Seperti kita tahu, kesan daripada wabak COVID-19 ke serata dunia bermula pada akhir tahun lalu, pintu sempadan kebanyakan negara di dunia ditutup bagi mengekang penularan virus tersebut dengan lebih parah.

Tidak terkecuali, negara Arab Saudi yang menutup sempadannya kepada warga asing menyebabkan Kota Makkah dan Madinah yang menjadi tumpuan Ummat Islam serata dunia bagi melaksanakan ibadah Haji & Umrah turut terpaksa ditutup dari kemasukan warga asing.

Namun mulai 1 November ini, Arab Saudi akan membenarkan ibadah umrah kepada jemaah luar negara tetapi ianya terhad kepada jemaah yang berumur dari 18 hingga 50 tahun sahaja.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi turut menyatakan bahawa merkea bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar serta pihak berkuasa lain yang berkaitan dalam membuat keputusan mengenai pilihan negara yang boleh menghantar jemaah dan juga kuota jemaah yang boleh dihantar.

Namun begitu, peraturan baru diperkenalkan dalam usaha mencegah jangkitan COVID-19 ketika ibadah umrah dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Antara peraturannya ialah

  • Jemaah perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sewaktu ketibaan di negara Arab Saudi.
  • Jemaah perlu mempunyai sijil ujian kesihatan PCR yang menunjukkan mereka bebas COVID-19, tidak lebih daripada 72 jam selepas sampel itu diambil dan dikeluarkan oleh makmal bertauliah di negara jemaah.
  • Jemaah juga perlu mendapat kebenaran untuk melakukan umrah selain lawatan ke dua Masjid Suci dan melakukan solat di Rawdah Sharif dengan mendaftar di aplikasi Eatmarna.
  • Setiap jemaah perlu mendapatkan tempahan penerbangan pulang selari dengan program yang diluluskan.
  • Syarikat umrah perlu mengesahkan segala maklumat tepat berdasarkan pasport jemaah dalam sistem umrah, sekurang-kurangnya 34 jam sebelum hari ketibaan.
  • Maklumat penginapan di Makkah dan Madinah perlu dilengkapkan.
  • Jemaah perlu dibahagikan kepada kumpulan dengan minimum seramai 50 jemaah dalam satu kumpulan dan syarikat umrah perlu melantik seorang ketua untuk mengawal setiap kumpulan berkenaan.

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
12 March 2021
Taman Persahabatan Selangor-Jepun bernilai RM3.8 Juta mula dibuka

Setelah pembukaan Taman Persahabatan Selangor-Jepun tergendala akibat COVID-19, akhirnya orang ramai berpeluang juga mengunjungi taman yang terletak bersebelahan Dataran Kemerdekaan Shah Alam tersebut. Ia diharap dapat menjadi mercu tanda baharu di Selangor seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong tempatan dan luar negara ! Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata taman yang menelan belanja RM3.8 […]

Selanjutnya
10 March 2021
Farm Ville Cafe & Homestay. Menginap dalam kontena di tengah sawah padi !

Jika anda mencari tempat yang santai dan mahukan persekitaran jauh dari kota , haa meh tengok perkongsian dari Cik Sara mengenai percutiannya ke Farm Ville Cafe & Homestay yang terletak di Sekinchan, Selangor. Menariknya di Farm Ville Cafe & Homestay ini adalah anda dapat merasa pengalaman tidur dalam kontena ! Ditambah pula dengan pemandangan sawah padi yang […]

Selanjutnya
10 March 2021
Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji selepas COVID-19 reda

Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji secara rasmi untuk jemaah Malaysia. Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di Riyadh. "Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada […]

Selanjutnya
9 March 2021
Pelancongan Rentas Negeri PKPP Dibenarkan, Hanya Menggunakan Kenderaan Pelancongan Berdaftar

Kerajaan telah mengumumkan Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari sesebuah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri PKPP lain. Bagaimanapun, kebenaran pergerakan merentas negeri itu tertakluk kepada penggunaan perkhidmatan agensi pelancongan berdaftar, merangkumi khidmat pengangkutan dan penginapan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat jawatankuasa teknikal meluluskan cadangan Kementerian […]

Selanjutnya
26 February 2021
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis disambung 27 Februari

Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram