Pasti ramai yang selalu 'scroll-scroll ig' , tengok gambar "alahai, cantiknya resort mewah Maldives ni." Teringin sangat nak pergi, tetapi tak tahu berapa anggaran kos disana. Resort pula di tengah-tengah lautan, entah macamanalah nak pergi ke sana. Jangan risau lagi, disini kami kongsikan itinerari percutian ke resort mewah di Maldives selama 5 Hari 4 Malam dari Rina Zarina
Tiket Penerbangan - AirAsia
View Lautan Hindi masa nak sampai Maldives. Cantik !
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Male memakan masa lebih kurang 4 jam 20-30 minit . Tak kiralah macamana anda menyukai syarikat penerbangan lain sekalipun , perjalanan terus(direct route) dari Kuala Lumpur ke Maldives hanya disediakan Air Asia sahaja buat masa ini. Melainkan kalau anda mahu transit di mana-mana tempat , bolehlah ambil penerbangan SilkAir/Singapore Airlines. Nanti transit di Changi.
On average, tiket ke Maldives jarang melebihi RM1000. Kalau lebih pun, sikit-sikit jer.So, masa kami tempah tiket ni, RM 766.99 perjalanan pergi dan pulang (return ticket) termasuk makanan, bagasi dan pilihan seat. Flight depart dari KLIA2 dan mendarat di Velana International Airport, Male. Male ini adalah pulau terbesar di Maldives dan juga merupakan ibu negara mereka.
Matawang (currency)
Maldives ni ada jer matawang sendiri dikenali sebagai Rufiyaa. Tetapi matawang yang lebih meluas digunakan adalah US Dollar atau Euro. Pejam mata jelah. Jadi, selepas ini hampir semua perbelanjaan akan ditulis dalam US Dollar. Tukaran dalam Ringgit Malaysia hanya sah sewaktu itinerari ini ditulis.
Keperluan
Sampai-sampai je Maldives , sah-sah tak dapat line telco kita lagi kan. Jadinya, kami beli simkad dulu. Memang wajib untuk dapatkan internet. Jenamanya adalah Ooredoo. Antara telco terbaik di Maldives. Harganya pula 50 USD (RM210.95) untuk 30 GB
Penginapan Malam 1 dan 2 - Hard Rock Hotel
Siapa tak tahu Hard Rock Hotel kan? Memang serata dunia ada hotel 5 bintang ni, tetapi di Maldives sebenarnya Hard Rock Hotel ni baru je dibuka tahun 2018. Kira baby lagi lah ni. Kami stay disini selama dua malam, malam pertama dan kedua.
Kami ambil bilik Platinum Over Water Villa. Harga untuk satu malam adalah $826.03USD, jadi untuk 2 malam adalah $1652.06USD (RM 6,970.00). Nampak macam mahal sangat, tapi boleh bahagikan dengan travelmate.
Rasanya tak sah kalau ke Hard Rock Hotel tapi tak ke Hard Rock Cafe, kan?Kami dinner di sini dengan harga $47USD (RM198.28) seorang. Harga makanan macamni boleh dianggap biasa di Maldives sebab Maldives ni terletak jauh di lautan hindi, terpisah pulau dan tak banyak sumber. Jadi, kos logistik tu mahal. Tambahan, makan di Hard Rock Cafe. So, harga macamtu okay je.
Penginapan Malam 3,4 dan 5
Untuk malam seterusnya, kami tukar mood ke hotel lain pula. Kami ke Arena Hotel yang terletak di Maafushi Island. Harga bilik Super Deluxe Sea View adalah $607.81USD (RM 2,364.35) untuk 3 malam. Kat sini pun kena naik speedboat juga. Kami naik dari Velana Airport dengan tambang 50USD (RM 210.95) perjalanan pergi dan balik setiap orang.
Makan malam di Maafushi adalah 15USD (RM 63.28) bagi satu sajian untuk seorang.
Aktiviti Laut
Perkara paling wajib dibuat kalau sampai ke Maldives mestilah aktiviti laut kan? Kami buat 2 aktiviti Island Hopping.
Yang pertama harga 25USD (RM 105.48) jer . Dengan harga macamni, kami dapat snorkelling dekat Banana Reef, Turtle Reef, dapat buat Dolphin Cruise lepastu termasuk dengan makan tengahari kat Sandbank.
Kedua, kami bayar 50USD (RM 210.95) di Shark Bay. Dapat snorkelling dengan shark, sandbank, pergi ke Fulidhoo Island dengan swimming with Dolphins.
Ada lagi, memancing sikit lah hehe. Night fishing harganya 25USD (RM105.48)
Cenderamata (Souvenir)
Cenderamata kena lah beli jugak kan. Kami beli Fridge Magnet harga 3USD (RM12.65) sebiji dan T-Shirt 8USD (RM33.75) sehelai.
Keseluruhan
Overall, nak menginap di resort mewah Maldives memang tak murah. Tetapi, tak lah terlalu mahal jugak. Memang berbaloi bagi sesiapa yang mencintai laut biru. Tambah-tambah pula travel dengan kawan, lebih banyak boleh share hehe.
Dengan pelaksanaan fasa pertama inisiatif Perjalanan Token Tunggal pada separuh pertama tahun ini, dokumen perjalanan fizikal seperti tiket penerbangan dan pas masuk akan menjadi antara perkara yang tidak lagi diperlukan oleh penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Inisiatif itu menggunakan teknologi pengenalan wajah untuk memberikan pengesahan pengenalan biometrik kepada penumpang sekaligus membolehkan penumpang […]
Secara umumnya, pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan terhadap pelbagai sektor politik, kesihatan, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, COVID-19 memaksa kebanyakan negara menutup sempadan mereka daripada pelancong sekaligus menjejaskan pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Bayangkan pada 2019, sektor pelancongan telah menyumbang 8.9 Trilion US Dollar, tetapi COVID-19 pastinya menjadikan hasil daripada sektor tersebut sangat kurang pada […]
Seperti yang diketahui, majoriti negara di dunia termasuk Malaysia menutup sempadan mereka untuk pelancongan dalam usaha mengekangwabak COVID-19 dari terus merebak . Industri dan perniagaan, terutamanya dari Industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk terus bertahan. Tanpa kemasukan pelancong dari luar, pemain industri pelancongan sangat bergantung kepada pasaran domestik untuk memastikan perniagaan mereka terus mempunyai daya […]
Bermula tahun 2022 nanti, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta. Encik Mohd Yussainy Md Yusop iaitu Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 itu bagi […]
Walaupun sudah boleh merentas negeri, tetapi ramai keliru mengenai tatacara dan garis panduan untuk memasuki ke Sabah & Sarawak. Ini adalah tatacara dan garis panduan untuk memasuki Sabah & Sarawak bagi pelawat dari Semenanjung dan untuk melakukan perjalanan keluar dari Sabah & Sarawak. Sabah Sehingga 14 Januari, garis panduan kemasukan individu ke negeri Sabah adalah […]