Bercuti di Hotel adalah salah satu aktiviti yang pasti digemari oleh banyak keluarga. Sekali sekala nak juga tukar angin selain rumah sendiri kan? Anak-anak lah orang yang paling bahagia sekali bila dengar perkataan hotel ni.
Jadi, kepada ibu ayah diluar sana yang tak tahu nak pilih dan nak pergi hotel mana, kami di SurgaRoute sedia berkongsi maklumat dengan anda . Apa yang dimaksudkan dengan hotel “2 in 1” ?
'2 in 1' disini bermaksud menginap & berseronok. Tidak lengkap lah percutian kalau menginap sahaja tanpa aktiviti kan? Jadi , hotel '2 in 1' ini sesuai untuk anda yang mahu jimat masa dan kos. Menginap di hotel sambil berseronok di Taman Tema mereka !
Jom , teruskan pembacaan anda.
Legoland Hotel , Johor
Legoland merupakan taman tema antarabangsa yang terbesar di Malaysia. Terdapat 3 bahagian yang menjadi tarikan. Legoland Theme park, Legoland Water Park dan Sea Life. Anda boleh memilih sama ada mahu masuk ke theme park, atau water park atau sea life dengan harga yang berbeza.
Kalau pergi sehari sahaja memang tak cukup nak cuba semua aktiviti. Jadi, Legoland ada menyediakan tempat penginapan yang unik untuk anda.
Sumber: agoda.my
Legoland hotel antara hotel yang unik kerana mempunyai banyak jenis bilik yang berlainan tema. Terdapat 4 bilik tema. Tema “Pirate”, “Adventure”, “Kingdom” dan “ NinajaGo”. Harga bilik bermula dari RM670 untuk 1 malam.
Pasti anak anak gembira dapat tidur di bilik bertema sebegini. Setelah habis bermain di taman tema, berehat juga di bilik yang bertema membuatkan mood bermain anak anda berpanjangan . Tiada lagi kes anak tak nak balik dari taman tema untuk berehat. Anda boleh rujuk website legoland untuk info yang lebih lanjut.
Sumber gambar: legoland.com.my
First World Hotel, Genting Highlands
Sumber gambar: Booking.com & Klook.com
Genting Highlands memang terkenal dengan taman temanya selain kasino. Kalau anda mahu menikmati udara yang segar dengan hawa yang dingin untuk merehatkan minda, anda boleh la menginap disini. Pada masa yang sama, boleh juga memberi ruang untuk anak anak anda bermain di taman tema .
First World Hotel ini merupakan hotel terbesar di Genting Highlands. Lokasinya di Sky Avenue juga sangat mudah untuk diakses oleh orang ramai dengan menggunakan kereta kabel dari Awana Sky Way.
Lost World of Tambun , Ipoh
Taman tema ini terletak di Tambun, Ipoh, Perak. Buat pengetahuan semua Lost World of Tambun adalah dibawah syarikat Sunway. Jadi kalau Sunway Lagoon pun kita dah rasa seronok, Lost World of Tambun pun apa kurangnya!
Jangan risau resortnya boleh diakses terus dari Taman Tema Lost World of Tambun. Rata rata “review” mengatakan mereka berpuas hati dengan bilik yang luas , bersih dan selesa. Apa kata anda cuba datang ke sini dan rasainya sendiri.
Sumber gambar: agoda.com, tourplus.my
Dinosaurs Alive Water Theme Park - KSL Hotel & Resort
KSL Hotel terletak di Johor Bahru. Kira kira 5 minit sahaja untuk pergi ke arah Singapura. KSL Hotel ini dihubungkan juga dengan 1 pusat membeli belah dan Dinosaurs Alive Water Theme Park yang terletak di tingkat 7. Menariknya, jika anda memilih untuk menginap di hotel ini anda akan mendapat akses percuma ke waterpark tersebut. Seronoknya ! Anda boleh menggembirakan diri dengan pergi membeli belah dan anak anak anda berseronok bermandi-manda di waterpark. Adil kan ?
Sumber gambar: tripadvisor.com.my , agoda.com , myfave.com
A`Famosa Resort , Melaka
Selain terkenal sebagai tempat bersejarah, terdapat juga beberapa terdapat hotel atau resort yang boleh dikunjungi oleh orang awam. Antaranya adalah A'Famosa Resort yang terletak di Alor Gajah. Lokasinya juga dekat sahaja dengan taman tema air nya.
Sumber: gambar tripadvisor.com & Malacca.ws
Berjaya Times Square Hotel , Kuala Lumpur
Hotel ini terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Hotel ini juga mempunyai pusat membeli belah dan taman tema yang tersendiri. Rata rata orang ramai hanya akan pergi ke pusat membeli belahnya sahaja tapi kalau anda mahu berjalan di sekitar KL, anda bolehlah menginap di sini. Barulah tak tergesa-gesa nak pergi membeli belah dan berseronok di taman tema kan?

Morib Gold Coast Resort , Banting
Morib Gold Coast Resort terletak di Banting, Selangor. Menariknya, resort ini juga terletak di tepi pantai dan mempunyai taman tema air yang penuh dengan gelongsor air dan kolam renang. Jika anda menginap disini, harganya sudah termasuk hotel dan taman tema sekali.
Sumber gambar: booking.com
Bayou Lagoon Park Resort , Melaka
Bayou Lagoon Park Resort terletak di Bukit Katil, Melaka. Resort ini mempunyai bilik jenis studio, penthouse dan apartment 2 & 3 bilik. Kebanyakan bilik bilik disini dibawah pengurusan resort ini tetapi ada juga beberap unit rumah yang disewakan sebagai homestay. Resort ini juga mempunya taman tema air nya yang tersendiri. Biarpun tampak biasa sahaja, tapi cukup untuk membuat anak anak anda bahagia .
Sumber gambar: agoda.com, hotels.com
Bukit Gambang Resort City
Bukit Gambang Resort ini pernah diaungerahkan sebagai ‘Taman Tema Air Terbesar di malaysia’ dan juga ‘Dewan Terbesar di Malaysia’. Hebat jugak kan. Resort disini berbentuk Villa bertemakan luar negara. Memang ada feeling feeling kat luar negara kerana seni binanya suasananya.
Bagi anda yang berkeluarga besar amatlah sesuai untuk bercuti disini. Harga Villa ni agak mahal tapi kalau berkongsi-kongsi bayar jadi okay je harga untuk 1 keluarga kecil. Villa ni macam banglo tau. Ada 3 bilik tidur & 4 bilik air. Lagi ramai lagi best nak ajak pergi mandi manda pulak kan?
Sumber gambar: afifplc.blogspot.com
Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown Resort terletak di Gunung Semanggol daerah Kerian,Perak. Lokasinya di tepi Lebuhraya memudahkan para pelawat atau pelancong untuk mencari resort ini.
Sumber gambar: mapio.net,Malaysia-hotels.net,traveloka.com
Amverton Heritage Resort
Terletak di ayer keroh,Melaka berdekatan dengan Dataran Sejarah Melaka,MITC, Taman Rama-rama, Melaka Wonderland, Taman Buaya Melaka. Berbaloi sangat kalau anda sekeluarga datang menginap di hotel ini, ada banyak tempat menarik yang berdekatan untuk dilawati. Pemandangan resort ini jugak cantik tambahan pula ada waterparknya yang tersendiri.
Sumber gambar: juqieys-anne.blogspot.com,traveloka.com
Hotel Swiss Garden @ The Shore Melaka
Hotel ini antara yang paling tinggi di Melaka. Jika anda berada di bandaraya pun masih boleh melihat bangunan Hotel Swiss garden ini. Pemandangan juga cantik dan anda akan dapat merasai tamparan angin yang kuat. Hotel ini juga mempunyai mini waterpark untuk anak anak anda bermandi manda.
Sumber gambar: agoda.com, swissgarden.com
Sunway Resort Hotel & Spa
Terletak di Bandar Sunway , Petaling Jaya, Selangor. Kalau anda search Sunway Resort Hotel & Spa ini, anda akan jumpa websitenya dan terlalu banyak jenis bilik yang anda boleh pilih. Di bawah Sunway Resort Hotel & Spa ini ada juga Hotel Sunway Pyramid dan Hotel Clio. Kesemua hotel ini berdekatan dengan taman tema air Sunway Lagoon.

Sekian sahaja dari kami, antara artikel lain berkaitan hotel :-
hotel islamik yang menjadi pilihan kami di Lembah Klang, rujuk disini.