Bila Thailand mahu kembali jemput pelancong asing? Ini apa yang kami tahu

Dikemas Kini: 30 Mei 2020
Surga Route

Baru-baru ini, begitu banyak negara di Eropah ingin membuka sempadan negara mereka buat sektor pelancongan asing susulan cadangan daripada Kesatuan Eropah (EU) sendiri. Cadangan tersebut timbul bagi menyelamatkan sektor pelancongan di benua tersebut yang sudah pun nyawa-nyawa ikan.

Selepas itu, banyak pula mata tertumpu ke negara-negara Asia, negara-negara yang mempunyai sektor pelancongan besar dan negara yang rendah jangkitan COVID-19.



Thailand pula, memang memenuhi ketig-tiga kriteria ini. Negara Asia, ada sektor pelancongan yang besar dan jangkitan COVID-19 di Thailand juga boleh dikategorikan agak rendah, malah lebih rendah berbanding Malaysia.

Jadi, ramai tertanya-tanya, Eropah yang tinggi bilangan kes itu pun mahu buka semula negara mereka buat pelancong asing, Negara macam Thailand ni bila pula? Tak nak buka ker?

Jawapannya, ya . Mereka masih tidak mahu membuka sempadan buat pelancong dalam masa terdekat. Paling koman pun pelancong asing perlu menunggu beberapa bulan lagi. Itu yang dikatakan oleh gabenor Tourism Authority of Thailand (TAT) kepada CNN.

Paling awal bermula suku keempat

"Ia masih bergantung kepada situasi wabak ini. Tetapi, saya rasa paling awal pun, mungkin kita boleh tengok pelancong (asing) kembali waktu suku keempat (Q4) tahun ni."

Yuthasak Supasorn, gabenor Tourism Authority of Thailand (TAT) diterjemah ke dalam bahasa Melayu

Tak semua orang boleh melancong, tak semua destinasi boleh dikunjung

Jika dibuka pada Q4 tahun ini sekalipun, Thailand tidak akan memberi kebebasan sepenuhnya kepada para pelancong asing. Beberapa jenis sekatan akan dikenakan, antaranya tapisan negara asal pelancong, dan ke mana destinasi yang mereka boleh pergi. Kata Yuthasak lagi ;

"Itu pun, kami tak akan buka semuanya sekaligus. Kami masih lagi berwaspada, dan tak boleh ambil mudah perkara ini. Kami akan tengok dahulu negara asal pelancong tersebut untuk tengok kalau situasi dah semakin baik. Akhir sekali, kami perlu tengok adakah pengendali perniagaan disini sudah bersedia untuk menerima pelancong dalam norma baharu ini."

Yuthasak Supasorn, gabenor Tourism Authority of Thailand (TAT) diterjemah ke dalam bahasa Melayu

Kenyataan Yuthasak itu memberi petunjuk bahawa mereka akan mengguna pakai konsep 'Travel Bubble' yang akan turut digunapakai oleh banyak kerajaan seperti Australia, New Zealand dan Pulau Pinang.

Pakej khas untuk bercuti di tempat terpencil

Selain itu, Thailand juga merancang untuk membuat pakej khas pelancongan ke tempat yang lebih terpencil supaya keadaan dapat dikawal jika berlaku sebarang perkara tidak diingini. Kata Yuthasak ;

"Kami dah kaji kemungkinan menawarkan pakej cuti panjang di kawasan yang terasing dan tertutup , disitu pemantauan kesihatan dapat dilakukan dan dikawal. Contohnya , Koh Pha Ngan dan Koh Samui. Perkara ini pasti memberi manfaat kepada pelancong dan warga tempatan, sebab pakej ini lebih kurang macam kuarantin. "

Yuthasak Supasorn, gabenor Tourism Authority of Thailand (TAT) diterjemah ke dalam bahasa Melayu

Secara keseluruhannya, Yuthasak mengatakan pihak mereka sedang menyiapkan pelan untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan di negara tersebut, tetapi kata akhir hanya boleh diputuskan oleh CCSA (Center for Covid-19 Situation Administration) yang berkuasa membuat keputusan bilakah masa terbaik bagi negara gajah putih itu membuka kembali sempadan mereka.

Buat masa sekarang, hanya pelancongan domestik

Dalam pada itu, Yuthasak mengatakan mereka kini sedang fokus mempersiapkan negara untuk pelancongan domestik. Antaranya memberi lampu hijau kepada beberapa Resort dan Hotel untuk memulakan operasi, memberi kebenaran pembukaan gedung membeli-belah, pasar, muzium serta meningkatkan kekerapan operasi pengangkutan awam.

Bagaimanapun, semua tempat tersebut mesti beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Walaupun pembukaan sektor pelancongan domestik akan dilaksanakan, ia mungkin tidak akan memberi kesan besar terhadap negara tersebut.

Untuk rekod pada 2019, Thailand dilawati oleh hampir 40 juta pelancong . Tetapi berdasarkan data daripada kerajaan, TAT menjangkakan hanya sekitar 14-16 juta pelancong sahaja akan melawat negara tersebut.

Jadi, begitulah ceritanya. Thailand tidak akan membuka sempadan mereka buat pelancong asing dalam masa terdekat. Jadi, buat masa sekarang eloklah kiranya kita cuti-cuti Malaysia dan bantu bina semula industri pelancongan tempatan .

Sumber : CNN

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram