Jika ditanya apakah antara slogan paling sinonim dengan Malaysia ?
Pastinya jawapan utama yang akan diberikan adalah Wawasan 2020.

Wawasan 2020 pada asasnya ialah sebuah buah fikiran & wawasan kerajaan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991.

Tun Dr. Mahathir Mohamed. Gambar : Law Soo Phye

Wawasan ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya dari segi ekonomi, politik, sosial menjelang tahun 2020.

Bagi generasi muda era 90-an dan awal tahun 2000, Wawasan 2020 adalah sebuah idea besar yang mereka tidak fahami. Generasi muda ketika itu pastinya terfikir mengenai kereta terbang, bangunan pencakar langit dan semua yang indah belaka. Memang tak sabar-sabar dan teruja menunggu kehadiran tahun 2020.

Bagi golongan dewasa, mereka mengetahui matlamat kerajaan menjelang 2020 dan beberapa peristiwa bersejarah menuju 2020, antaranya adalah penanaman kapsul masa yang menyimpan mesej Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Tun Mohamad dan dijadulkan dibuka pada 2020.

Jika bercerita mengenai kapsul masa yang pernah ditanam oleh Tun Mahathir, ianya bukan perkara asing sehinggakan sebuah filem sains fiksyen pernah dibuat berkisarkan kapsul masa dan ditayangkan pada tahun 2015, dibintangi oleh aktor terkenal, Faizal Hussein.

Poster Filem Kapsul
Poster FIlem Kapsul. Sumber : Wikipedia

Masa berganti masa, pejam celik pejam celik, kita sudah tiba ke penghujung tahun 2020.

Realitinya amat pahit tetapi wajib ditelan, 2020 yang hadir rupanya tidak 'seindah' yang kita idamkan.

Ianya bukan sahaja kerana wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Tetapi, kerana kemelut politik , kegawatan ekonomi dan isu-isu sosial yang berlaku sebelum 2020.

Sebenarnya sejak 2017, tiga tahun menjelang 2020, wawasan 2020 sebenarnya sudah kurang didengari, gagasan baharu telah digagaskan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak, iaitu Transformasi Nasional 2050.

Logo Rasmi Transformasi Nasional 2050. Sumber : Wikipedia

Kata sebahagian orang, idea ini tecetus kerana Wawasan 2020 tidak akan tercapai, namun kata Perdana Menteri ketika itu, gagasan baharu ini adalah kesinambungan kepada Wawasan 2020.

Jika benar, maka kami yakin Wawasan 2020 seharusnya diraikan sebelum tamat tahun ini, antaranya adalah dengan membuka kapsul masa yang ditanam di monumen bernilai jutaan ringgit.

Janji tetap janji, kapsul masa yang dijanjikan bakal dibuka pada tahun 2020 harus dikotakan. Tambahan pula, kapsul masa yang dijadualkan dibuka pada 2020 bukan satu, tetapi tiga ! Berikut adalah senarai kapsul masa yang dijanjikan untuk dibuka pada 2020.

1. Taman Putra Perdana - Ditanam 1995

Terletak di Putrajaya, ramai menanti untuk melihat sendiri apakah isi kandungan kapsul masa yang disimpan di monumen ini yang kini menjadi mercu tanda Putrajaya.
Monumen di Taman Putra Perdana. Gambar : Astro Awani

Kapsul masa telah ditanam oleh Tun Mahathir sempena Majlis Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995 dan dijadualkan dibuka pada 29 Ogos lalu, bersempana sambutan Jubli Perak penubuhan Putrajaya namun majlisnya ditangguh disebabkan COVID-19.

Dalam kapsul masa tersebut, tersimpan pelbagai salinan dokumen berkaitan Putrajaya yang hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada umum.
Dalam kapsul masa tersebut, tersimpan pelbagai salinan dokumen berkaitan Putrajaya yang hanya menunggu masa untuk didedahkan kepada umum. Sumber : Astro Awani

Menurut laporan daripada The Star pada Julai lepas, Presiden Perbadanan Putrajaya (PjC), Datuk Seri Dr Aminuddin Hassim berkata, 90 peratus program yang dirancang untuk perayaan jubli perak di Putrajaya dibawa ke tahun depan kerana kekangan COVID-19.

“Kami berusaha untuk mengelakkan kejadian yang melibatkan pengumpulan orang dalam jumlah besar hingga akhir tahun ini,” katanya.

Tetapi, bagi kami majlis pembukaan kapsul ini sebenarnya memadai dengan siaran langsung dari kaca televisyen jika benar COVID-19 menjadi punca penangguhan.

2. Dataran Pahlawan Megamall - Ditanam 1993

Menurut Tan Sri Rahim Tamby Chik kepada Astro Awani pada awal tahun 2020 , pihak berkuasa, kerajaan negeri dan Muzium Melaka perlu mengambil inisiatif membuka kapsul masa tersebut bersama Muzium Negara dan Arkib Negara.

Katanya lagi, majlis itu kelak boleh dijadikan seperti sebuah Deklarasi Nasional.

“Amanat yang hendak disampaikan adalah, kecemerlangan pada masa itu akan dibaca. Ia macam wasiat. Dahulu, masa saya jadi Ketua Menteri Melaka, wasiatnya bahawa amanat dalam kapsul ini hendaklah dibacakan kepada rakyat Malaysia dalam tahun 2020.

“Jadi kalau majlis membaca amanat ini dapat digerakkan seperti satu program patriotisme negara, ia satu sejarah dengan Perdana Menteri keempat dan ketujuh yang sama."

“Saya amat sukacita dan berterima kasih kalau kerajaan negeri dan agensinya seperti Muzium Melaka atau agensi persekutuan seperti Muzium Negara dan Jabatan Warisan dapat merealisasikan impian Dr Mahathir itu,”

Siapa sangka, rupanya di akhir tahun 2020, Tun Mahathir bukan lagi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Tetapi, kami yakin jawatan tersebut tidak menjejaskan majlis pembukaan kapsul (jika ada).

Monumen Alaf Baru - Ditanam 2003

Monumen Alaf Baru di Putrajaya . Sumber : Perbadanan Putrajaya

Idea tentang pembinaan monumen ini telah dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tanggal 30 Ogos 2003, terciptalah satu lagi sejarah dimana Dr. Mahathir telah merasmikan monumen tersebut.

Menurut submer tidak rasmi, Tun Dr. Mahathir telah meletakkan perutusan khas di dalam kapsul masa untuk dibaca pada tahun 2020 dalam bentuk cip dan ia diletakkan pada dinding di dasar monumen berkenaan.

Bagaimanapun, hasil semakan kami menerusi laman web rasmi Perbadanan Putrajaya, pihak mereka mengatakan bahawa kapsul tersebut telah ditanam di dasar monumen. Klik disini untuk ke laman web tersebut.

"Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, Putrajaya, Malaysia. Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti."

Tangkap layar dari laman web rasmi PPJ. Baca lanjut disini

Mungkin di dasar, atau di dinding. Yang pasti monumen tersebut menyimpan kapsul masa yang pernah ditanam oleh Tun Dr. Mahathir, begitu juga 2 lokasi yang telah disebutkan di atas.

Berbaki kurang seminggu sebelum 2020 berakhir. Akankah kita melihat semua kapsul masa tersebut dibuka pada tahun ini ?

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
9 January 2022
Berangan Jadi Mr.Pilot Dengan Simulator SimflightKL Serendah RM59 !

Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320. Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark. Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat […]

Selanjutnya
9 January 2022
Avante Bandar Utama : Hotel 5 Bintang Mesra Kanak-Kanak Terbaru di Lembah Klang Hanya RM 150 Semalam

Kami sebenarnya 'tak boleh brain' , macamana hotel 5 bintang ini belum viral lagi, sebab hotel ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tak ada di tempat lain. Hotel 5 bintang di Lembah Klang selalunya adalah hotel bisnes yang digunakan oleh golongan korporat bagi tujuan penginapan, mesyuarat, seminar dan pelbagai lagi. Senang kata, hotel di Lembah Klang […]

Selanjutnya
5 January 2022
Malindo Air Buka Laluan Baharu Kota Bharu-Langkawi Bermula 27 Januari 2021

Buat warga Pantai Timur terutamanya dari negeri Kelantan, selepas ini semakin mudah untuk melancong ke Pulau Langkawi. Tak perlu transit di lapangan terbang lain lagi dah, sekaligus memudahkan dan memendekkan lagi perjalanan. Yelah, sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur dulu ataupun melakukan perjalanan darat yang meletihkan. Terbaru, Malindo Air telah memperkenalkan laluan penerbangan baharu […]

Selanjutnya
5 January 2022
Taman Eko Burung Merak Perai dibuka Mulai 1 Januari 2022

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak yang juga dikenali sebagai burung tercantik dunia di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Januari lepas. Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang, D Paranthaman berkata, […]

Selanjutnya
4 January 2022
Rollerwa : Pusat Luncur Terbaru Dari Korea Selatan Dibuka di 1 Utama

Kompleks membeli-belah 1 Utama sememangnya terkenal di kalangan warga Lembah Klang sebagai sebuah gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai tarikan. Bukan sahaja destinasi membeli-belah, terdapat juga pusat hiburan seperti panggung wayang, auditorium, dan pelbagai lagi. Terbaru, sebuah pusat luncur terbaru berasal dari Korea Selatan iaitu Rollerwa telah dibuka di District K, tingkat 1 […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram