Sekarang hot isu mengenai orang kaya kan. Harini kami nak story sikit mengenai salah-satu rumah termahal di dunia milik orang have-have, bernama Antilia terletak di Mumbai.

Rumah ini dimiliki oleh Mukesh Ambani iaitu orang terkaya di India. (Net Worth US$85.9 Billion ATAU RM355.84 Billion jer) yang juga merupakan manusia ke-6 terkaya di dunia menurut senarai Forbes terkini (real-time). Ya, orang terkaya di Asia pun bukan lagi Jack Ma si Pengerusi Alibaba, tetapi si Mukesh Ambani iaitu Pengerusi Reliance Industries. Dengar cerita Reliance Industries ini menceburi banyak bidang perniagaan, bermula dari minyak & gas sampai la ke bidang teknologi. Patutlah !

Mukesh Ambani, orang terkaya di India. Sumber : IndianExpress

Okay kita sambung, kediaman milik Mukesh Ambani ini direka oleh arkitek terkenal Perkins + Will, dan direka khas bagi menahan gempa bumi dengan kekuatan sehingga 8 skala ritcher. Katanya, nama Antilia itu adalah inspirasi daripada mitos di Pulau Atlantik dan senibina Antilia pula adalah berdasarkan teratai dan matahari. Tetapi, kami nampak bangunan petak je, di mana yang nampak macam teratai dan matahari tu , entahlah.😂

Antilia terletak di Altamount Road, Selatan Mumbai dan dianggarkan bernilai antara US$1-2 Billion atau sekitar RM4-8 Billion. Altamount Road ini adalah kawasan eksklusif di Mumbai ala-ala Bangsar, Mont Kiara atau Hartamas di Kuala Lumpur. Harga tanah per kaki persegi di kawasan ini dianggarkan sekitar RM4,000-RM5,000. Tetapi, Mukesh Ambani buat rumah di sebuah plot tanah yang tidak terlalu besar. Jadi di mana mahalnya rumah beliau?

Sini nak bagitau, Antilia ini adalah sebuah rumah 27 tingkat berketinggian 173 Meter. Kalau ikutkan, selalunya bangunan 173 Meter ini terdiri daripada hampir 40 tingkat. Tetapi, banyak level di rumah ini dibina secara double volume ceiling. Saiz keseluruhan pembangunan kediaman ini pula adalah 400,000 kaki persegi. Nak kata punyalah kaya, 6 tingkat bangunan ini adalah tempat meletak kenderaan yang mampu memuatkan sehingga 168 kereta. Di tingkat 7, siap ada pusat servis kenderaan.Kediaman ini juga lengkap dengan panggung wayang 50 tempat duduk, bar, entah berapa banyak tandas, studio tarian, studio yoga, spa, taman, 3 helipad, taman, kolam renang, ballroom dan banyak lagi.

Rumah ini hanya diduduki oleh 5 orang jer satu keluarga tu. Mukesh ambani, isteri dan 3 anak. Itupun, anak-anaknya semakin besar dah keluar rumah untuk belajar dan sebagainya. Jadi, mereka ada 600 staff untuk selenggara rumah ini. Ada la juga bilik khas untuk staff mereka berehat dan sebagainya.Tiba-tiba rasa macam sesak pula kalau sampai 600 orang staff ada dalam satu rumah, kan? Sebenarnya ruang khas untuk keluarga Ambani ini terletak di 6 tingkat teratas bangunan ini. Kawasan ini memang kawasan terlarang. Staff yang penting sahaja boleh masuk kot.

Nak naik turun rumah 27 tingkat ni dah semestinya penat kan, sebab itu dengan selamba Mukesh siapkan rumah ni dengan 6 (ada riwayat kata 9) lif berkelajuan tinggi. Yang kami tahu, Mukesh adalah orang kaya di India melalui perniagaan yang sah disisi undang-undang. Kalau anda pergi ke Mumbai, memang boleh tengok dari jauh lagi kediaman ni. Ker ada yang dah pernah bergambar kat sini?

Surga dunia betul !

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
15 January 2021
Malaysia Tersenarai Antara 20 Negara Paling Rugi Dalam Sektor Pelancongan 2020

Secara umumnya, pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan terhadap pelbagai sektor politik, kesihatan, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, COVID-19 memaksa kebanyakan negara menutup sempadan mereka daripada pelancong sekaligus menjejaskan pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Bayangkan pada 2019, sektor pelancongan telah menyumbang 8.9 Trilion US Dollar, tetapi COVID-19 pastinya menjadikan hasil daripada sektor tersebut sangat kurang pada […]

Selanjutnya
6 January 2021
5 Negeri paling banyak terima pelancong selepas tamat PKP pada 2020

Seperti yang diketahui, majoriti negara di dunia termasuk Malaysia menutup sempadan mereka untuk pelancongan dalam usaha mengekangwabak COVID-19 dari terus merebak . Industri dan perniagaan, terutamanya dari Industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk terus bertahan. Tanpa kemasukan pelancong dari luar, pemain industri pelancongan sangat bergantung kepada pasaran domestik untuk memastikan perniagaan mereka terus mempunyai daya […]

Selanjutnya
6 January 2021
Ini SOP terbaru aktiviti pendakian bermula 2021 yang geng hikers perlu ambil tahu

Bermula tahun 2022 nanti, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta. Encik Mohd Yussainy Md Yusop iaitu Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 itu bagi […]

Selanjutnya
4 January 2021
Tatacara dan garis panduan pelawat ke Sabah & Sarawak Terbaru (Kemaskini Januari 2021)

Walaupun sudah boleh merentas negeri, tetapi ramai keliru mengenai tatacara dan garis panduan untuk memasuki ke Sabah & Sarawak. Ini adalah tatacara dan garis panduan untuk memasuki Sabah & Sarawak bagi pelawat dari Semenanjung dan untuk melakukan perjalanan keluar dari Sabah & Sarawak. Sabah Sehingga 14 Januari, garis panduan kemasukan individu ke negeri Sabah adalah […]

Selanjutnya
4 January 2021
Dah macam 'Business Class' ! Emirates lancarkan kelas Ekonomi Premium bermula 4 Januari 2021

Emirates telah melancarkan kabin terbaru bagi pesawat A380 yang akan membuat perjalanan dari Dubai ke London Heathrow dengan satu kelas ekonomi baharu iaitu Ekonomi Premium. Sewaktu syarikat penerbangan lain membuat beberapa pembaharuan untuk menjimatkan kos, Emirates terus ke hadapan dengan memperkenalkan kelas ekonomi terbaru ini dengan 56 kerusi disusun secara 2-4-2. Permintaan Yang Tinggi Adel […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram