Isu harga tambang mahal akan dibincang - Ismail Sabri Yaakob
Surga Route
|
9 June 2020
Gambar stok. Sumber : The Star
Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan syarikat penerbangan berhubung isu harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan mahal terutamanya ke Sabah dan Sarawak.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil perbincangan itu akan diberitahu kepadanya dalam masa terdekat.
Gambar stok : The Malay Mail
“Kita faham harga tambang mahal kerana pelaksanaan penjarakan sosial jadi tidak boleh berkapasiti penuh. Dengan pematuhan penjarakan sosial, hanya 66 peratus sahaja ruang yang dipenuhi di dalam kapal terbang itu.
Kita tahu harga tiket mencecah hampir RM2,000 bagi sehala penerbangan contohnya dari Miri ke Kuala Lumpur, justeru kita akan berbincang... semoga tidak ada isu lagi untuk mereka menaikkan harga tambang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.
Beliau berkata terdapat permohonan daripada pihak syarikat penerbangan agar penumpang boleh memenuhi kerusi di dalam kapal terbang
“Mereka memberi alasan segala butiran penumpang boleh diperoleh melalui manifes syarikat berkenaan dan mereka (penumpang) di setiap penerbangan juga boleh dikesan jika berlakunya kes dan perlu dihubungi.
Tetapi yang paling penting sekarang adalah SOP (Prosedur Operasi Standard) perlu dipatuhi untuk membendung penularan wabak COVID-19,” tegasnya.
Tinjauan Bernama mendapati ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan agak mahal dan menjadi topik hangat di media sosial.
Ini memandangkan ramai yang ingin pulang ke kampung halaman susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu ini yang membenarkan pergerakan rentas negeri dengan ramai yang perlu kembali ke tempat bertugas, contohnya guru dari Semenanjung yang mengajar di Sabah dan Sarawak.
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]