Pemilik hotel di Melaka mula menerima tempahan penginapan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) digantikan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengarah Urusan Hotel De Mawardah, Muhammad Akram Abdullah, berkata setakat ini syarikatnya masih mengekalkan semua pekerja walaupun hampir tiga bulan tidak beroperasi.

"Walaupun dikhabarkan terdapat hotel ditutup, kecekalan dan kegigihan untuk bertahan menjadikan saya sentiasa berusaha memastikan ia mendapat sambutan.

"Apatah lagi dengan pelbagai pakej rangsangan ekonomi oleh kerajaan dan rantaian COVID-19 dapat diputuskan menerusi normal baharu, industri pelancongan akan terus relevan," katanya.

Beliau berkata, penggiat industri perhotelan dan pelancongan perlu selalu berbincang dengan kerajaan untuk meneliti strategi baharu memandangkan industri berkenaan bergantung harap kepada acara pelancongan yang sudah banyak dibatalkan demi tuntutan normal baharu.

"Mungkin sudah tiba masanya kita fokus kepada pelancongan pengalaman peribadi dengan produk seperti lawatan ke kampung unik, bengkel pembuatan makanan dan kraftangan dijadikan produk keutamaan.

"Produk pelancongan perlu dipakejkan bersama penginapan hotel bagi mengoptimumkan pendapatan industri bersama. Dengan itu, kita dapat menyesuaikan dengan norma baharu menerusi kawalan jumlah pelancong dalam kumpulan kecil dalam satu-satu masa," katanya.

Muhammad Akrab menyambut baik pelepasan cukai dan pengurangan serta penangguhan bayaran levi bagi perkhidmatan perhotelan dan pelancongan yang dapat mengurangkan impak terhadap perniagaan.

Justeru, beliau berharap rundingan antara kerajaan dan pembekal utiliti seperti elektrik dan air akan dibuat agar diskaun diberikan ke atas bil penggunaan oleh industri pelancongan dan perhotelan dalam memastikan kos perniagaan dapat dikawal baik agar aliran tunai mencukupi bagi menampung kos operasi seperti gaji pekerja.

Beliau menyeru rakyat Malaysia supaya mengambil kesempatan terhadap pengumuman pelepasan cukai pendapatan individu hingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara seperti diumumkan dalam pengumuman Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

"Inilah masanya rakyat membantu industri pelancongan dan perhotelan tempatan, selain pelbagai tawaran menarik pada harga berpatutan diberikan penggerak industri," katanya.

Menerima banyak tempahan sejak PKPP diumumkan

Sementara itu, Pengurus Puteri Qashrina Chalet di Pantai Puteri dan Hotel di Tangga Batu, Nohisham Waled, berkata mereka sudah menerima 200 tempahan dan pertanyaan setakat hari ini.

Beliau berkata, premis dengan jumlah keseluruhan membabitkan 64 bilik dan tiga kolam renang serta membabitkan 15 pekerja itu turut membuat potongan harga 10 peratus kepada pelanggan sehingga 31 Ogos depan.

Katanya, tempias tempahan di Langkawi juga bakal melimpah ke bandaraya berkenaan serta lokasi pelancongan lain di seluruh negara.

Sumber : Berita Harian

Lagi berita disini

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
21 June 2021
Kolam renang lutsinar buatkan anda seperti terapung di tengah London

Baru-baru ini, sebuah kolam renang lutsinar yang dibina antara dua bangunan tinggi di barat daya London mula menjadi perhatian ramai. Disifatkan sebagai jambatan kolam renang lutinsar pertama dunia dan struktur akrilik terbesar, Sky pool terletak antara dua bangunan kediaman mewah iaitu Embassy Gardens di Nine Elms. Dengan ketinggian 30 meter, kolam lutsinar itu mempunyai kedalaman […]

Selanjutnya
21 June 2021
Kerajaan pertimbang kelonggaran termasuk kebenaran rentas negeri buat mereka yang lengkap dos vaksin COVID-19

Kerajaan sedang memperhalusi beberapa kelonggaran termasuk kebenaran untuk merentas negeri kepada mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19. Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, jawatankuasa kumpulan kerja teknikal yang dianggotai oleh kumpulan pakar kesihatan dan sains akan mengemukakan syor untuk memberi kelonggaran kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 kepada Majlis Keselamatan Negara […]

Selanjutnya
21 June 2021
Industri penerbangan dijangka pulih bermula 2022

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menjangkakan industri penerbangan akan kembali pulih bermula tahun 2022 dengan pembukaan semula perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa secara berperingkat. Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk […]

Selanjutnya
20 June 2021
DBKL perkenal lintasan pejalan kaki ala 'Shibuya Crossing' di Bukit Bintang bermula 19 Jun

Nampaknya mereka yang melawat kawasan Bukit Bintang akan dapat melihat atau merasai pengalaman ratusan pejalan kaki melintas persimpangan jalan melalui pelbagai arah secara serentak seperti lintasan pejalan kaki yang terkenal iaitu 'Shibuya Crossing' yang terletak di Tokyo, Jepun. Bermula Sabtu iaitu 19 Jun 2021, DBKL telah mengaplikasikan “scramble pedestrian crossing” persimpangan Jalan Bukit Bintang dan […]

Selanjutnya
20 June 2021
Pakar kesihatan Thailand desak tangguh pembukaan Phuket untuk pelancong bermula 1 Julai

Baru-baru ini kerajaan Thailand melalui Perdana Menteri mereka mengumumkan bahawa kerajaan negara tersebut bersedia membuka sempadan untuk sektor pelancongan bermula 1 Julai 2021 di Phuket melalui program Phuket Sandbox dan seterusnya akan diperluaskan lagi ke wilayah-wilayah lain sehingga Oktober 2021. Keputusan tersebut dilakukan setelah mempertimbangkan kelangsungan hidup rakyatnya dan pemberian vaksin COVID-19 yang telah bermula. […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram