Johor beri insentif buat pengusaha sektor pelancongan yang terjejas akibat COVID-19
Surga Route
|
26 May 2020
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 lalu telah menyebabkan sektor pelancongan lumpuh pada skala global akibat daripada penurunan jumlah ketibaan pelancong asing mahupun domestik.
Pengusaha premis penginapan seperti hotel dan inap desa, syarikat dan ejen pelancongan, pemandu pelancong, serta industri sokongan lain kini turut mengalami kesukaran dalam memastikan pusingan aliran tunai mereka kekal terjamin.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, kerajaan negeri sedar bahawa penggiat industri pelancongan begitu terkesan dengan pembatalan tempahan hotel serta pakej pelancongan.
"Justeru, Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan ingin mengumumkan insentif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor bagi meringankan beban yang dihadapi oleh industri pelancongan negeri ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.Antara insentif itu adalah:
a) Pemberian insentif one-off RM1,000 kepada 936 pemandu pelancong berlesen yang menetap di Johor yang melibatkan peruntukan sebanyak RM936,000.
b) Pengecualian bayaran lesen perniagaan kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel bagi tahun 2020, melibatkan peruntukan sebanyak RM894,211 yang memberi manfaat kepada1,031 pemegang lesen perniagaan.
c)Pengecualian bayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga bagi tahun 2020, yang melibatkan nilai RM3 juta.
Sumber : Johor Now
Tambah Onn, pihaknya masih dalam proses merangka strategi jangka pendek dan panjang bagi memulihkan serta mengembalikan daya saing industri pelancongan negeri itu pasca COVID-19.
"Diharapkan agar segala insentif yang telah diumumkan akan membantu penggiat industri pelancongan, serta mampu meningkatkan semula pencapaian sektor pelancongan dan perkhidmatan di Johor kelak," katanya.
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya, akhirnya ada juga berita gembira berkenaan Genting Highlands. Menurut laporan, Taman tema Genting SkyWorlds bakal dibuka kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini (2021), sekali gus akan merancakkan semula sektor pelancongan negara kita selepas bergelut dengan pandemik COVID-19. Genting SkyWorlds adalah taman tema paling dinantikan di Asia Tenggara buat ketika […]
Khazanah Nasional Berhad akan menyuntik dana RM3.6 bilion kepada syarikat induk Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), bagi menampung kos syarikat itu sepanjang tempoh penstrukturan sehingga 2025. MAG dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Khazanah Nasional telah menyatakan komitmen berkenaan dalam rangka penting program penstrukturan semula berkenaan. Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United […]