Cabaran traveler Muslimah dan solusinya

Dikemas Kini: 31 Mei 2020
Surga Route

Aktiviti mengembara sememangnya sangat menyeronokkan. Tidak kira tua muda, lelaki perempuan, nikmat mengembara dapat dinikmati cuma mungkin pada cara yang berbeza-beza pada setiap orang. Namun, kali ini kami akan memfokuskan kepada cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh 'Pengembara wanita Muslimah' ketika travel dan kami sertakan sekali solusi bagi setiap permasalahan dan cabaran itu.

Sebelum itu, kami juga ada menuliskan artikel mengenai barangan yang perlu dibawa ketika travel edisi Muslim disini . Baik,mari kita mulakan !

Cabaran #1

Solat

Seperti yang kita sedia maklum, kesusahan untuk solat ini memang disinonimkan dengan muslimah kerana cara solat mereka agak rumit dan berbeza jika dibandingkan dengan cara solat lelaki. Sah solat jika lelaki pemakaian solatnya cukup dengan t-shirt yang menutup pusat dan seluar panjang yang suci dari hadas dan najis.

Namun, perempuan had auratnya juga lebih daripada lelaki muslim. Aurat wanita muslimah adalah seluruh anggoa tubuhnya kecuali muka & tapak tangan. Maka terciptalah 'telekung' bagi memudahkan para wanita untuk solat. Namun, timbul tanda tanya. Jika anda tidak menemukan ruang solat yang khas dan terpaksa solat diluar seperti ditepi jalan?

Pasti anda tertanya lagi, apa masalahnya jika perlu bertelekung diluar kan? Sebenarnya terdapat 2 masalah. Pertama, anda perlu kehulu-kehilir membawa telekung dan sejadah yang tebal dan berat di dalam beg. Kemungkinan besar anda perlu membawa beg tambahan khas untuk telekung. Ianya mungkin akan mengehadkan pergerakan anda ketika travel.

Kedua, apabila anda memakai telekung, sebaik sahaja anda duduk untuk sujud pasti ada sedikit bahagian telekung yang terkena di atas lantai yang tidak berlapik. Pasti kita meragukan kebersihan lantai yang tidak berlapik itu.

Solusi #1

Jadi bagi menyelesaikan masalah ini, kami ada cadangan untuk anda selesaikan masalah ini. Pertama, bagi mengelakkan pergerakan anda terhad kami cadangkan anda untuk memberi telekung khas untuk travel. Material telekung travel lebih ringan, mudah disimpan dan dibawa ke mana sahaja. Kebiasaanya, saiz telekung travel apabila dilipat sangat muat untuk diletakkan di dalam "handbag" atau beg galas anda. Kan senang tu kan? Tak perlu nak bawa beg tambahan.

Kedua, bagi menjamin kebersihan telekung anda, kami sarankan kepada pengembara wanita untuk memakai pakaian yang menutup aurat dan sah dibawa solat. Menutup aurat disini bermaksud pakaian tersebut mestilah tidak ketat dan jarang. Pastikan juga pakaian anda juga bersih dari segala hadas dan najis. Maka dengan adanya 2 perkara ini, anda boleh menunaikan solat dengan sah. In shaa Allah .

Cabaran #2

Aurat

Kebanyakan pengembara wanita yang berseorangan , mereka lebih suka untuk menginap di 'dorm' atau kita panggil asrama. Kita tahu bahawa privasi di asrama sangat kurang jika dibandingkan dengan privasi di bilik hotel. Jadi, kemungkinan besar, anda akan duduk sebilik dengan wanita 'non-muslim' juga. Maka, timbullah isu aurat disini.

Jika anda mengembara bersama dengan kawan anda yang 'Non-Muslim' pun akan menghadapi masalah aurat ini. Bagaimana aurat seorang Muslimah dengan wanita 'non-Muslim'?

Terdapat 2 pendapat mengenai aurat seorang Muslimah dengan wanita 'non-muslim' . Menurut Mufti Wilayah Persekutuan dalam siri Irsyad Al-Fatwa ke-141;

" Menurut pandangan majoriti ulama fiqh bahawasanya aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seperti aurat perempuan pada pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan." (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 1/47)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

"Sebahagian ulama mazhab syafei berpandangan bahawasanya aurat muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seluruh tubuh yang selain daripda kepala, tangan dan kaki."

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Tetapi, kesimpulan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut ;

Kami berpendapat dalam isu seperti ini, pengawalan dan penjagaan aurat adalah amat penting tetapi dalam keadaan tertentu, jika sesama perempuan sekalipun perempuan bukan Islam maka ia adalah harus dengan syarat tidak membawa fitnah dan menjatuhkan maruah wanita muslimah. Ini kerana keadaan realiti kehidupan kini begitu berbeza dengan zaman dahulu. Justeru, meraikan keadaan semasa yang bersifat realiti perlulah diambilkira.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Solusi #2

Jika anda pengembara wanita solo memilih untuk mengikut pendapat majoriti Ulama` Fiqh bahawa aurat Muslimah dengan 'Non-Muslim' sama seperti aurat Muslimah dengan lelaki ajnabi, kami sarankan anda untuk tidak menginap di 'dorm'. Sebaliknya anda menginap di 'capsule' yang lebih provasi berbanding 'dorm'. Sekurang-kurangnya, anda boleh tidur tanpa memakai tudung dan stokin dan pakai tudung jika hendak pergi bilik air.

Namun, jika anda berpegang dengan pendapat Imam Syafie`, anda tidak perlu risau akan isu aurat ini memandangkan terdapat kelonggaran untuk membuka kepala, tangan dan kaki sesama kawan 'Non-Muslim' anda.

Cabaran #3

Diskriminasi

Bagi Muslimah yang bertudung, anda perlu persiapkan mental anda untuk kuat menghadapi masalah diskriminasi wanita bertudung terutamanya di negara luar. Antara negara yang terlibat dalam mendiskriminasikan wanita berhijab adalah negara-negara barat .

Terdapat seorang wanita berhijab yang berkongsi pengalaman beliau ketika beliau mengembara di negara barat . Beliau berkata

Beberapa wanita yang berhijab apabila makan di restoran, mereka tidak dilayan malah dipandang keji oleh masyarakat disitu.

Sumber disini

Sangat menyedihkan, apalah salah kita yang hanya untuk makan sahaja disitu tanpa menimbulkan kekecohan.

Solusi #3

Mahu tidak mahu anda perlu kuat dan tabah menghadapi situasi ini. Ya pastinya kita berasa marah dan kecewa dengan kejadian itu tetapi jangan diikutkan emosi amarah kita. Kita faham mengapa mereka memandang keji kepada yang berhijab, mereka menganggap orang Islam adalah pengganas. Jadi, jika kita mengherdik semula atau marah mereka semula, perbuatan ini akan memberi bukti bahawa tanggapan mereka betul. Maka, anda perlu kekal tenang senym dan beredar sahaja dari situ. Berikan contoh yang terbaik, mana tahu disebabkan perbuatan tenang anda ini dapat mengubah tanggapan dan pemikiran mereka terhadap orang Islam?

Cabaran #4

Keselamatan diri

Pertama, biarpun wanita berhijab sudah sehabis baik menutupi auratnya, masih ada golongan yang cuba untuk mengambil kesempatan. Mereka mungkin menganggap bahawa wanita berhijab sama sahaja dengan wanita tidak berhijab atau mereka hanya cuba mahu menguji keimanan kita.

Diceritakan, seorang wanita berhijab diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali ketika menaiki teksi beramai-ramai. Perempuan itu terus meminta pemandu teksi itu untuk berhenti dan beliau turun dari kereta itu. Sangat tidak bermoral dan tidak beradab.

Selain itu, cabaran kedua yang berkait rapat dengan keselamatan diri adalah apabila jika anda mengembara ke tempat yang sukar untuk dikunjungi dan tiada 'public transport' yang boleh membawa anda ke sana. Terdapat 2 cara sama ada teruskan sahaja dengan berjalan kai yang mana memang mustahil atau kedua anda berdiri ditepi jalan dan memberhentikan mana-mana kereta untuk anda tumpang bersama (hitchiking).

Solusi #4

Merujuk kepada masalah pertama diatas, solusi yang boleh kami berikan adalah elakkan daripada menaiki apa-apa kenderaan seorang diri. Tidak kisah sama ada pengangkutan awam atau tidak. Sebaliknya, anda tunggu sehingga sudah ramai yang menunggu dan naik bersama mereka. Sekurang-kurangnya apabila ramai orang, pelaku tidak akan berani dan akan ada manusia yang sedar jika apa-apa yang berlaku kepada kita.

Solusi masalah kedua, kami nasihtakan kepasa wanita janganlah pergi ke tempat yang kurang dikenali seorang diri. Sangat bahaya. Sudahla tidak biasa dengan tempat itu, seorang diri dan perempuan pula. Ini akan memudahkan orang lai untuk mengambil kesempatan. Jika anda mahu juga menerokai tempat yang tidak 'popular' sebaiknya anda bawa ahli keluarga anda ataupun raka-rakan anda sekali.

Maka itulah dia 4 cabaran yang bakal dilalui oleh pengembara wanita yang boleh kami senaraikan untuk anda. Jangan takut-takut untuk kongsikan maklumat dan info ini sama ada kepada ibu, isteri, adik, kakak,tunang atau rakan perempuan anda. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Selamat bercuti dan semoga perjalanan percutian anda berjalan lancar dan selamat. Sekian sahaja dari kami di Surga Route.

Kami Kongsi, Anda terokai.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram