AirAsia sambut baik kebenaran merentas negeri dengan jualan tiket serendah RM12
Surga Route
|
9 December 2020
Bermula 7 Disember 2020, Kerajaan telah membenarkan perjalanan rentas negeri di seluruh negara kecuali di beberapa kawasan yang dikenakan PKPD.
Selaras dengan keputusan tersebut, syarikat penerbangan tambang murah terulung, AirAsia turut menyambut baik kebenaran tersebut dengan mengadakan jualan tiket murah selama 3 hari untuk penerbangan domestik dengan jualan serendah RM12
Dengan Jualan murah yang bermula dari 7 Disember tersebut , pengguna berpeluang mendapatkan tiket penerbangan domestik serendah RM12 sehala untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 dan 30 Jun 2021.
Jika anda merisaukan tarikh perjalana yang masih tidak menentu akibat situasi sekarang, Airasia juga menyatakan bahawa Semua tempahan penerbangan yang dibuat sekarang hingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 31 Mac 2021 boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan Tempahan Saya.
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi, dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi. Baru-baru ini, kami telah mengumumkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.
Buat pengetahuan korang, harga tiket bagi penerbangan domestik secara sehala ialah RM12 dan RM24 bagi perjalanan pergi dan balik. Namun, bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak dari Kuala Lumpur, harga yang ditawarkan adalah bermula RM158.
Beriut adalah merupakan antara senarai harga tambang perjalanan dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur :
Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]
Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]