AirAsia lanjut jualan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia
Surga Route
|
13 June 2020
AirAsia melanjutkan tempoh jualan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia selama dua hari sehingga 15 Jun 2020, berikutan permintaan yang luar biasa.
Ditawarkan dengan harga RM399, Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia membolehkan pemegang pas untuk menebus penerbangan tanpa had dalam Malaysia ke 16 destinasi untuk tempoh perjalanan sehingga 31 Mac 2021. Dengan tempoh lanjutan tersebut, anda masih lagi boleh melayari airasia.com/deals untuk membeli pas tersebut sehingga 15 Jun ini.
Sejak dilancarkan pada 11 Jun, lebih 12,000 penerbangan telah ditebus. Penebusan penerbangan pertama dilakukan adalah pada tujuh minit selepas pas tersebut mula dijual. Destinasi utama yang menjadi pilihan adalah Kuching dan Kota Kinabalu selain Tawau, Sibu dan Pulau Pinang, sementara bulan Julai dan Ogos mencatatkan jumlah penebusan penerbangan tertinggi.
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan semangat mereka dalam membantu memacu dan mempercepat pemulihan pelancongan domestik. AirAsia berbangga kerana dapat membantu perkembangan ekonomi dengan tambang nilai hebat kami, terutama pada masa-masa yang mencabar ini. Kami berharap dapat menyambut kedatangan anda semua dalam penerbangan AirAsia tidak lama lagi dan jangan lupa untuk mengikuti semua nasihat perjalanan udara baharu, termasuk memastikan anda memakai pelitup muka pada setiap masa, membersihkan diri dengan kerap, menggunakan prosedur tanpa sentuhan kami, tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum penerbangan anda dan pra-tempah makanan panas dalam talian.”
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]