0
(0)

Travel tidak terhad untuk sesiapa pun hatta seorang Muslim pun boleh untuk pergi travel ni. Malah Allah SWT pun menggalakkan hamba-hambaNya untuk mengembara. Anda boleh baca artikel ini.

Jadi, apa persediaan kita sebagai Muslim sebelum travel? Kami di SurgaRoute akan menolong anda untuk anda kenalpasti senarai barangan yang anda perlu bawa untuk travel. Sebelum itu, kami ada menulis artikel keperluan asas untuk travel, tekan link disini

1) Aplikasi Waktu Solat

Solat yang paling penting sekali. Anda perlu peka dengan masa kerana setiap negara mempunyai waktu masuk solat yang berbeza, takut anda terbiasa dengan waktu solat di Malaysia. Jadi , anda 'download' lah aplikasi ini untuk menjadi rujukan dan memberi peringatan apabila sudah masuk waktu solat.

Ini salah satu aplikasi yang kami sarankan kepada anda. Namun aplikasi ini hanya boleh diguna pakai di negara Malaysia,Indonesia, Brunei dan Singapore. Untuk negara selain itu, anda boleh cari di 'playstore' dengan menaip lebih terperinci seperti Solat time Australia.

Aplikasi Waktu solat Malaysia ini bagi kami ianya merupakan aplikasi yang sangat bagus. Lengkap dengan panduan solat berserta tazkirah harian. Anda boleh lihat di bahagian 'settings', kemudian pilih 'location' , ada pilihan yang anda boleh pilih jika anda travel ke negara Singapore, Brunei atau Indonesia.

2) Qiblat Finder

Setelah tahu waktu solat, anda perlu tahu pula arah kiblat yang betul. Anda boleh google qiblat finder atau muat turun aplikasi di 'playstore'. Jika anda menggunakan aplikasi Waktu Solat Malaysia, sudah ada qiblat finder disitu.

Gambar diatas adalah contoh aplikasi qiblat finder yang anda boleh muat turun di playstore.

3) Telekung travel / pakaian solat

Untuk pengembara wanita, anda boleh membawa telekung travel. Kain telekungnya lebih ringan dan mudah untuk disimpan dan dibawa.

Namun jika pakaian anda ketika travel melepasi syarat syarat untuk dibawa solat juga lebih baik. Jika pakaian anda menutup aurat dengan sempurna ( tidak jarang, tidak ketat ) anda boleh terus solat tanpa memakai telekung.

Terdapat beberapa keperluan tambahan yang lain seperti stokin dan 'handsocks' untuk menutup bahagian kaki dan tangan. Bagi mengelakkan tudung anda terbang ketika sujud anda boleh membawa pin tudung lebih untuk dipinkan sekali tudung dan baju.

Sumber gambar: carousell, alyssumscarve,shopee

*pastikan stokin dan sarung tangan tak jarang ya*

Untuk lelaki pula, pakaian solat mereka mudah . Baju T-shirt dengan seluar sahaja pun boleh. Cuma, jika ada yang ragu ragu dengan kebersihan diri, anda disarankan untuk membawa kain pelikat. Tukar ke kain pelikat ketika solat.

4) Sejadah Mini

Kemungkinan tempat yang ada lawati tiada tempat solat yang khusus, jadi anda sediakan, bawakan siap siap sejadah kecil yang senang dilipat dan dibawa. Selalunya kita ragu ragu sama ada betul betul bersih ataupun tidak tempat yang hendak kita sujud. Jadi, bawalah sejadah mini yang dijamin bersih dan suci kerana kita pelihara dengan baik.

Sumber gambar: mazsacrystal.wordpress.com

Namun jika ada masjid atau surau adalah lebih baik untuk anda solat disana. Walau bagaimana pun, sejadah mini ini bukan 1 perkara yang wajib. Anda boleh sahaja solat tanpa sejadah, asalkan tempat solat itu bersih dan anda meyakininya.

5) Tuala wanita

Kepada Muslimah diluar sana jangan lupa untuk bawa tuala wanita yang mencukupi. Anda boleh agak tarikh datang bulan atau 'period' mengikur perkiraan kitaran haid anda.Jika waktu sepatutnya anda datang haid dekat dengan tarikh and travel atau ketika travel , anda boleh bersiap sedia dengan bekalan yang mencukupi. Si lelaki pun kena tahu, boleh ingatkan isteri, kakak adik dan mak .

Sumber gambar: sofy.in

Satu lagi tambahan untuk wanita, saya lihat ini sebagai 1 benda yang wajib dibawa oleh semua Muslimah. 'Pantyliner' atau tuala wanita yang nipis untuk wanita yang mengalami keputihan. Senang untuk anda solat nanti, cuma perlu basuh dan tukar 'pantyliner' yang baru sebelum solat.

Inilah dia 5 barang-barang asas yang wajib untuk seorang Muslim dan Muslimah bawa ketika travel. Jika ada pertambahan maklumat atau cadangan lain anda boleh komen di bawah artikel ini.

Terima kasih atas pembacaan anda. Kami di SurgaRoute mendoakan semoga perjalanan anda berjalan lancar dan sentiasa di bawah lindungan dan jagaan Allah SWT . Selamat mengembara !

Kami kongsi, Anda terokai.

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
Shop Online for 31% off Purchase, Get 20RM Promo Code
18 October 2020
3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di KLIA

0 (0) Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19. Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly akan menggunakan jet bermula Q1 2021, perkukuh laluan domestik dan ASEAN

0 (0) Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan. Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly jadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines 'bungkus'

0 (0) Berhubung krisis kewangan yang melanda Malaysia Airlines akibat wabak COVID-19, pemegang saham syarikat penerbangan tersebut iaitu Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup. Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan […]

Selanjutnya
10 October 2020
New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

0 (0) Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama. […]

Selanjutnya
10 October 2020
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, acara hebat buat kaki pancing

0 (0) Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula . Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram