Firefly Passport bawa anda terbang ke seluruh negara tanpa had bermula hanya RM399

Dikemas Kini: 27 Ogos 2020
Surga Route

Bagi menyemarakkan semula industri pelancongan dalam negara, syarikat penerbangan Firefly telah melancarkan pas penerbangan domestik tanpa had, dikenali sebagai Firefly Passport. Pas ini dijual bermula dari 24 hingga 31 Ogos 2020 sahaja.

Apa yang anda perlu tahu

Terdapat dua jenis pas tanpa had Firefly Passport ini iaitu pas tanpa had 3 bulan dan pas tanpa had 6 bulan. Harga untuk pas 3 bulan ialah RM399 manakala pas 6 bulan berharga RM699. ,Sila ambil perhatian , penggunaan pas ini untuk harga asas tambang sahaja, tidak termasuk sucaj, cukai atau sebarang kos tambahan lain.

Kelebihan memilih FireFly Passport

Kelebihan menaiki penerbangan Firefly adalah anda mendapat kebenaran membawa bagasi secara percuma sehingga 20Kilogram. Jadi, tak perlulah risau dan asyik timbang aje beg kita tu. Di dalam penerbangan pula anda akan dihidangkan dengan makanan ringan. Disebabkan penerbangan Firefly semuanya menggunakan pesawat kecil, mereka beroperasi di lapangan terbang kecil yang terletak sangat dekat dengan bandar, antaranya adalah Subang Skypark. Nak naik flight pun senang je, tak perlu penat kaki menjelajah lapangan terbang besar untuk sampai ke gate kan?

Bagaimana cara membeli pass ini

Untuk membeli pas ini, anda perlu mendaftar sebagai ahli Firefly terlebih dahulu. Pendaftaran keahlian adalah percuma. Kemudian pergi ke bahagian atas laman utama Firefly, klik pada ‘Login/Signup‘ dan pilih ‘Firefly Passport‘.

Seterusnya isi User ID dan Password, kemudian tekan pada ‘Buy Travel Pass‘ di menu sebelah kiri. Pilih pas yang mahu dibeli, sama ada 3 bulan atau 6 bulan, tandakan pada ‘I confirm, understand and accept‘ selepas itu tekan Next. Buat pembayaran dan anda berjaya memiliki pas tanpa had Firefly.

Untuk membuat tempahan tiket penerbangan pula, ia perlu dilakukan selewat-lewatnya 7 hari sebelum penerbangan, bergantung kepada kekosongan tempat. Tempahan juga perlu dibuat menerusi laman web travelpass.fireflyz.com.my sahaja.

Perlu diambil perhatian, pengguna pas tanpa had ini hanya boleh tidak hadir sebanyak satu kali selepas menempah tiket penerbangan, sebelum pas dibatalkan jika tidak hadir kali kedua. Tiada pulangan wang bayaran surcaj, cukai atau SST jika tidak hadir penerbangan yang telah ditempah.

Jika ada sebarang keraguan dan anda memerlukan info lanjut termasuk terma & syarat, boleh didapati disini

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram