Boleh melancong domestik, tetapi perlu hati-hati ! Ini starter kit sebelum rancang percutian dalam negara di waktu PKPP

Dikemas Kini: 12 Jun 2020
Surga Route

Kebenaran untuk merentas negeri telah diberikan dibawah Perintah Pergerakan Pemulihan (PKPP) ternyata menggembirakan perantau yang sekian lama memendam rasa untuk pulang ke kampung masing-masing dan juga masyarakat lain juga amat teruja setelah telah diberi lampu hijau untuk melancong dalam negara.

Tetapi, anda perlu tahu bahawa kebenaran untuk melancong yang diberikan oleh kerajaan ini adalah sebahagian dari strategi untuk membantu ekonomi, BUKAN bermakna kita telah bebas dari risiko.

Jadi anda boleh melancong, tetapi jika anda memilih untuk berbuat demikian, anda wajib ketahui apakah sikap, tanggungjawab dan pengetahuan yang perlu anda galas sebelum memulakan perjalanan. Jom kita tengok perkongsian dan pesanan dari Public Health Malaysia.

Pengetahuan


Pertama sekali dan paling utama, tambah-tambah jika anda adalah ibu bapa dan ketua keluarga, anda mesti mengambil tahu apakah aktiviti yang dibenarkan, aktiviti dilarang dan di mana tempat selamat untuk melancong dan di mana terletaknya zon merah iaitu zon yang dilarang untuk dikunjungi di dalam tempoh PKPP ini. Jadi, ibu bapa perlu membuat research dahulu mengenai perkara sebegini sebelum mula packing barang. Mudah jer, sekarang kan semuda di hujung jari.

Selain itu, anda juga perlu peka dengan orang sekeliling terutamanya golongan yang berisiko seperti orang tua dan kanak-kanak dan bagaimana wabak ini boleh tersebar dan cara untuk mencegahnya.

Keperluan Tambahan

Bercuti di era norma baharu ini lain tau. Pelbagai keperluan perlu ditambah. Antaranya, adalah gel pebasmi kuman, topeng muka atau pelindung muka di tempat tertentu. Walaupun tidak diwajibkan menerusi undang-undang, tetapi pemakaiannya sangat digalakkan. Tambahan pula, kajian baru mendapat pemakaian topeng muka boleh mengelakkan berlakunya gelomban ke-2 COVID-19. Baca disini

Sikap

Selain itu, banyak sikap perlu anda ubah dan perbaiki. Sikap yang terang-terang salah seperti tidak beratur dan berasak-asak, meludah di tempat awam, tidak menjaga kebersihan di ruang awam perlu dihancurkan terus.

Manakala beberapa sikap yang sebenarnya tidak menjadi kesalahan juga perlu diubah di norma baharu antaranya adalah bersentuhan dan bersalaman.

Sikap baik yang diamalkan sejak sebelum ini perlu dipertingkatkan lagi, antaranya perlu lebih kerap mencuci tangan bagi menghindarkan diri dari risiko virus.

Lokasi

Lokasi dan aktiviti memainkan peranan penting. Jika anda nampak suatu lokasi kelihatan padat dan sesak, SKIP dan elakkan. Tempat tertutup seperti pusat membeli belah bukan pilihan yang baik untuk anda meluangkan waktu bercuti.

Pilihlah lokasi yang tenang, tidak padat, mempunyai banyak tempat terbuka, jauh dari orang ramai dan berunsur alam semula jadi. Luangkan masa untuk berehat di bilik/ homestay bersama keluarga adalah lebih baik sepanjang tempoh bercuti.

Anak anak adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. Anda boleh biarkan mereka berlari dengan gembira di padang lapang, tepi pantai yang tidak sesak, taman rekreasi yang tidak sesak BUKAN di tempat padat dan tertutup seperti pasaraya.

Kalau dah patuhi semua saranan dan nasihat ini, ON terus untuk bercuti.

Jadi, jangan lupa berhati-hati apabila melancong ye ! Kami Kongsi. Anda terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram