Al Meroz

Al Meroz, Hotel Islamik di Tengah Kota Buddha

Dikemas Kini: 28 Mei 2020
Surga Route

Kat mana tu ? hehehe. Hotel Al Meroz ini terletak di daerah Suan Luang, Bangkok, Thailand. Lokasinya tidak jauh dengan Masjid Foundation of Islamic Center of Thailand iaitu masjid paling besar di Bangkok. Sawasdee Khap !

Sumber : Al Meroz

Mungkin bagi kita, hotel patuh syariah atau penyediaan makanan halal ini perkara biasa. Itu adalah kerana Malaysia merupakan negara majoriti Muslim. Tetapi, jika kita ke luar negara baru kita sedar mencari makanan halal sahaja sudah susah, apatah lagi konsep mesra Muslim yang lain. kan ?

Itulah yang dilihat oleh CEO Al-Meroz Hotel. Namun, beliau menjadikan masalah tersebut sebagai potensi perniagaan. Tetapi, yang mengagumkan adalah mengenai idea membina sebuah hotel islamik mewah di tengah-tengah ibu negara majoriti penganut Buddha ! Mungkin ada yang skeptikal mengenai penerimaan terhadap hotel berkonsep Islamik ini. Tetapi, bagi pengurs besar Al-Meroz, Sanya Saengboon :

"Terdapat 1.6 Billion Muslim di dunia, Ia pasaran yang besar. Dapat satu peratus pun dah cukup untuk kami "

Sanya Saengboon

Tetapi, beliau tidak mengatakan hal tersebut dalam bahasa Melayu.

Hotel Al-Meroz ini sebenarnya telah dibuka pada 2015, mempunyai 242 bilik tidur , 2 bilik solat dan 3 premis makanan. Semenjak dibuka, mereka telah menerima banyak komen-komen positif.

Keunikan

Mesra Muslim dan Halal bagi Al-Meroz bukan sekadar omong kosong atau cakap-cakap biasa. Namun, dibuktikan dengan pengiktirafan mereka dalam Industri Halal oleh pihak Autoriti. Antaranya, mereka mendapat pengiktirafan sijil Halal iaitu International Halal Certification dan juga pengiktirafan Halal dari Central Islamic Council of Thailand

Sumber : Almeroz Hotel

Kemudahan Surau yang luas

Satu perkara yang menarik adalah hotel Al Meroz ini menyediakan kemudahan surau yang cukup luas dengan berasingan bagi muslimin dan muslimat. Satu perkara yang sukar ditemukan di negara bukan Islam.

Sajian Antarabangsa diyakini Halal

Ruang penginapan yang luas dan selesa

Kemewahan Berpandukan Syarak

Harga

Harga bilik ditawarkan bermula dari 4,000 baht sehingga 50,000 baht untuk satu malam, kira-kira dalam RM539.00 – RM6738.00 (mengikut kadar tukaran sewaktu artikel ditulis)

Disebabkan kami sendiri meyukai hotel ini dan mahu agar anda juga menyukainya, kami kongsikan video menunjukkan sebahagian kawasa hotel. Kalau kami letakkan gambar lagi, nanti terlalu banyak pula.

https://www.youtube.com/watch?v=fUAiIZ_GUkY
https://www.youtube.com/watch?v=C4y3c0dJViU
https://www.youtube.com/watch?v=C7zjc4TEf6M

Semoga kita direzekikan oleh Allah untuk menginap disini, InsyaAllah. Untuk melihat hotel Islamik pilihan kami di Malaysia, klik disini

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram