0
(0)

Emirates akan menyambung semula penerbangannya untuk penumpang dari Kuala Lumpur, sejajar dengan pengumuman terkini oleh Kerajaan Persekutuan UAE untuk menarik balik sekatan ke atas perkhidmatan penumpang transit. 

Dalam kenyataan hari ini, katanya pelancong dari Malaysia boleh disambungkan ke mana-mana destinasi dalam rangkaian Emirates sebanyak 39 destinasi di GCC, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika.

"Perkhidmatan untuk penumpang menyambungkan Dubai dan Kuala Lumpur, yang bermula pada 17 Jun, akan ditawarkan sebanyak dua kali seminggu pada Jun, dengan pesawat Boeing 777-300ER.

"Di Kuala Lumpur, pelanggan boleh menempah penerbangan di EK347 ke Dubai pada Rabu dan Sabtu, dan seterusnya ke destinasi yang terdapat dalam rangkaian Emirates," katanya. 

Katanya sebanyak sembilan destinasi telah ditambah dalam jadual penerbangan Emirates termasuk Colombo (mulai 19 Jun), Istanbul (mulai 25 Jun); Auckland, Beirut, Hanoi dan Ho Chi Minh (mulai 1 Julai); serta Barcelona, Brussels dan Washington DC (mulai 15 Julai).

"Penerbangan Emirates dari Colombo dan Vietnam hanya membawa penumpang keluar ke UAE dan destinasi seterusnya. Penerbangan ke Beirut dan Hanoi adalah tertakluk kepada kelulusan kerajaan," katanya. 

Selain itu, syarikat penerbangan juga akan menambah sambungan penerbangan ke Kuala Lumpur dan destinasi berikutnya pada Julai: London Heathrow, Manchester, Frankfurt, Paris, Zurich, Madrid, Amsterdam, Copenhagen, Dublin, New York JFK, Toronto, Singapura dan Hong Kong.

"Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penerbangan Emirates dan perkhidmatan semasa di www.emirates.com/wherewefly. Dengan sekatan perjalanan yang masih terdapat di kebanyakan negara, pelanggan diingatkan untuk menyemak syarat masuk dan keluar sebelum memulakan atau menyambung perjalanan mereka," katanya. 

Pelancong hanya akan diterima dalam penerbangan jika mereka memenuhi syarat kriteria kelayakan dan kemasukan negara destinasi mereka.

"Penduduk yang kembali ke UAE boleh menyemak syarat terkini di : https://www.emirates.com/my/english/help/flying-you-home/," katanya.

Untuk menaiki penerbangan pula, anda jangan risau kerana Emirates telah meningkatkan langkah berjaga-jaga di lapangan terbang dan kapal terbang untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja dan penumpang mereka apabila mereka menyambung semula operasi.

Semua kru kabin, agen dan staf darat yang berhubung secara terus dengan penumpang akan memakai peralatan pelindung diri (PPE) yang merangkumi gaun pelindung pakaian seragam mereka, dan pelindung keselamatan, selain topeng muka dan sarung tangan.

Di lapangan terbang Antarabangsa Dubai pula, sarung tangan dan topeng adalah wajib bagi semua penumpang dan pekerja.

Pengimbas haba pula akan memantau suhu semua penumpang dan pekerja yang menggunakan lapangan terbang tersebut. Petunjuk jarak fizikal telah diletakkan di lantai lapangan terbang dan di tempat menunggu untuk membantu pelancong menjaga jarak sosial yang diperlukan semasa daftar masuk dan menaiki pesawat seterusnya menghindari jangkitan wabak pandemik COVVID-19.

Pasukan lapangan terbang juga telah memasang pelindung di setiap meja daftar masuk untuk memberikan jaminan keselamatan tambahan kepada penumpang dan pekerja semasa mereka berinteraksi di kaunter bagi melakukan proses daftar masuk dan hal-hal berkaitan.

Dalam penerbangan Emirates, tempat duduk diperuntukkan dengan tempat kosong yang ditempatkan di antara penumpang individu atau kumpulan keluarga untuk mematuhi protokol jarak fizikal.

Emirates juga telah mengubahsuai perkhidmatan penerbangannya untuk kesihatan dan keselamatan. Makanan dan minuman akan terus ditawarkan dalam bentuk kotak bergaya bento untuk mengurangkan kontak atau sentuhan antara kru dan pelanggan semasa layanan makan, dan meminimumkan risiko interaksi. Kotak makanan peribadi menyediakan pelanggan sandwich,minuman, makanan ringan dan pencuci mulut.

Begitu juga, untuk mengurangkan risiko penyebaran virus dengan sentuhan, majalah dan bahan bacaan cetak lain tidak tersedia buat sementara waktu. Bagasi kabin pada masa ini tidak diterima semasa penerbangan.

Barangan bawa masuk yang dibenarkan di kabin terhad kepada komputer riba, beg tangan, beg bimbit atau barang bayi. Semua barang lain harus didaftarkan, dan Emirates akan menambahkan kuota bagasi kabin kuota bagasi daftar masuk pelanggan. Pelanggan harus memakai topeng dan sarung tangan mereka sepanjang perjalanan dari daftar masuk sehingga mereka turun.

Semua pesawat Emirates akan melalui proses pembersihan dan pembasmian kuman di Dubai, setelah selesai setiap perjalanan dilakukan.

Kami Kongsi. Anda Terokai

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
Shop Online for 31% off Purchase, Get 20RM Promo Code
18 October 2020
3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di KLIA

0 (0) Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19. Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly akan menggunakan jet bermula Q1 2021, perkukuh laluan domestik dan ASEAN

0 (0) Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan. Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly jadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines 'bungkus'

0 (0) Berhubung krisis kewangan yang melanda Malaysia Airlines akibat wabak COVID-19, pemegang saham syarikat penerbangan tersebut iaitu Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup. Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan […]

Selanjutnya
10 October 2020
New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

0 (0) Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama. […]

Selanjutnya
10 October 2020
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, acara hebat buat kaki pancing

0 (0) Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula . Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram