Kerajaan Hong Kong suntik RM19 Bilion selamatkan Cathay Pacific
Surga Route
|
9 June 2020
Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific mengumumkan pelan penyelamat daripada kerajaan bernilai HK$39 billion (RM19.28 bilion) ketika mereka bergelut dengan kejatuhan disebabkan COVID-19.
Seperti kebanyakan syarikat penerbangan yang terjejas dengan krisis, jumlah penumpang syarikat yang berusia 73 tahun itu merosot dengan ketara dalam beberapa bulan terakhir, menyebabkan sebahagian besar angkatan pesawatnya tersadai di landasan dan firma itu kehilangan tunai yang banyak.
Sumber : Tech Radar
Syarikat penerbangan itu sudah pun di bawah tekanan setelah terjejas dengan tunjuk perasaan yang ganas sejak beberapa bulan lalu di Hong Kong tahun lalu yang menyaksikan jumlah pelancong merosot.
Cathay Pacific hari ini mengumumkan cadangan menyeluruh untuk menyuntik kecairan dan memastikannya teguh bertahan dengan bantuan kerajaan Hong Kong, yang akan mendapat kepentingan kecil dalam syarikat itu.
"Cathay Pacific sudah meneroka pilihan yang ada dan percaya bahawa permodalan semula diperlukan untuk memastikan ia mempunyai kecairan yang mencukupi untuk mengatasi krisis semasa ini," katanya dalam satu kenyataan kepada bursa saham di bandar raya itu.
Sebahagian besar modal akan diraih daripada saham baharu yang diterbitkan kepada Aviation 2020, sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan, serta pinjaman HK$7.8 bilion (RM4.3 bilion) yang juga daripada kerajaan.
Di bawah cadangan itu, Cathay akan meraih sekitar HK$11.7 bilion (RM6.45 bilion) dalam terbitan hak berdasarkan tujuh saham hak untuk setiap 11 saham sedia ada, sementara saham keutamaan untuk kerajaan akan memperoleh HK$19.5 bilion (RM10.75 bilion) dan waran akan memperoleh HK$1.95 bilion (RM1.08 bilion), tertakluk kepada penyesuaian.
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]