5
(2)

Jika anda baru sahaja berfikir untuk menjadi Muslim traveler tapi tak tahu ke mana lokasi pertama yang harus anda teroka, kami disini akan kongsikan beberapa cadangan destinasi yang sesuai untuk Muslim traveler, versi beginner. Kami akan huraikan sebab disenaraikan sebagai destinasi paling mudah untuk diteroka oleh pemula Muslim. Antaranya adalah bahasa pertuturan, makanan halal, dan kemudahan pengangkutan.

Xi'an, China

Xi'an (Sebutan : Si-an ) adalah ibu kota wilayah Shaanxi di China. Walaupun Xi'an bukanlah nama besar di era China moden, tetapi Xi'an adalah merupakan salah satu kota tertua di China. Ia berada di laluan penghujung timur laluan sutera semasa zaman dahulu.

Kota bersejarah ini bukan sahaja wujud sejak zaman kegemilangan dinasti China, bahkan menjadi antara kota terpenting di waktu itu. Xi'an merupakan pusat dinasti Zhou, Qin, Han, Tang. Sesiapa yang meminati kota tua yang kaya dengan 1001 sejarah ini, anda boleh mendapatkan penerbangan terus ke Xi'an melalui Airasia.com.Populasi Muslim agak besar iaitu kira-kira 65,000 orang yang kebanyakannya tinggal dan bekerja di Muslim Quarter.

Makanan Halal :
Anda sebenarnya boleh ke Xi'an walaupunn hanya untuk melakukan eksplorasi makanan cina Muslim kerana di Muslim Quarter, terdapat ribuan gerai-gerai yang diusahakan oleh komuniti Muslim disini. Yang lebih istimewa, begitu banyak hidangan dan menu makanan jalanan di sini tidak dijumpai di tempat lain. Asli !

Pengangkutan : Kebanyakan kawasan pelancongan di Xi'an terletak di tengah kota tua ini. Jadi, kawasan pelancongan amat mudah untuk diakses dengan sistem pengangkutan merea. Walaupun Xi'an adalah antara bandar yang tak dikenali, tetapi sistem pengangkutan moden mereka begitu baik , malah lebih baik dari beberapa ibu negara terkenal. Antara yang boleh digunakan adalah sistem pengangkutan moden Xi'an Metro.

Bahasa : Bagaimanapun, kadar literasi bahasa Inggeris disini agak rendah, jadi agak sukar untuk anda berkomunikasi dengan warga tempatan sekiranya terjadi apa-apa. Boleh dikatakan majoriti penduduk China tidak boleh berbahsa Inggeris.
Tips kami : Pilihan yang anda punyai hanyalah mencari tour guide yang boleh berbahasa inggeris dengan baik atau mencari informasi di internet.

Matawang : Mereka menggunakan matawang Chinese Yuan. MYR 1 bersamaan 1.63 CNY . Kami kategorikan ini sebagai bajet rendah.

Keseluruhan
:

  • Makanan Halal - ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Pengangkutan - ⭐⭐⭐
  • Komunikasi - ⭐
  • Keseluruhan - ⭐⭐⭐

Manila, Filipina

Islam sebenarnya wujud di dalam lipatan sejarah sebagai agama Monoteistik yang pertama bertapak di Filipina. Namun, kini hanya 5.1 juta atau 6 % dari keseluruhan penduduknya yang beragama Islam. Rata-rata mereka bukannya di bandar. Dari segi tarikan pelancongan , Manila iaitu ibu negara Filipina terkenal dengan kesan peninggalan penjajah Sepanyol dan perjuangan rakyat tempatan. Selain itu, Manila terkenal sebagai syurga membeli-belah dengan lambakan emporium dan kompleks membeli-belah.

Makanan Halal : Mungkin ini yang membuatkan Filipina kurang menjadi pilihan bagi pelancong dari Malaysia. Walaupun populasi penduduk Metro Manila adalah 24 Juta orang tetapi sangat sedikit restoran halal yang terdapat di kawasan ini. Tetapi berita baik terbaru, rangkaian makanan segera Halal berasal dari Amerika Syarikat yang pernah tular, The Halal Guys mempunyai 2 cawangan mereka di Manila dan dengar ura-ura rangkaian The Halal Guys ini akan berkembang pesat di Filipina. Satu berita baik untuk industri halal di Filipina.

Pengangkutan : Walaupun kawasan Manila mempunyai sistem aliran ringan (Light Rail Transit - LRT) dengan pelbagai laluan, tetapi tidak berada pada tahap yang memuaskan. Antara komen dari ramai orang luar adalah masalah bau, kebersihan , masalah teknikal berpanjangan malah dikatakan sistem LRT mereka antara yang terburuk di dunia. Tetapi, kelebihan Manila adalah perjalanan yang murah untuk ke hampir seluruh tempat baik menggunakan LRT ataupun pengangkutan lain seperti Jeepney yang memerlukan kos hanya 8 Peso ( RM0.70 ). Jadi, untuk berhubung dan bergerak ke tempat pelancongan adalah mudah. Tetapi, untuk keselesaan sedikit sukar .

Bahasa : Satu sebab yang menjadikan Manila dimasukkan ke dalam senarai ini pastinya adalah kerana mudahnya untuk para travelers pemula untuk berkomunikasi dengan orang tempatan. Ini kerana, Filipina mempunyai dua (2) bahasa rasmi iaitu bahasa Filipina ( Filipino language) dan bahasa Inggeris (English language). Walaupun bahasa Inggeris digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan dan hal-hal rasmi manakala bahasa Filipina lebih meluas digunakan di tempat awam tetapi Filipina mempunyai kadar literasi bahasa Inggeris yang sangat tinggi. Laporan EF English Proficiency Index (EF EPI) 2019 menunjukkan Filipina berada di tangga ke-20 dunia, dan ke-2 di Asia dan Asia Tenggara meninggalkan Malaysia di tangga ke-26. Jadi, pastinya anda tidak punyai masalah komunikasi di sana.



Keseluruhan :

  • Makanan Halal - ⭐⭐
  • Pengangkutan - ⭐⭐⭐
  • Bahasa - ⭐⭐⭐⭐⭐
  • Keseluruhan - ⭐⭐⭐

Ho Chi Minh, Vietnam

Ho Chi Minh atau nama asalnya Saigon adalah bandar terbesar di Vietnam. Ia agak terkenal di kalangan pelancong Malaysia berbanding Hanoi, ibu negara Vietnam sendiri. Semuanya gara-gara tekstil. Ya, Vietnam secara keseluruhannya adalah negara tekstil dan kopi. Namun, Ho Chi Minh pasti menjadi pilihan kerana perjalanan yang tidak terlalu jauh, dan komuniti Muslim yang lebih ramai berbanding kawasan Vietnam yang lain.

Makanan Halal : Makanan halal tidaklah terdapat berselerakan di seluruh kotaraya Ho Chi Minh , tetapi destinasi yang kerap kali dikunjungi pengunjung Malaysia adalah Malaysian Street . Rata-rata pelancong Malaysia akan menginap di sekitar sini, dan membeli-belah disini dan makan disini. Bukan kata makanan halal, tetapi kaya dengan makanan Malaysia.

Pengangkutan : Pengangkutan moden masih lagi sedang dibangunkan di Ho Chi Minh , tetapi itu pun tidak cukup menyeluruh dan melalui kawasan pelancongan kebiasaan orang Malaysia. Tetapi, perjalanan menaiki teksi adalah murah, jikalau anda tak kena scam. Pelancongan di luar kota pula anda boleh pilih mana mana ejen di sana untuk uruskan dengan kadar berpatutan.


Tips : Jangan naik teksi, naik grab yer disana. Harga sudah dalam sistem, aduan pun boleh dibuat.

Bahasa : Walaupun rata-rata mereka disini tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik tetapi ramai dari kalangan peniaga , agen pelancongan dan pekerja kedai atau restoran boleh berbahasa Melayu dengan agak baik. Jadi, tiada masalah komunikasi untuk anda, siap tak perlu speaking lagi.

Keseluruhan :

  • Makanan Halal : ⭐⭐⭐⭐
  • Pengangkutan : ⭐⭐
  • Bahasa : ⭐⭐⭐⭐
  • Keseluruhan : ⭐⭐⭐⭐

Phuket, Thailand

Antara destinasi untuk melihat laut yang diminati adalah Phuket. Lokasi pula tak jauh dengan Malaysia. Memang penuh dengan orang Malaysia jer sini. Family trip, kengkawan trip semuanya berminat ke sini.

Makanan Halal : Kawasan Phuket sebenarnya tidak mempunyai jumlah penduduk Muslim yang begitu signifikan seperi wilayah lain di Selatan Thailand. Tetapi, disebabkan Phuket ini adalah betul-betul pusat pelancongan taraf dunia, maka segala jenis makanan pun ada disini. Termasuk makanan halal.

Pengangkutan : Pengangkutan melalui teksi, tuk-tuk adalah murah dan mudah didapati. Walaupun tiada sistem pengangkutan massa yang moden. Namun, di Phuket, kebanyakan masa pelancongan anda dihabiskan di laut. Jadi, pengangkutan bukan isu besar disini.

Bahasa : Kadar literasi bahasa Inggeris berada di tahap sederhana. Tetapi, bila bercakap mereka mempunyai 'accent' mereka sendiri. Penggunaan bahasa melayu di kalangan peniaga disini juga tidak berada di tahap baik. Senang cerita, untuk bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, mereka bolehlah sikit-sikit~

Keseluruhan :

  • Makanan Halal : ⭐⭐⭐⭐
  • Pengangkutan : ⭐⭐
  • Bahasa : ⭐⭐⭐
  • Keseluruhan : ⭐⭐⭐

Hat Yai, Thailand

Bercuti ke Hatyai pun ramai orang Malaysia lakukan. Hat Yai ini adalah ibu kota wilayah Songkhla. Maka, tak hairanlah boleh tahan ramai penduduk Muslim disini.

Makanan Halal : Sangat mudah ditemui di merata-rata. Sedap--sedap pula tu ya Allah !

Pengangkutan : Hanya menggunakan teksi, tuk-tuk, pemandu pelancong atau boleh bawa je kereta sendiri.

Bahasa : Di kawasan ini, rata-rata peniaga Muslim lebih fasih berbahasa Melayu dengan dialek Pattani berbanding di Phuket.

Keseluruhan :

Makanan Halal : ⭐⭐⭐⭐⭐
Pengangkutan : ⭐⭐
Bahasa : ⭐⭐⭐⭐
Keseluruhan : ⭐⭐⭐⭐

Brunei Darussalam

Negara ini sangat biasa meniti di bibir kita, tetapi sangat sedikit yang pernah sampai ke sana. Kalau bagi orang Barat pula, rata-rata tidak mengenali negara ini. Yang tahu pun kerana isu buruk kononnya hukuman syariah yang tidak adil di Brunei. Negara ini sangat kecil dan disebabkan banyak identiti kita yang serupa, melancong ke negara ini membuatkan kita berasa umpama jalan-jalan di kampung halaman sahaja. Tetapi jangan ingat tiada tempat menarik ya. Nanti kami akan kongsikan tempat menarik di Brunei Darussalam

Makanan Halal : Bila kita sebutkan Brunei , kita tak perlu lagi bertanyakan mengenai ada atau tidak makanan halal, tetapi tanya entah ada atau tidak makanan tidak halal disana haha. Bab ini, 5 bintang !

Pengangkutan : Tiada pengangkutan massa yang moden. Bas awam juga tidak terlalu banyak. Jika anda datang tanpa agensi, anda perlu menaiki teksi ataupun sewa kereta sahaja. Tetapi , ingat Brunei menggunakan matawang Brunei Dollar yang nilainya 3 kali ganda besar berbanding Malaysia.

Tips : Anda boleh memilih hotel yang menyediakan perkhidmatan shuttle untuk menjimatkan kos pengangkutan

Bahasa : Bahasa rasmi di Brunei adalah bahasa Melayu. Jika masyarakat disana bertutur sesama mereka, mereka akan bertutur dalam bahasa Melayu beserta dialek Brunei. Tetapi, jika orang luar menyapa, mereka boleh terus tukar jer bahasa melayu rasmi. Tapi, kalau nak cakap bahasa Inggeris pun boleh.

Keseluruhan :

Makanan Halal : ⭐⭐⭐⭐⭐
Pengangkutan : -
Bahasa :⭐⭐⭐⭐⭐
Keseluruhan : ⭐⭐⭐

Hong Kong SAR

Antara negara yang memeningkan ramai orang sekarang. Hong Kong, China atau Hong Kong sahaja ? Sebenarnya, Hong Kong sekarang adalah dibawah People Republic of China (PRC) selepas dijajah British. Tetapi, banyak perbezaan di antara mereka. Hong Kong adalah Special Administrative Region (SAR) yang mempunyai kuasa autonomi sendiri selama 50 tahun selepas perjanjian dibuat oleh kerajaan PRC dan British.

Makanan Halal : bagi sebuah wilayah yang bukan majoriti Muslim, Hong Kong sebenarnya sangat baik dalam aspek penyediaan makanan Halal dan mesra Muslim. Kami ada buat senarai makanan halal di Hong Kong disini. Dari makanan tradisional cina, Indonesia, India, Arab mahupun Turki. Semuanya ada disini. Terima kasih kepada Hong Kong yang menjadi kota global dan mempunyai ramai warga luar yang bermastautin disini.

Pengangkutan : Tulang belakang bagi Hong Kong adalah sistem pengangkutan moden mereka yang cukup menyeluruh dan kondusif. Mass Transit Railway (MTR) di Hong Kong seringkali disebutkan sebagai antara sistem pengangkutan massa Terbaik di dunia ! Selain MTR, anda juga boleh menggunakan pengangkutan awam yang lain seperti bas awam mereka yang cukup selesa dan pengangkutan ikonik Ding Ding !

Bahasa : Kerana Hong Kong adalah jajahan British, anda boleh melihat Bahasa Inggeri digunakan di pelbagai tempat seperti di papan iklan, papan tanda jalan dan sebagainya. Penguasaan bahasa Inggeris orang awam juga agak baik , terutamanya dalam golongan muda-mudi.

Keseluruhan :

Makanan Halal : ⭐⭐⭐⭐
Pengangkutan : ⭐⭐⭐⭐⭐
Bahasa : ⭐⭐⭐⭐
Keseluruhan : ⭐⭐⭐⭐

Jakarta, Indonesia

Jakarta adalah ibu negara Indonesia . Walaupun jarang-jarang menjadi pilihan pelancong Malaysia tetapi ibu kota ini sebenarnya adalah antara destinasi paling mudah untuk diterokai di Indonesia.

Makanan Halal : Makanan Halal sememangnya mudah dijumpai kerana jumlah penduduk Muslim yang merupakan majoriti tetapi perjalanan industri halal masih jauh buat Jakarta kerana masih kurang restoran yang benar-benar memilik sijil Halal dari Majlis Ulama Indonesia (MUI). Lebih kurang macam di Malaysia, yang katanya halal itu banyak. Tetapi, yang benar mendapatkan sijil dari JAKIM itu tak ramai.

Pengangkutan : Jakarta mula menuju ke arah bandar moden dengan projek infrastrukut berskala besar iaitu Jakarta MRT dan LRT(akan dibuka). Selain itu, pengangkutan seperi ojek, gojek, grabcar digunakan secara meluas dan pada kadar berpatutan. Cuma, anda mungkin akan dihantui oleh kesesakan jalan yang luar biasa.

Bahasa : Bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia. Oleh kerana kita adalah negara serumpun, terlalu banyak persamaan bahasa . Cuma, hanya ada sedikit perbezaan perlu hati-hati untuk elakkan salah faham. Secara keseluruhan, tiada masalah boss !

Singapura

Ini adalah negara yang diibaratkan sebagai adik kepada Malaysia, dan bagi kami paling mudah untuk dikunjungi. Dari Johor Bahru , jalan kaki pun boleh sampai.

Makanan Halal : Dengan peratusan masyarakat Muslim adalah sekitar 14 % , maka sektor makanan halal agak meluas juga di Singapura. Malah, rangkaian restoran makanan segera seperi McDonald's, KFC, Burger King, Subway, Jolibee, Texas Chicken juga diberikan sijil Halal. Selain itu, makanan komuniti Melayu juga boleh didapati disini. Halal, sedap, dan kena dengan selera kita hehe.

Pengangkutan : Hal pengangkutan, Singapura sebenarnya bersaing rapat dengan Hong Kong. Singapura juga memiliki sistem pengangkutan Mass Rail Transit (MRT) yang menyeluruh ke seluruh negara mereka sehinggakan begitu ramai penduduk Singapura tidak memerlukan kenderaan peribadi. MRT di Singapura juga antara sistem pengangkutan massa terbaik di dunia. Saiz Singapura pula adalah lebih kecil berbanding Johor Bahru. Jadi, jangan risau sesat. Pi mai pi mai tang tu ~

Bahasa : Singapura mengiktiraf 4 bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris , Mandarin , Bahasa Melayu dan Tamil. Rata-rata penduduk Singapura fasih berbahasa Inggeris , malah dalam senarai EF English Proficiency Index, mereka duduk di tangga ke-5 dunia ! Selain itu, mereka fasih bertutur dengan bahsa ibunda masing-masing.

Keseluruhan :

Makanan Halal : ⭐⭐⭐⭐
Pengangkutan : ⭐⭐⭐⭐⭐
Bahasa : ⭐⭐⭐⭐⭐


So, nak mula dari mana dulu ?

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 5 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
Shop Online for 31% off Purchase, Get 20RM Promo Code
18 October 2020
3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di KLIA

0 (0) Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19. Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly akan menggunakan jet bermula Q1 2021, perkukuh laluan domestik dan ASEAN

0 (0) Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan. Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly jadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines 'bungkus'

0 (0) Berhubung krisis kewangan yang melanda Malaysia Airlines akibat wabak COVID-19, pemegang saham syarikat penerbangan tersebut iaitu Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup. Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan […]

Selanjutnya
10 October 2020
New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

0 (0) Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama. […]

Selanjutnya
10 October 2020
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, acara hebat buat kaki pancing

0 (0) Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula . Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram