Bot laju ambil alih perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang secara interim , 2 feri lama bakal dijadikan muzium dan restoran terapung

Dikemas Kini: 16 Disember 2020
Surga Route

Perkhidmatan ikonik feri sebagai mod perjalanan alternatif dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya telah berusia 126 tahun dan telah menjadikan mod pengangkutan tersebut sebagai yang tertua di Pulau Pinang.

Kini, perkhidmatan feri tersebut akan digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata, bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.

Manakala, feri sedia ada pula hanya akan membawa kenderaan dua roda iaitu motosikal dan basikal. Semua kenderaan empat roda pula perlu menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk berulang alik dari tanah besar ke pulau atau sebaliknya.

Kredit : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Menurut Teik Cheng, perubahan itu akan dilaksanakan secara interim bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022 sebelum perkhidmatan katamaran atau teksi air dan 'vehicle transporter' diperkenalkan selepas tarikh itu.

Beliau berkata, kedua-dua terminal Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim akan diubah suai dan dinaik taraf untuk meningkatkan keselesaan penumpang sepanjang tempoh interim tersebut dan akan mengakibatkan perubahan waktu operasi perkhidmatan feri.

Bagaimanapun, kata Teik Cheng, pihaknya memberi jaminan bahawa tiada gangguan perkhidmatan akan berlaku dan mereka juga akan mengekalkan kadar tambang pengangkutan itu sepanjang tempoh interim.

“Kita akan semak (waktu dan tambang) jadi semua (rakyat) jangan bimbang… rakyat beri sokongan (perkhidmatan) feri kita buat kali pertama buat perubahan untuk perkhidmatan feri di Penang (Pulau Pinang) kerana kerajaan pun menggalakkan orang ramai guna pengangkutan awam,” kata beliau dalam sidang media, pada Selasa.

Sah! Operasi Feri Pulau Pinang Selama 126 Tahun Berakhir. Bakal Jadi  Restoran Dan Muzium Terapung - REMAJA


Menyedari nilai nilai sejarah serta elemen ikonik Pulau Pinang yang perlu dikekalkan, Teik Cheng berkata, SPPP akan mengubahsuai dua buah feri sedia ada untuk menjadi restoran terapung dan muzium terapung di Tanjung City Marina.

“Kita faham (feri) ikonik, lambang Pulau Pinang (seiring) usia sejarah 120 tahun, jadi kita berhasrat mencadangkan dua buah feri sedia ada supaya buat restoran dan muzim terapung… mereka (pengunjung) boleh datang ke restoran atau mengimbau balik sejarah,” kata beliau.

Dalam perkembangan sama, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil alih operasi perkhidmatan Feri daripada Prasarana Malaysia Berhad.Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi pembelian empat buah bot katamaran yang baharu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd, Sasedharan Vasudevan berkata, teksi air yang akan digunakan bermula Julai 2022 mampu membawa 200 penumpang dalam satu masa.

Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Contoh perkhidmatan katamaran atau teksi air yang akan diperkenalkan di Pulau Pinang selepas 30 Jun 2022.

Tambah beliau, di bawah pengendalian PPSB, sebanyak tiga buah katamaran akan disediakan dengan kemampuan membawa sehingga 200 penumpang dengan kepantasan antara 10 hingga ke 15 minit dengan kekerapan 40 kali sehari.

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Pulau Pinang akan dihentikan secara berperingkat dan digantikan oleh perkhidmatan teksi air , baca disini. Namun, berdasarkan perkembangan terbaru, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz […]

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram