cruise to nowhere genting dream cruise royal caribbean percutian pelayaran kapal tanpa destinasi tanpa tujuan

Bosan Duduk Rumah, Pelayaran 'Cruise to Nowhere' Terima Lebih 6,000 Tempahan !

Dikemas Kini: 16 November 2023
Surga Route

Akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19, industri pelancongan tidak dapat beroperasi seperti biasa. Banyak sempadan ditutup mengakibatkan pengurangan pelancong yang mendadak dari dalam dan luar negara.

Selain daripada syarikat penerbangan yang terkesan, perhotelan dan syarikat kapal persiaran juga turut terjejas. Namun setelah beberapa bulan menghadapi cabaran, beberapa syarikat-syarikat telah memperkenalkan beberapa idea dan strategi baru bagi memastikan mereka tetap dapat meneruskan operasi.

cruise to nowhere genting dream cruise royal caribbean percutian pelayaran kapal tanpa destinasi tanpa tujuan

Salah satu contohnya, syarikat kapal persiaran Genting Cruise dan Royal Caribbean International telah memperkenalkan pakej pelayaran tanpa sebarang destinasi.

Walaupun tiada destinasi yang dituju, namun pakej kapal pelayaran terbabit mendapat sambutan yang hebat. Syarikat Genting Cruise Lines menerima lebih dari 6.000 tempahan hanya dalam masa lima hari.

Jurucakap syarikat terbabit berkata, tempahan meningkat sebanyak 500 peratus berbanding dua minggu terakhir. Pelayaran pertamanya pada 1 Disember, yang dihadiri sekitar 1,000 orang, hampir habis terjual.

Bosan Duduk Rumah, Pelayaran 'Cruise to Nowhere' Terima Lebih 6,000 Tempahan !

Setiap tempahan ini mungkin untuk sekurang-kurangnya dua orang. Sebanyak 23 pelayaran Genting Cruise Lines, masing-masing dengan kapasiti maksimum 1,700 penumpang, dijadualkan untuk bulan depan dan Disember.

Menurut wakil dari Genting Cruise Lines, Michael Goh sambutan sangat luar biasa bermula daripada pengumuman lagi.

Bosan Duduk Rumah, Pelayaran 'Cruise to Nowhere' Terima Lebih 6,000 Tempahan !

“Responnya sangat luar biasa. Kami menyebutnya ‘superstaycation’, kerana kami menawarkan tiga jenis makanan, aktiviti luar seperti luncur air dan panjat tebing, dan juga muzikal Krismas. Ini adalah pengalaman percutian yang lengkap. Kapal itu sendiri adalah destinasi.” kata Michael Goh

Tiket bagi pelayaran tanpa destinasi itu bermula sekitar $359 hingga $599 per orang. Di atas kapal, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan. Pengunjung juga diwajibkan untuk melakukan ujian pengesanan COVID-19.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram