semua orang mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) kesihatan untuk memastikan perjalanan yang selamat.”

AirAsia juga menawarkan tambang rendah bermula RM21 sehala ke 3 laluan baharu dan destinasi domestik yang lain. Tempahn kini boleh dibuat di airasia.com dan super app bermula 21 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021, untuk tempoh penerbangan antara 28 Disember 2020 dan 30 Jun 2021.

Semua tempahan penerbangan yang dibuat sekarang hingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 31 Mac 2021 boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan Tempahan Saya.

Disebabkan situasi COVID-19 yang masih lagi belum reda, AirAsia juga telah menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas daripada pakar keselamatan industri penerbangan Airlineratings.com, berikutan pelaksanaan pelbagai inovasi industri yang menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat dengan ciri-ciri tanpa sentuhan.

Seperti yang digariskan di dalam laman web Airlineratings.com, syarikat penerbangan dinilai berdasarkan tujuh kriteria termasuklah maklumat yang menyeluruh mengenai prosedur COVID-19 di laman web, pemakaian pelitup muka, pemakaian peralatan perlindungan diri oleh kru kabin, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat berkala, peralatan pembersih peribadi dan lain-lain.

Jadi, apa tunggu lagi, jom rancang perjalanan dengan selamat. Untuk sebarang promosi dan tempahan, layari laman web rasmi Airasia sekarang !

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
26 February 2021
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis disambung 27 Februari

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]

Selanjutnya
26 February 2021
Jambatan ikonik bakal dibuka di Tasik Kenyir pada Mei 2021

Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]

Selanjutnya
25 February 2021
Malaysia Airlines mahu perkenal pas kesihatan perjalanan pasca COVID-19

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]

Selanjutnya
23 February 2021
Kerajaan cadang pasport vaksin COVID-19, dokumen pengesahan selepas suntikan

Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]

Selanjutnya
23 February 2021
COVID19 berakhir pada awal 2022 - Pakar

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram