Berikutan pengumuman kebenaran perjalanan domestik di Malaysia pada hari ini (10 Jun 2020), AirAsia akan melancarkan Pas Tanpa Had baharu untuk memacu pelancongan domestik Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan.

Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang ditawarkan dengan harga RM399 bersih, tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 (1000h GMT + 8) hingga 13 Jun 2020 (2359h GMT + 8). Beli sekarang dan buatlah perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

Pas ini boleh ditebus untuk penerbangan ke 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021.”

“Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita haruslah bekerjasama untuk memacu semula industri pelancongan negara. Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam industri pelancongan daripada pengusaha hotel kepada ejen pelancongan untuk mencapai objektif ini. Bagi AirAsia, Pas Tanpa Had ini adalah tawaran utama kami untuk para tetamu menebus penerbangan tanpa had dalam rangkaian domestik kami ke 16 destinasi.

“Dengan melakukan perjalanan domestik, kita semua bukan sahaja dapat menyokong masyarakat setempat, malah boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam membuat perjalanan, kami meminta kerjasama daripada semua tetamu kami untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka.”

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan anda dengan Pas Tanpa Had AirAsia, sila rujuk panduan ini.

Penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan, serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.

Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan mereka. Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko untuk memastikan keselamatan untuk semua.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sumber : Airasia

Artikel penerbangan lain disini

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
17 May 2022
Malaysia Berikrar Sertai ICAO, Pulihkan Industri Penerbangan Pasca COVID-19

Malaysia berikrar akan mengambil bahagian secara aktif dalam misi berterusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi membolehkan rangkaian pengangkutan udara global dan objektif strategik lebih bersedia menghadapi pemulihan industri penerbangan pasca COVID-19. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata beliau turut mengulangi komitmen Kerajaan Malaysia untuk menyokong inisiatif ICAO dengan tumpuan khusus kepada […]

Selanjutnya
17 May 2022
Malaysia Airlines Mohon Maaf Susulan Insiden Penumpang Kepanasan Di Dalam Kabin 3 Pesawat

Sebelum ini kami pernah siarkan berkenaan insiden penghawa dingin yang tidak dapat dihidupkan dalam kabin pesawat milik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dengan nombor penerbangan MH2710 yang sepatutnya membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada 8 Mei lalu. BACA : Dibiar Kepanasan Dalam Pesawat Hampir 1 Jam, Penumpang Malaysia Airlines Kecewa 'Aircond' Tidak Berfungsi […]

Selanjutnya
17 May 2022
Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya

Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]

Selanjutnya
13 May 2022
MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]

Selanjutnya
13 May 2022
Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram