Proses pengembaraan memerlukan seseorang individu untuk bergerak atau merantau dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tiada had minima yang diperlukan. Asalkan kita bergerak ke tempat selain dari tempat kita sendiri itu pun dikira pengembaraan.

Orang kita ni bila sebut “travel “ je mesti terfikir percutian ke luar negara atau mana mana tempat yang jauh, tapi anda tahu tak kalau kita pergi hiking atau berjalan dalam hutan pun dikira sebagai pengembaraan?

Dalam Islam pula, adakah pengembaraan ini pernah disebut ? Ya, sebenarnya Allah menggalakkan HambaNya untuk 'travel'

Galakan Allah kepada hamba-Nya untuk mengembara.

Itu muqaddimah je, sekarang kita terus pergi kepada kalam Allah yang menggalakkan Allah SWT kepada kita untuk mengembara! Allah berfirman dalam surah Al- Mulk 67:15  :-

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ ۖ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ - 67:15

Allah SWT berfirman - "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula".

(Surah Al-Mulk 67: 15)

Lepas kita dah baca ayat kat atas ni, sekali baca je pun kita dah faham yang Allah memang memberi galakan kepada hamba-hambaNya untuk melakukan pengembaraan ke seluruh bumi Allah yang luas ini ! Tapi, untuk apa yer?

Melihat kesan kemungkaran kepada Allah dan RasulNya , serta mengambil iktibar daripada kisah tersebut .

Terdapat banyak kisah umat terdahulu yang diazab kerana mengingkari perintah Allah SWT. Bahkan sehingga kini, masih terdapat beberapa kesan balasan Allah itu di tempat tertentu. Sebab itu kita kena mengembara untuk melihat tinggalan dan mengambil iktibar dari peristiwa tersebut.

Antara ayat-ayat Allah yang menggesa hambaNya mengembara serta mengambil iktibar dari kisah ummat terdahulu adalah :

Surah Ali-'Imran ayat 137 :-

3:137 - قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Allah SWT berfirman : Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

(Surah Ali-'Imran 3:137)


Surah Al-An'am ayat 11:-

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ - 6:11

Allah SWT berfirman : Katakanlah (wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.”

(Surah Al - An'am 6:11)


Surah An-Naml ayat 69 : -

27:69 - قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ

Allah SWT berfirman : Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu.

(Surah Al-Naml 27:69)


Surah Muhammad ayat 10 :-

47:10 - أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ دَمَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ ۖ وَلِلْكَافِرِينَ أَمْثَالُهَا

Allah SWT berfirman : Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.

( Surah Muhammad 47:10 )


Surah Yusuf ayat 109 :-

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ ۗ أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۗ وَلَدَارُ الْآخِرَةِ خَيْرٌ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Allah SWT berfirman : Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

(Surah Yusuf 12:109)


Surah Ar-Rum ayat 9 :-

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Allah SWT berfirman : Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri.

(Surah Ar-Rum 30 : 9)


Surah Ar-Rum ayat 42 :-

30:42 - قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ ۚ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ

Allah SWT berfirman : Katakanlah : Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.

(Surah Ar-Rum 30:42)

Allah mahu kita semua untuk belajar dan mengambil iktibar atas segala perkara yang kita lalui ketika mengembara. Bukan sekadar melihat dengan mata kepala tapi lihatlah , hayatilah dengan mata hati.


Bukalah mata dan hati

Surah Al-Haj 22:46 :-

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ - 22:46

Allah SWT berfirman:- Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

(Surah Al-Haj 22:46)


Bukan hanya azab, tapi juga nikmat

Bukanlah Allah menggesa kita untuk mengembara hanya untuk melihat tinggalan ummat yang diazab. Tetapi, Allah juga menggesa hambaNya mengembara untuk melihat dan mensyukuri sekian nikmat yang dikurniakan-Nya.

Surah Luqman 31:31

31:31 - أَلَمْ تَرَ أَنَّ الْفُلْكَ تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِنِعْمَتِ اللَّهِ لِيُرِيَكُمْ مِنْ آيَاتِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Allah SWT berfirman : Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur.

(Surah Luqman 31:31)


Lihatlah tanda kebesaran Allah SWT

Hikmah kita merantau di serata dunia tidak lain tidak bukan kita dapat melihat tanda tanda kebesaran Allah. Manusia yang celik hatinya pasti akan kagum dan terus memuji Allah atas segala ciptaan-Nya. Secara tidak langsung , ia boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT .

Surah Al-An`am ayat 97 :-

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ النُّجُومَ لِتَهْتَدُوا بِهَا فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ - 6:97

Allah SWT berfirman :-Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.

(Surah Al-An'am 6:97)

Jadi itulah antara ayat Allah yang berkaitan dengan travel. Akhir kata, dengan kudrat yang kita ada, mengembaralah ke mana jua dengan niat supaya kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Apatah lagi, pengembaraan mampu meningkatkan kemampuan kendiri, pembangunan mental, menyihatkan fizikal dan sebagai terapi emosi. In shaa Allah.

Sebab itulah kami di SurgaRoute akan cuba sebaiknya kongsikan kepada anda info dan tips menarik untuk travel secara Halal di muka bumi Allah ini. Jadi, jangan lupa untuk terus ikut kami di SurgaRoute !

kami kongsi , anda terokai.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Sangat menarik

Wow menarik

Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
26 February 2021
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis disambung 27 Februari

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]

Selanjutnya
26 February 2021
Jambatan ikonik bakal dibuka di Tasik Kenyir pada Mei 2021

Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]

Selanjutnya
25 February 2021
Malaysia Airlines mahu perkenal pas kesihatan perjalanan pasca COVID-19

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]

Selanjutnya
23 February 2021
Kerajaan cadang pasport vaksin COVID-19, dokumen pengesahan selepas suntikan

Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]

Selanjutnya
23 February 2021
COVID19 berakhir pada awal 2022 - Pakar

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram