cameron highlands

Hidden Gems : Kampung Melayu di Cameron Highlands

Dikemas Kini: 28 Mei 2020
Surga Route

Latar Belakang

Kampung Taman Sedia merupakan salah 1 perkampungan Melayu dan penempatan Melayu pertama di Cameron Highlands. Ianya terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang. Nama Taman Sedia ini diberikan pada zaman dahulu, iaitu sebelum Cameron Highlands diteroka lagi. Kampung Taman Sedia ini menjadi 1 laluan pintas bagi sesiapa yang berjalan kaki ulang alik dari Tanah rata ke Brinchang dan sebaliknya.

Penduduk lama disitu pernah menceritakan bahawa mereka takut untuk melalui jalan ( Kampung Taman Sedia ) ini pada lewat petang kerana mereka sering ternampak atau terserempak dengan harimau pada ketika itu. Dahulu kawasan ini terdapat 1 paya gambut yang dikelilingi belukar dan pepohon yang kecil. Sekarang sudah tiada lagi, sudah dijadikan tapak-tapak perumahan dan ladang-ladang Cameron Highlands.

Perkampungan ini dirasmikan oleh Sultan Pahang pada tahun 70-an. Menariknya nama Taman Sedia ini ada dicatatkan di dalam buku "Anak Mat lela gila" yang dikarang oleh Pak Sako dan diterbitkan pada tahun 1960.

Taman Sedia ini juga mempunyai lagendanya yang tersendiri. Kata orang asal disni, dahulu Taman Sedia ini penuh dengan bunga-bungaan yang liar dan cantik. Dipercayai Taman Sedia ini sebagai taman permainan puteri bunian. Mungkin disebabkan inilah nama Taman Sedia diberikan bermakna taman yang telah tersedia ada.

Tarikan:-

Terdapat banyak ladang strawberi di Kampung Taman Sedia ini, kami hanya senaraikan beberapa sahaja.

KHM Strawberries & jam

KHM Strawberry and Jam ini terkenal dengan set scones & air teh. Scones nya dikatakan sangat sedap digandingkan bersama jem stroberi yang sangat enak! Menariknya, kafe disini betul-betul di dalam ladang stroberi, sambil makan sambil menikmati keindahan ladang stroberi yang sangat mendamaikan.

Bayaran:- Percuma

Waktu operasi: 8.30 pagi-6.00 petang

Lokasi:- No. 9, Kampung Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.

Opah Strawberry Farm

Ramai pengunjung yang gemar datang ke Opah Strawberry Farm ni, dikatakan harganya jauh lebih murah dari ladang stroberi yang lain. Jika sekilo harga 'standard' RM60-RM70 , namun disini anda boleh mendapatkan sekilo dengan harga RM40 sahaja! Jauh bezanya tu.

Strawberry Jam disini juga sedap dan rasa sangat 'fresh' kerana ada ketulan buah stroberi juga. Aiskrim nya juga sedap sehingga membuatkan orang yang asalya tidak suka aiskrim jadi suka makan aiskrim apabila ke sini.

Bayaran masuk: percuma

Waktu Operasi: 9.00 pagi-6.00 petang

Lokasi:- Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Aidilbadri Strawberries

Jika anda mahu pengalaman memetik stroberi yang indah, anda datanglah ke Aidilbadri Strawberries ini. Betul-betul berhadapan dengan Kedai 200 seeds cafe (abang strawberry). Stroberi coklat disini sangat sedap! Buah nya juga fresh.

Bayaran masuk: percuma

Waktu Operasi:- 8.00 pagi-7.00 malam

Alamat:-No 36 , Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Penginapan:-

Azalea Muslim Homestay Cameron Highlands

Homestay Azalea Muslim ini menyediakan tempat penginapan yang selesa,bersih dan nyaman untuk anda. Pemandangan dari homestay ini juga cantik kerana kedudukannya di atas bukit. Anda boleh nampak gunung Irau dan gunung Brinchang jika anda menginap disini. Bunga-bungaan juga menghiasi homestay ini.

Harga: bermula dari RM170/semalam

Alamat:-14, Lorong Hj. Abdul Aziz, Kg. Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang

Ada Guesthouse

Jika anda ingin merasa lebih selesa dan bilangan keluarga anda dalam 6-10 orang. Rumah apartment ini untuk anda. Lengkap dengan peralatan dapur, mesin basuh, pengering. Juga terdapat beberapa permainan dalam rumah dan basikal untuk anda.

Harga: bermula RM280/semalam

Alamat:- The Quintet, Jalan PMCJ, 9, Jalan Tengkolok, Tanah Rata, 39000, Pahang

Tiny Boutique Habitat

Nak merasa duduk di negara orang putih, bolehlah anda menginap disini. Cuaca pun dah sejuk, dihiasi bunga-bungaan yang segar dan mekar di hadapan rumah. Bukan luar sahaja nampak ala-ala inggeris sampai ke dalam pun 'vintage' tu ada. Terdapat banyak jenis bilik, anda boleh pilih sama ada mahu pakej bilik dan 'private garden' harganya akan lebih mahal dari yang biasa.

Harga: bermula dari RM315/semalam

Alamat:-24, Kg Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang

Makanan:-

Abang Strawberry ( 200 Seeds Cafe )

Pernah dengar Nasi Lemak Strawberry? Haaa, Nasi Lemak Strawberry memang sangat terkenal, jika anda mahu mencuba anda boleh datang ke Kampung Taman Sedia ini. Aroma nasi lemaknya memang sangat harum dan menyelerakan! Sambal stroberi nya juga sangat sedap, orang putih kata' well blend' dengan nasi lemaknya, ditambah pula dengan ayam goreng crispy, memang padu. Ramai orang akan sarapan pagi disini, Anda pun patut cuba !

Cara untuk pergi ke sini:-

Anda boleh tekan link peta yang kami kongsikan dibawah ini dan anda akan nampak pintu gerbang ini .

Untuk ketahui lebih banyak Hidden Gems di Malaysia, baca disini

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Imej via [surgaroute] […]

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram