0
(0)

Sesiapa yang pernah melancong ke Jepun, mesti familiar sangat dengan rangkaian kedai diskaun Don Don Donki (boleh juga disebut sebagai Don Quijote ) ini kan? Iyalah, barang-barang yang dijual disana jauh lebih murah berbanding pasaraya ataupun konbini (convenience store)

Memang memborong ajelah para pelancong Malaysia yang ke mana-mana bahagian Jepun kerana disana terdapat lebih 160 cawangan kedai ini. Harga murah, sesuailah untuk dibeli banyak-banyak. Barang yang dijual mereka pula memang barangan unik dari Jepun dari baju, cenderamata, snek, mainan dan pelbagai lagi. Itu yang menjadi kegilaan pelancong.

Lepas ini, tak perlulah susah-susah lagi kerana dikhabarkan Don Don Donki akan membuka cawangan mereka di ibu negara.

Bertempat di Lot 10 , Bukit Bintang

Bertempat di Lot 10, kompleks membeli belah ikonik di tengah persimpangan bukit bintang, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-3 di Asia Tenggara yang mempunyai kedai Don Don Donki ini selepas Singapura dan Thailand.

Dikatakan Don Don Donki akan mengambil alih lot kosong yang ditinggalkan oleh butik pakaian ZARA di kompleks membeli-belah tersebut. Makin bertambah Jepun lah Lot 10 dengan adanya ISETAN, restoran makanan Jepun J's Gate Dining dan juga Don Don Donki ini.

Berhubung tarikh pembukaan, tiada maklumat lanjut. Tinjauan kami ke halaman ' Don Don Donki Malaysia' di Facebook, ada satu posting bertarikh 9 April dengan caption ' Coming Soon'. Itu je ~ Pandai main surprise betul !

Apa yang boleh diharapkan ?

Mungkin kita boleh mengharapkan untuk pihak mereka membawa masuk pelbagai produk-produk makanan yang Halal dan mesra Muslim. Sesuai dengan status Malaysia sebagai negara Islam. Iyalah, punyalah banyak snek yang dikatakan sedap-sedap di Jepun itu, tetapi banyak juga yang tidak boleh dimakan.

Harap harap jadi macam Family Mart, perkenalkan banyak produk yang sesuai dimakan Muslim. Heeeee

Nampaknya, jika anda ke Jepun lagi selepas ini, tak boleh dah belikan souvenir di Don Quijote kerana saudara-mara dan rakan anda boleh beli sendiri di Malaysia. Kena menerjah kedai lain lah pulak hehe.

Kami Kongsi. Anda Terokai

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
5 August 2020
MHholidays perkenal promosi bawa anak menaiki penerbangan dan menginap secara percuma ! Begini caranya

0 (0) Untuk yang masih belum tahu, Malaysia Airlines telah bekerjasama dengan syarikat TUI International Holiday telah memperkenalkan MHholidays. Dalam MHholidays ini, anda boleh memilih perkhidmatan untuk percutian lengkap merangkumi penerbangan, penginapan, perkhidmatan pengangkutan darat ataupun memilih pakej percutian dalam satu platform sahaja. Senang kan? Tak perlu lagi gigih-gigih geledah semua laman web untuk siapkan […]

Selanjutnya
24 July 2020
Harga tiket penerbangan kembali normal bermula november 2020 nanti

0 (0) Harga tiket penerbangan dijangka akan kembali normal kepada harga purata pada tahun 2019 menjelang November ini, selepas syarikat penerbangan kembali menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan kapasiti sebenar. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 berdasarkan analisa yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Beliau berkata, syarikat penerbangan dijangka memerlukan masa antara […]

Selanjutnya
24 July 2020
Menarik, Perkampungan Al-Quran dan masjid ke-3 akan dibangunkan di Putrajaya

5 (2) Alhamdulillah, nampaknya Putrajaya bakal memiliki Perkampungan Al-Quran yang dicadang dibangunkan dengan kos kira-kira RM150 juta. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata antara lain perkampungan itu akan menempatkan sebuah masjid baharu berkonsepkan 'al-Quran' bernilai RM50 juta. KONGSI DENGAN MASYARAKAT "Di sini kita akan memperluaskan Putrajaya sebagai satu tempat bagaimana ilmu al-Quran itu […]

Selanjutnya
24 July 2020
Tips memilih ' Travel Partner' supaya percutian anda tidak sendu

0 (0) Travel berseorangan sememangnya lebih senang. Bebas untuk pergi kemana yang kita mahu, tak perlu buang masa untuk tunggu orang lain bersiap, boleh tukar plan sesuka hati. Senang cerita kita bebas nak buat apa sahaja tanpa mengira hal dan perasaan orang lain! Anda juga perlu percaya bahawa travel bersama kawan/partner juga ada kelebihannya! Contohnya, […]

Selanjutnya
22 July 2020
Jom ke Jepun dengan penerbangan bersama Malaysia Airlines dan Japan Airlines bermula 25 Julai 2020

0 (0) Malaysia Airlines (MH) dan Japan Airlines (JL) akan melancarkan perkongsian perniagaan bersama, pada 25 Julai 2020, di mana kedua syarikat penerbangan itu akan bekerjasama secara komersial dalam penerbangan antara Malaysia dan Jepun. Melalui Perniagaan Bersama ini, JL dan MH akan menempuh cabaran baru untuk meningkatkan lagi kemudahan antara Jepun dan Malaysia dan membolehkan […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram