0
(0)

Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan.

Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021.

Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail, berkata pertambahan jet itu bagi membolehkan anak syarikatnya itu mempertingkatkan penerbangan domestik, ASEAN dan Asia Pasifik dari pangkalan barunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Beliau berkata, penyediaan operasi pangkalan Firefly di Pulau Pinang itu akan memerlukan pelaburan minimum oleh MAG pada 2021, dengan jangkaan peningkatan pengeluaran serta kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) sebanyak 36 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Berdasarkan jangkaan kami ketika ini katanya, perjalanan domestik dan jarak dekat antara yang mendapat permintaan tinggi ketika ini sekali gus memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari wilayah utara.

Katanya, ini juga sejajar dengan peningkatan Rancangan Perniagaan Jangka Panjang Kumpulan (LTBP 2.0) yang telah diselaraskan semula agar sesuai dengan situasi dan persekitaran pasca COVID-19.

Pada masa yang sama juga katanya, kumpulan akan memberi fokus pada pengukuhan aliran pendapatan anak syarikatnya.

"Dengan rancangan ini, Firefly akan menjadi pelengkap syarikat bersekutunya, Malaysia Airlines Bhd dalam melayani pasaran riadah disamping mempelbagaikan laluan yang menghubungkan bandar di Malaysia dengan Sabah, Sarawak, Thailand, Indonesia dan Singapura. 

"Ini akan memanfaatkan sumber dan bakat yang ada dalam MAG, dengan kemungkinan akan menggunakan pesawat Boeing 737-800 dari Malaysia Airlines.

"Ini memberi ruang kepada Malaysia Airlines fokus pada rangkaian pasaran premiumnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See, berkata pasaran global telah berubah sejak pandemik COVID-19 melanda dan sebagai syarikat penerbangan perlu menerapkan perubahan tersebut dan menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran. 

Beliau berkata, Firefly bersedia memikul cabaran itu, melihat kepada potensi yang kukuh dalam strategi dual hab ini, disamping mempertahankannya perkhidmatan pesawat kuasa kipas atau 'turbo propeller' dari Subang Skypark.

"Dengan operasi pesawat jet yang baru, Firefly akan menawarkan konsep perkhidmatan yang fleksibel dengan pembaharuan produk sesuai dengan pelanggan," katanya.

Penumpang Firefly akan terus menikmati keistimewaan dan perkhidmatan seperti syarikat penerbangan premium termasuk bagasi 20 kilogram percuma serta peluang untuk memperoleh dan menebus Enrich.

Sumber : Berita Harian

Kami Kongsi. Anda Terokai

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
Shop Online for 31% off Purchase, Get 20RM Promo Code
18 October 2020
3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di KLIA

0 (0) Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19. Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly akan menggunakan jet bermula Q1 2021, perkukuh laluan domestik dan ASEAN

0 (0) Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan. Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly jadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines 'bungkus'

0 (0) Berhubung krisis kewangan yang melanda Malaysia Airlines akibat wabak COVID-19, pemegang saham syarikat penerbangan tersebut iaitu Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup. Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan […]

Selanjutnya
10 October 2020
New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

0 (0) Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama. […]

Selanjutnya
10 October 2020
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, acara hebat buat kaki pancing

0 (0) Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula . Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram