Harga tiket penerbangan kembali normal bermula november 2020 nanti

Dikemas Kini: 24 Julai 2020
Surga Route

Harga tiket penerbangan dijangka akan kembali normal kepada harga purata pada tahun 2019 menjelang November ini, selepas syarikat penerbangan kembali menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan kapasiti sebenar.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 berdasarkan analisa yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM),

Beliau berkata, syarikat penerbangan dijangka memerlukan masa antara 18 bulan bagi sektor domestik, dan tiga tahun bagi sektor antarabangsa untuk pulih sepenuhnya, daripada impak wabak COVID-19.

Pihaknya juga telah mengarahkan MAVCOM, untuk melaksanakan pemantauan pengenaan kadar tambang yang dikenakan syarikat penerbangan secara berterusan, dan mengadakan sesi libat urus bagi memastikan harga tambang yang dikenakan adalah kompetitif.

Wee berkata, berdasarkan pemantauan MAVCOM bagi tempoh di antara 2 Jun hingga 8 Julai lepas juga, didapati harga tiket penerbangan terutama dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, menunjukkan trend penurunan berbanding pada Mei lepas.

Sebagai contohn, harga tiket bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching untuk sehala ialah di antara RM200 hingga RM400, jika dibandingkan dengan harga yang telah dikenakan pada bulan Jun 2020 iaitu melebihi RM1,000,” katanya.

Menjawab soalan tambahan berhubung jumlah penerbangan dibatalkan dan penumpang yang terjejas Wee berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun lepas, sebanyak 169,728 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan, membabitkan tiga syarikat penerbangan negara iaitu AirAsia, Malaysia Airlines (MAS) dan Malindo.

Katanya ia melibatkan jumlah keseluruhan penumpang terjejas sebanyak 4.316 juta, bagi ketiga-tiga syarikat penerbangan terlibat. 

-- BERNAMA

Kami Kongsi. Anda Terokai

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram