AirAsia harap pembukaan laluan antarabangsa jana semula pendapatan selepas terjejas akibat COVID-19

Dikemas Kini: 15 Jun 2020
Surga Route

AirAsia mengharapkan pembukaan semula laluan penerbangan antarabangsa peringkat serantau antaranya China, Singapura, Thailand serta Korea Selatan dan Jepun yang dijangka mulai bulan hadapan iaitu Julai, dapat membantu syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia itu kembali meraih pendapatan lebih stabil.

tony fernandes harap pembukaan laluan antarabangsa jana pendapatan
Gambar fail. Sumber : Now, Tony Fernandes Flies Everyone

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, berkata dengan China dijangka menjadi laluan pertama di buka untuk penerbangan antarabangsa, ia diharapkan memberikan suntikan kepada AirAsia yang terjejas teruk akibat COVID-19.

"Kami berharap perjalanan udara bukannya sesuatu yang 'menakutkan'. Kami ingin menegaskan bahawa, AirAsia melaksanakan ujian yang komprehensif untuk memastikan penerbangan kami selamat.

"Ujian yang dilaksanakan kami adalah untuk mengetahui risiko profil penumpang dan tahap keselamatan dalam pesawat. Untuk pengetahuan semua, dengan langkah dan prosedur operasi standard (SOP) yang diambil kami, tiada krew kabin kami dijangkiti COVID-19 sehingga kini walaupun, kami membuat penerbangan menyelamat di beberapa destinasi," katanya dalam video yang dimuatnaik di laman Instagram.

Mengulas lanjut, Fernandes berkata, selepas tiga bulan tanpa pendapatan, AirAsia mula meraih jualan berikutan pembukaan sepenuhnya laluan domestik di beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand dan Filipina, manakala laluan domestik Indonesia akan dibuka tidak lama lagi.

"Kami menggalakkan rakyat mengenali negara masing-masing, sementara menunggu laluan antarabangsa dibuka," katanya.

Susulan sekatan perjalanan udara, beliau berkata, AirAsia terpaksa mengambil langkah sukar dengan melepaskan beberapa kakitangannya yang sudah lama berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu.

"Ini masa yang sukar dalam tempoh 18 tahun kepada AirAsia, kami terpaksa mengambil langkah dengan melepaskan beberapa kakitangan. Sesuatu yang berat untuk kami melepaskan pekerja yang sudah lama berkhidmat dengan AirAsia.

"Kini, sasaran kami adalah memastikan kakitangan yang kami lepaskan itu mendapat pekerjaan semula. Kami akan bantu bekas pekerja dari segi latihan dan lain-lain bagi mendepani pasca COVID-19," katanya.

Fernandes berkata, pemberhentian pekerja bukannya sesuatu yang mahu lakukan di tengah-tengah saat sukar di mana industri penerbangan berdepan dengan sekatan yang lama dari jangkaan.

"Saya tidak mampu meramalkan masa depan. Kami akan cuba mengekalkan pekerja yang kami ada.

"Ini situasi yang tidak pernah dihadapi dan 95 peratus pesawat di seluruh dunia tidak boleh terbang akibat sekatan perjalanan udara di peringkat global.

Kami sudah berdepan pelbagai krisis kesihatan dan bencana alam tapi COVID-19 adalah sesuatu yang sangat berlainan," katanya.

Awal bulan ini, media melaporkan seramai lebih 300 pekerja AirAsia Bhd bakal dihentikan perkhidmatan dalam usaha pengecilan operasi susulan daripada situasi sukar akibat wabak COVID-19.

Memetik laporan media, pemberhentian yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Riad Asmat dalam sesi taklimat dalaman dijangka membabitkan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera.

Laporan itu turut menyatakan syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X turut akan melakukan pengurangan tenaga kerja, termasuk pekerja asing.

Bagaimanapun, tiada jumlah sebenar petugas yang diumumkan dan pemberhentian tersebut bakal membabitkan tenaga kerja pelbagai sektor termasuk pengurusan, operasi, kru dan juruterbang.

Kami berharap situasi akan bertambah pulih dan 'later everyone can fly'

Sumber : Berita Harian

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram