Jom ke kedah , Hampir semua sektor pelancongan dah dibenarkan !

Tag:
Dikemas Kini: 18 Jun 2020
Surga Route

Berita baik untuk semua ! Hampir semua sektor pelancongan di Kedah dibenarkan kembali beroperasi mulai 17 Jun, selepas ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Tepu jugalah waktu itu.

Memang betul sebab Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Mohd Firdaus Ahmad, berkata antara sektor yang dibenarkan beroperasi penuh adalah perhotelan, resort, motel, inap desa dan perkhidmatan sewaan.

Jelasnya, ia juga termasuk semua pusat pelancongan di Langkawi yang menjadi antara ikon utama pelancongan negara.

"Mulai hari ini, perkhidmatan kereta kabel Gunung Machincang dibenarkan beroperasi penuh dan sektor ekopelancongan termasuk aktiviti riadah air seperti mandi pantai juga dibenarkan.

"Bagaimanapun, operator perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan seperti hanya seorang dibenarkan bermain jetski dan aktiviti 'banana boat' tidak dibenarkan.

"Bagi kolam renang pula hanya milik persendirian dibenarkan dibuka, manakala kolam air panas di Ulu Legong, Baling, masih tidak dibenarkan beroperasi kerana mengikut nasihat Kementerian Kesihatan," katanya pada sidang di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mohd Firdaus, berkata pihaknya kini sedang merangka kursus khas bersama Kolej Komuniti bagi membolehkan peserta industri meningkatkan pengetahuan dalam bidang pelancongan tempatan.

"Ini akan memberi ilmu mengenai pengurusan pelancongan dan tawaran baharu atau kelainan yang boleh diberikan kepada pelancong.

"Perkara ini kita akan dibincang lanjut bersama Kolej Komuniti dan ia adalah inisiatif kerajaan untukmeningkatkan kembali industri pelancongan Kedah," katanya.

Kedah Serata-rata !

Sumber : Berita Harian

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram