Sengaja reka 'bilik hotel' paling teruk, tetapi ramai pula mahu tempah

Tag:
Dikemas Kini: 31 Oktober 2020
Surga Route

Tiga pranksters di YouTube telah mencipta 'Penginapan Airbnb terburuk di dunia' dan tidak menyangka ia telah menerima banyak tempahan.

Rhys Simmons, Jamie Kamaz dan Hitchin adalah rakan yang bersama-sama membangunkan saluran YouTube 'Passion Squad' iaitu sebuah saluran video-video prank.

Untuk prank terbaru mereka, ketiga-tiga rakan itu telah membuat senarai jenis Airbnb - dengan meletakkan tilam dikawasan lapang.

bilik hotel paling teruk mendapat banyak tempahan

Tetapi sebelum anda menganggapnya terlalu minimalis, tilam di tengah kawasan lapang itu juga dilengkapi dengan meja di sisi katil, dua gelas air dan lampu yang tidak terpasang. Keseluruhannya, ia nampak seolah-olah seperti bilik sebuah hotel.

Selepas memuatnaik ‘bilik’ itu secara atas talian, mereka tidak menyangka, ‘bilik’ dengan gaya Inggeris itu telah mendapat banyak tempahan daripada orang ramai.

Namun, disebabkan ia adalah prank semata-mata, mereka tidak mengambil sebarang tempahan, sebaliknya mereka mengatakan bahawa mereka boleh memperoleh keuntungan sekiranya mereka membenarkan orang menempah 'bilik hotel' itu.

Sumber : Ladbible

5 1 vote
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram