Destinasi Mahal dengan Cara Murah : 10 Aktiviti Percuma di Singapura
Surga Route
|
10 May 2020
Tahukah anda , sehingga tahun 2018 Singapura diumumkan sebagai Bandar Paling Mahal di dunia buat kali ke-5 berturut-turut , menurut laporan daripada Economist Intelligence Unit yang berpengkalan di London, United Kingdom.
Tetapi, itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita tidak meneroka tarikan dan tempat menarik di Singapura. Disini, kami kongsikan untuk anda 10 aktiviti pelancongan percuma yang anda boleh lakukan saat di Singapura !
Cara paling murah untuk menerokai Singapura juga adalah dengan menggunakan MRT. Maka, kami sertakan sekali stesen MRT berhampiran dengan destinasi aktiviti tersebut. Macam biasa, kami kongsi Anda terokai !
Melihat keunikan Supertree Grove di Gardens by the Bay
WAKTU OPERASI : 5:00AM - 2:00 AM
STESEN MRT : BAYFRONT (EXIT B)
Sumber : FuuTaaMin / Shutterstock
Supertrees yang menjadi salah satu ikon Singapura adalah 18 struktur seperti pokok yang mendominasi landskap Gardens by the Bay dengan ketinggian antara 25 meter dan 50 meter (160 kaki). Ia adalah vertical garden yang mempunyai banyak fungsi, termasuk menanam, sebagai tempat teduhan dan berfungsi untuk menjana tenaga semula jadi.
11 dari supertree mampu melakukan fungsi yang lestari dari alam sekitar. mereka mendapatkan tenaga solar untuk pencahayaan malam, menakung hujan yang turun untuk kegunaan pengairan dan air pancut, dan berfungsi sebagai fungsi pengambilan udara dan ekzos kerana beberapa di antaranya dihubungkan dengan Cooled Conservatories .
Jangan lupa untuk datang pada jam 7:45 malam dan 8:45 malam untuk menyaksikan Garden Rhapsody iaitu persembahan simfoni lampu dan cahaya yang sangat menarik !
Surau atau Musolla disini terletak bersebelahan dengan Texas Chicken di Supertree Dining Area. Jika anda bercadang untuk menonton persembahan tersebut. Anda boleh rancang perjalanan anda sebaiknya.
Menyaksikan 'Indoor Waterfall' terbesar di dunia
WAKTU OPERASI : 9;00AM - 11.30PM
STESEN MRT : CHANGI AIRPORT
Sumber : Business Insider
Terletak di Jewel Changi, kompleks membeli-belah di tengah-tengah lapangan terbang terbaik di dunia , air terjun buatan setinggi 40-meter ini adalah merupakan air terjun dalam bangunan tertinggi dunia. Baik siang atau malam, anda pasti akan terpukau dengan pemandangan air terjun ini yang dikelilingi oleh kehijauan pohonan Shiseido Forest Valley.
Persembahan cahaya dan bunyi akan dimainkan setiap satu jam dari jam 7:30 PM sehingga 11:30 PM. Untuk melihat persembahan cahaya dan bunyi di Singapura, klik disini
Berjalan melalui Henderson Waves
WAKTU OPERASI : 24 JAM SEHARI
STESEN MRT : HARBOURFRONT
Sumber : worldtoptop
Henderson Waves adalah merupakan jejantas pejalan kaki tertinggi di Singapura, setinggi 36 meter. Ia menghubungkan Mount Faber Park dan Telok Blangah Hill. Ia merupakan sebahagian daripada keseluruhan laluan pendakian sejauh 10KM yang dikenali sebagai Southern Ridge/ Jadi, untuk sampai ke sini, anda perlu mendaki dan berjalan kaki sikit lah.
Sumber : Trip.sg
Melihat keindahan Taman Botani diiktiraf UNESCO
WAKTU OPERASI : 5:00 AM - 12:00 AM
STESEN MRT : BOTANIC GARDENS
Sumber : CNN Travel
Singapore Botanical Garden seluas 82 hektar ini ditubuhkan lebih dari 150 tahun yang lalu Taman-taman ini menempatkan lebih dari 10,000 spesies flora dan menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2015.
Sumber : Nparks
Taman ini bukan biashe-biashe kerana ia juga sering dilawati oleh pemimpin besar dunia apabila mereka mengunjungi Singapura. Antaranya adalah Joe Biden (Bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat) , Moon Jae-In (Presiden Korea Selatan) , Putera William dan Kate Middleton , Aung San Suu Kyi , David Cameron (Bekas Perdana Menteri Britain) , Binali Yildirim (Bekas Perdana Menteri Turki) dan ramai lagi.
Melihat kemegahan Islam Singapura
WAKTU OPERASI : -
STESEN MRT : BUGIS
Terdapat banyak-banyak masjid moden yang terletak di pelbagai kawasan di Singapura. Namun, Masjid yang pastinya menjadi tumpuan adalah masjid yang kaya dengan sejarah iaitu Masjid Sultan, masjid terbesar di Singapura. Masjid ini terletak di Kampung Glam. Masjid ini mula dibina oleh Sultan Johor ketika 1824, iaitu Tengku Husin Shah . Masjid ini pada mulanya berbentuk sebuah bangunan yang berbumbung piramid berbaris dua yang merupakan senibina umum pada ketika itu.
Kemudian, pelbagai proses renovasi dan pengubahsuaian telah dilakukan dalam tahun mendatang . Masjid ini diisytiharkan sebagai Bangunan atau Monumen Kebangsaan pada 14 Mac 1975 oleh kerajaan Singapura.
Anda boleh merancang perjalanan di waktu-waktu solat Fardhu. Melawat dapat, solat berjemaah pun dapat . Di negara orang pula tu !
Bergambar di Tugu Ikonik Merlion
WAKTU OPERASI : 24 JAM
STESEN MRT : RAFFLES PLACE
Sumber : Visit Singapore
Sebenarnya, ada 7 tugu Merlion di Singapura termasuk di Sentosa yang akan dirobohkan untuk projek pembangunan Pulau Sentosa (yang itu kami akan ceritakan di artikel lain, InsyaAllah)
Tetapi, yang paling unik adalah Merlion Statue yang terletak di Merlion Park. Bak kata orang, kalau tidak bergambar disini, diibaratkan anda tidak menjejakkan kaki ke Singapura pun !
Berkelah di Marina Barrage
WAKTU OPERASI : 24 JAM
STESEN MRT : MARINA BAY
Sumber : pub.gov.sg
Disebabkan kekurangan tanah, kerajaan Singapura menjadi kreatif dalam hal perancangan bandar. Salah satunya adalah Marina Barrage yang sebenarnya merupakan sebuah empangan air. Tetapi , mereka menyediakan ruang awam di bahagian atas bangunan mereka sebagai tempat riadah masyarakat. Kini, Marina barrage adalah salah satu lokasi 'picnic' terkenal di Singapura.
Sumber : nowboarding.changiairport
Melihat kehebatan Universiti Terbaik Asia
WAKTU OPERASI : --
STESEN MRT : BUONA VISTA
Sumber : CNBC.com
National University of Singapore (NUS) adalah Universiti Terbaik di Asia buat 5 tahun berturut-turut menurut QS ranking. Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana kehidupan pelajar disana, bagaimana fasiliti dan teknik pembelajaran mereka. Jadi, apa salahnya jika kita lakukan lawatan sambil belajar di U Town milik NUS. Tak perlu bayar yuran pun !
Sumber : Environmentjournal
Direka untuk seluruh komuniti NUS, University Town, atau UTown secara ringkas adalah pusat pendidikan yang lengkap dengan ruang kediaman, kemudahan pengajaran dan kelompok belajar, UTown telah mewujudkan persekitaran intelektual, sosial dan budaya yang membezakan Universiti melalui kecemerlangan dalam pembelajaran dan penglibatan pelajar.
Terdapat dua cara untuk menerokai kampus U Town. Pertama, adalah guided tour dari pelajar NUS sendiri. Selain itu, terdapat juga Self-Guide Tour. Anda boleh mendapatkan peta disini atau dengan menggunakan NUS Campus Mobile Explorer Map.
Menziarahi Makam Habib Noh
WAKTU OPERASI : -
STESEN MRT : TANJONG PAGAR
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui , di Singapura terdapat makam seorang Ulama' yang dipercayai sebagai Wali Allah. Beliau bernama Habib Nuh bin Muhammad bin Zain bin Abdul Rahman Alhabshi (1788 – 27 July 1866) . Beliau merupakan ulama' nusantara yang disegani. Selain itu, Habib Noh juga adalah mempunyai susur galur terus kepada Nabi Muhammad SAW. Makam beliau terletak bersebelahan dengan Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer road, Geylang.
Mengimbau Sejarah Singapura di Fort Canning Park
WAKTU OPERASI : 24 JAM
STESEN MRT : FORT CANNING
Sumber : Visitsingapore
Bayangkan tempat di Singapura di mana kerajaan Melayu pernah memerintah pada abad pertengahan, British memutuskan untuk menyerah kepada Jepun yang menyerang semasa Perang Dunia II (Perang Dunia II)
Kedua-dua detik bersejarah tersebut telah berlaku di puncak bukit Fort Canning Park, salah satu mercu tanda bersejarah di Singapura.
Kawasan ini pada awalnya dikenali sebagai Forbidden Hills atau 'Bukit Larangan' dalam bahasa Melayu. Hari ini, kawasan seluas 18 hektar ini penuh dengan tarikan - dari artifak kuno untuk peminat sejarah sehingga kehijauan untuk pencinta alam.
Singapura mungkin menjadi salah satu bandar paling mahal , tetapi masih lagi ada banyak tarikan yang dapat kita lawati tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Nanti, kami akan ceritakan pula kepada anda beberapa tempat di Singapura yang dikenakan bayaran tetapi pada kadar yang minima, senang kata tempat tarikan yang murah di Singapura. Di SurgaRoute !
Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]
Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]