Kerajaan digesa buka pintu kepada pelancong perniagaan dari ASEAN dan China

Dikemas Kini: 8 Jun 2020
Surga Route

Kerajaan perlu membuka semula pintunya kepada pelancong perniagaan dari rakan dagang serantau secara berperingkat terutamanya ASEAN, China dan negara-negara Jalur dan Laluan dengan syarat keselamatan tertentu sejajar dengan usahanya untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi.

Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia, Datuk Seri Chuah Poh Khiang berkata, membenarkan pelancong perniagaan yang memenuhi syarat keselamatan untuk melancong ke Malaysia penting untuk menjana semula perdagangan dan pelaburan luar negara dalam persekitaran ekonomi domestik yang lembap.

“Memandangkan situasi pandemik Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara seperti China, Thailand dan Vietnam telah stabil, serta lebih banyak langkah-langkah keselamatan yang menyeluruh dilaksanakan oleh kerajaan, tiba masanya untuk mempertimbangkan bagi memulihkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.

Walaupun warga asing masih dilarang untuk memasuki banyak negara, bagaimanapun Poh Khiang berkata, terdapat negara dengan kawalan pandemik yang lebih baik telah mula melonggarkan peraturan mereka seperti Thailand membenarkan warga asing dengan permit kerja atau kebenaran untuk memasuki negara tersebut.

Katanya, dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) dan syarat keselamatan tertentu, kerajaan juga boleh membuka semula sempadannya secara berperingkat dan memberi keutamaan kepada pelancong perniagaan dari negara dan rantau yang diklasifikasikan sebagai zon hijau.

Sumber : Bernama

Surgaroute



0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram