Kita semua tahu untuk menjamu selera di restoran 5 bintang sepatutnya tak murah kan? Kita tahu juga nak menjamu selera dengan hidangan Dim Sum pun boleh tahan juga harganya. 2 biji Dim Sum harganya sama dengan nasi campur, atau mungkin lebih. 😂

Tapi sekarang, sebuah hotel 5 bintang di Subang Jaya dapat memberikan anda pakej menjamu selera di restoran yang eksklusif, dengan menu Buffet dimsum secara Unlimited weh ! Ha, baru-baru ini kami sempat singgah ke The Emperor Restaurant di hotel Dorsett Grand Subang untuk mencuba sendiri Dim Sum Buffet Extravaganza yang sudah kembali menemui kita semua selepas diberhentikan kerana COVID-19. Fuh, restoran ni memang cantik sangat ! Cuba tengok ni

Terkenal dengan kualiti dan rasa hidangannya yang cukup lazat dalam kalangan foodie, menu ini istimewa kerana ia mampu membuka selera anda pada suapan pertama dan berlanjutan sehingga suapan terakhir😂 . Yang paling best, walaupun The Emperor Restaurant ini menawarkan menu makanan Chinese-Style & Oriental, tetapi mereka telah pun mendapat sijil pengesahan Halal dan juga pelbagai anugerah lain, jadi anda boleh penuhkan perut dengan makan sampai kenyang tanpa was-was ! Tengok sahajalah menu yang kami ambil ni, banyak ! Memang berbaloi jika anda datang ke sini.

Pelbagai anugerah yang mereka perolehi. Sumber : Grand Dorsett Subang

Berbalik kepada Dim Sum Buffet Extravaganza, ia boleh didapati pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja dari jam 11 pagi sehingga 3 petang. Harga? Bagi dewasa hanya RM88 / orang, manakala warga emas (berumur 60 tahun ke atas), kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pula hanya dikenakan caj RM68/ orang sahaja. Murah kan? Bayar sekali, lepastu ha makanlah sampai tersandar.

Dim Sum
Sumber : Grand Dorsett Subang
Sumber : Grand Dorsett Subang

Sebenarnya, anda bukan sahaja akan dihidangkan dengan menu dim sum, tetapi masih banyak lagi menu yang lain. Antara hidangan utama adalah ayam tanpa tulang digoreng dengan madu, ayam goreng dengan cili kering, udang digoreng dengan serai dan daun kari.

Itu belum masuk lagi Soup Of The Day dan juga pencuci mulut seperti ayam hirisan sejuk yang dihidangkan bersama timun cincang, obor-obor dengan sotong kurita dan kubis jeruk dengan pes cili. Anda boleh juga dapatkan itik panggang rangup gaya Hong Kong dan ayam panggang serta ayam madu berbeku. Tetapi, kami tak makan semua lah sebab kenyang dah ! Jom tengok kami makan di channel Youtube kami :

Best kan? Murah, Halal, tempat Eksklusif, pilihan menu yang pelbagai. Apa lagi? Kini giliran anda pula untuk menikmati selera di sini. Sekali lagi kami kongsikan maklumat di bawah

  • Lokasi : Grand Dorsett Subang Jaya (The Emperor Restaurant)
  • Harga (Dim Sum Extravaganza) : RM 88 (Dewasa) , RM 68 (Kanak-kanak, Warga Emas)
  • Hari : Sabtu , Ahad & Cuti Umum
  • Masa : 11 Pagi - 3 Petang
  • Tempahan : +603 5031 6060 ext 1954 atau e-mel bookfnb.subang@dorsetthotels.com

Jika anda mahukan lebih banyak variasi hidangan, anda juga boleh menempah slot untuk buffet Makanthon ! Dengan Makanthon, anda boleh makan sepuas hati untuk RM68 bagi setiap dewasa dan RM48 setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Bufet ini terdiri daripada pelbagai jenis makanan kegemaran tempatan dan Barat. Antaranya ialah dim sum dan makanan Cina yang istimewa. Kumpulkan ahli keluarga dan rakan-rakan anda sekarang serta sertai kami untuk Makanthon setiap malam dari jam 6 petang hingga 10 malam. Ini adalah promosi yang anda tidak akan mahu ketinggalan.

Sumber : Grand Dorsett Subang
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
15 January 2021
Malaysia Tersenarai Antara 20 Negara Paling Rugi Dalam Sektor Pelancongan 2020

Secara umumnya, pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan terhadap pelbagai sektor politik, kesihatan, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, COVID-19 memaksa kebanyakan negara menutup sempadan mereka daripada pelancong sekaligus menjejaskan pendapatan negara melalui sektor pelancongan. Bayangkan pada 2019, sektor pelancongan telah menyumbang 8.9 Trilion US Dollar, tetapi COVID-19 pastinya menjadikan hasil daripada sektor tersebut sangat kurang pada […]

Selanjutnya
6 January 2021
5 Negeri paling banyak terima pelancong selepas tamat PKP pada 2020

Seperti yang diketahui, majoriti negara di dunia termasuk Malaysia menutup sempadan mereka untuk pelancongan dalam usaha mengekangwabak COVID-19 dari terus merebak . Industri dan perniagaan, terutamanya dari Industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk terus bertahan. Tanpa kemasukan pelancong dari luar, pemain industri pelancongan sangat bergantung kepada pasaran domestik untuk memastikan perniagaan mereka terus mempunyai daya […]

Selanjutnya
6 January 2021
Ini SOP terbaru aktiviti pendakian bermula 2021 yang geng hikers perlu ambil tahu

Bermula tahun 2022 nanti, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta. Encik Mohd Yussainy Md Yusop iaitu Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 itu bagi […]

Selanjutnya
4 January 2021
Tatacara dan garis panduan pelawat ke Sabah & Sarawak Terbaru (Kemaskini Januari 2021)

Walaupun sudah boleh merentas negeri, tetapi ramai keliru mengenai tatacara dan garis panduan untuk memasuki ke Sabah & Sarawak. Ini adalah tatacara dan garis panduan untuk memasuki Sabah & Sarawak bagi pelawat dari Semenanjung dan untuk melakukan perjalanan keluar dari Sabah & Sarawak. Sabah Sehingga 14 Januari, garis panduan kemasukan individu ke negeri Sabah adalah […]

Selanjutnya
4 January 2021
Dah macam 'Business Class' ! Emirates lancarkan kelas Ekonomi Premium bermula 4 Januari 2021

Emirates telah melancarkan kabin terbaru bagi pesawat A380 yang akan membuat perjalanan dari Dubai ke London Heathrow dengan satu kelas ekonomi baharu iaitu Ekonomi Premium. Sewaktu syarikat penerbangan lain membuat beberapa pembaharuan untuk menjimatkan kos, Emirates terus ke hadapan dengan memperkenalkan kelas ekonomi terbaru ini dengan 56 kerusi disusun secara 2-4-2. Permintaan Yang Tinggi Adel […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram