arab saudi benarkan jemaah warga asing tunaikan umrah bermula november ini

Arab Saudi Benarkan Jemaah Warga Asing Tunaikan Umrah Bermula November Ini

Dikemas Kini: 16 November 2023
Surga Route

Arab Saudi akan mula membuka permit kebenaran untuk jemaah luar Arab Saudi mulai 1 November ini. Hal itu akan membolehkan umat Islam di seluruh dunia yang berusia antara 18 hingga 50 tahun untuk mengerjakan umrah.

Namun, kesemua syarikat umrah perlu mematuhi peraturan kementerian dan mengawal kehadiran jemaah dari luar negara. Antara peraturan yang ditetapkan adalah :

  1. jemaah perlu mempunyai sijil ujian kesihatan PCR yang menunjukkan mereka bebas COVID-19, tidak lebih daripada 72 jam selepas sampel itu diambil dan dikeluarkan oleh makmal bertauliah di negara jemaah.
  2. Jemaah juga perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sewaktu ketibaan di negara itu.Tempahan bagi tempat penginapan kuarantin yang komprehensif dan menyediakan sekurang-kurangnya tiga kali hidangan sehari sepanjang tempoh tiga hari kuarantin.
  3. Jemaah perlu mendapat kebenaran untuk melakukan umrah selain lawatan ke dua Masjid Suci dan melakukan solat di Rawdah Sharif dengan mendaftar di aplikasi Eatmarna.
  4. Setiap jemaah perlu mendapatkan tempahan penerbangan pulang selari dengan program yang diluluskan.
  5. Syarikat umrah perlu mengesahkan segala maklumat tepat berdasarkan pasport jemaah termasuklah tarikh lahir yang masuk ke dalam sistem umrah, sekurang-kurangnya 34 jam sebelum hari ketibaan. Melalui sistem itu, data tiket penerbangan juga perlu ada dalam sistem, termasuk nombor tiket, nombor ketibaan pesawat, negara berlepas, masa dan tarikh pelepasan, negara ketibaan, masa dan tarikh tiba serta maklumat penerbangan lain.Selain itu, maklumat penginapan di Makkah dan Madinah perlu dilengkapkan juga. Ejen umrah asing yang bekerjasama dengan syarikat di Arab Saudi juga bertanggungjawab untuk melengkapkan data ini malah berdepan dengan tindakan sekiranya terdapat maklumat tidak benar.
  6. Jemaah perlu dibahagikan kepada kumpulan dengan minimum seramai 50 jemaah dalam satu kumpulan dan syarikat umrah perlu melantik seorang ketua untuk mengawal setiap kumpulan berkenaan.

Kementerian Haji dan Umrah turut menyatakan bahawa kementerian itu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar serta pihak berkuasa lain yang berkaitan dalam menentukan negara mana yang boleh menghantar jemaah dan kuota jemaah.

Ia sejajar dengan klasifikasi dari segi pematuhan terhadap langkah-langkah pencegahan dan keperluan untuk negara masing-masing.

Kementerian juga memberikan akreditasi kepada penyedia perkhidmatan yang berkelayakan seperti hotel dan syarikat pengangkutan sesuai dengan kawalan fasa yang luar biasa ini dan keperluan pencegahan dan protokol kesihatan.

Kementerian mengarahkan penyedia perkhidmatan untuk mempamerkan perkhidmatan mereka melalui platform pemasaran elektronik yang diluluskan dalam sistem tempahan pusat dan perakuan elektronik Saudi oleh Kementerian Luar serta Kementerian Haji dan Umrah untuk kontrak yang disepakati antara ejen asing dan penyedia perkhidmatan umrah.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram