0
(0)

Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu ini (10 Jun) sebagai berita baik buat industri pelancongan tempatan.

Presidennya, Uzaidi Udanis berkata, pihaknya amat berterima kasih dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan dalam PKPP terutamanya kepada industri pelancongan tempatan.

Beliau berkata, kini pihak industri akan dapat mengatur promosi untuk menggalakkan rakyat Malaysia melancong bagi menyelamatkan industri pelancongan tempatan menerusi kempen #safetourism.

“Setakat ini, kita mempunyai 640,000 daripada 1.2 juta syarikat yang berdaftar di bawah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan melibatkan diri dengan industri pelancongan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Dengan adanya PKPP ini, industri pelancongan boleh bernafas semula,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Uzaidi bagaimanapun berkata, semua penggiat industri pelancongan serta usahawan diingatkan untuk terus mematuhi syarat dan SOP yang ditetapkan dengan ketat bagi memastikan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) tidak menular semula.

Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, pihaknya turut menyambut baik pengumuman berkaitan PKPP yang membenarkan rentas negeri bermula 10 Jun ini.

“Langkah berkenaan sekali gus membuka peluang pelancongan domestik bermula dengan mengamalkan kebiasaan baharu.

“Selain itu, kita juga berterima kasih dengan kerajaan kerana cakna dalam menyediakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang boleh dimanfaatkan industri pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Untuk rekod, sektor pelancongan adalah penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negara Malaysia

Sumber : Sinar Harian

Artikel Ini Menarik?

Klik pada bintang untuk menilai!

Purata 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
Shop Online for 31% off Purchase, Get 20RM Promo Code
18 October 2020
3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa kembali beroperasi di KLIA

0 (0) Tiga syarikat penerbangan antarabangsa telah kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) bermula pada Oktober 2020 setelah menghentikan seketika operasi mereka akibat wabak pandemik COVID-19. Syarikat penerbangan tersebut ialah British Airways yang menawarkan empat penerbangan seminggu dari KLIA ke United Kingdom, Oman Air yang membuat penerbangan dua kali seminggu ke Muscat […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly akan menggunakan jet bermula Q1 2021, perkukuh laluan domestik dan ASEAN

0 (0) Firefly, merupakan salah sebuah anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) akan memulakan operasi pesawat berkuasa jet bermula awal tahun hadapan. Susulan itu, syarikat penerbangan itu akan menambah 10 pesawat jet berbadan sempit (narrowbody) secara berperingkat mulai suku pertama 2021. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham […]

Selanjutnya
17 October 2020
Firefly jadi syarikat penerbangan nasional jika Malaysia Airlines 'bungkus'

0 (0) Berhubung krisis kewangan yang melanda Malaysia Airlines akibat wabak COVID-19, pemegang saham syarikat penerbangan tersebut iaitu Khazanah Nasional Bhd mempunyai pilihan untuk menyalur modal kepada Firefly sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penerbangan nasional dalam memenuhi keperluan pengangkutan udara negara jika Malaysia Airlines terpaksa ditutup. Ia adalah pilihan yang terakhir dipertimbangkan sayap pelaburan kerajaan […]

Selanjutnya
10 October 2020
New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

0 (0) Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama. […]

Selanjutnya
10 October 2020
Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020, acara hebat buat kaki pancing

0 (0) Hadiah wang tunai RM75,500, 50 unit hamper dan 10 unit barangan aktiviti luar jenama Igloo adalah antara hadiah menarik yang ditawarkan kepada para pemenang pertandingan memancing ‘Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020’ (TMST 2020) yang akan berlangsung semula . Pertandingan memancing persisiran pantai anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management ini telah menyingkap […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram